14 Mei 2012

Siapa Yang Sebenarnya Berat Sebelah, Majlis Peguamkah Atau Polis Sendiri?

Ismail Omar: Usul Majlis Peguam berat sebelah

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menyifatkan usul yang diluluskan Majlis Peguam Malaysia pada mesyuarat agung luar biasanya Jumaat lepas sebagai berat sebelah.

Ini kerana katanya, badan terbabit menghukum polis dengan cepat tanpa mendapatkan penjelasan pasukan keselamatan tersebut berhubung kejadian semasa perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan pada 28 April lalu.

"Saya pun ingin nak tahu rujukan apa yang dipakai sebab keputusannya begitu cepat.

"Saya pun tak boleh buat keputusan. Saya kata kita siasat, tunggulah.

Tiba-tiba Majlis Peguam dah buat keputusan. Jadi saya rasa anda hakimi sendirilah," katanya kepada pemberita selepas program lawatan ke Hospital Putrajaya sempena Peringatan Hari Polis ke-205 di sini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas usul tersebut yang antara lain mengutuk tindakan polis menggunakan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan selain mendakwa polis tidak memberi masa mencukupi untuk peserta bersurai.

Mengulas mengenai penggunaan semburan air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan itu, Ismail berkata tindakan itu dilaksana berdasarkan undang-undang negara dan prosedur standard operasi (SOP) serta Manual Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun kata Ismail, pihaknya akan mengkaji isu yang dibangkitkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung penggunaan kedua-dua kaedah itu dan akan membuat perubahan jika perlu, selain bersedia menerima cadangan mana-mana pihak berhubung cara terbaik untuk menyuraikan perhimpunan.

Ismail juga menyambut baik pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar sebagai ketua Panel Penasihat Bebas yang ditubuh bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan pada hari perhimpunan.

Polis katanya akan memberi kerjasama penuh kepada panel tersebut, serta yakin siasatan akan dijalankan dengan profesional tanpa unsur berat sebelah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sementara itu, Ismail berkata tiga lagi individu yang dikehendaki polis kerana merusuh pada perhimpunan tersebut telah menyerah diri semalam dan kelmarin serta menasihati yang lain agar berbuat demikian sebelum tempoh yang diberi berakhir esok.

Mengulas perkara berbeza, Ismail mahu anggota PDRM mengamalkan pemakanan sihat kerana didapati ramai di antara mereka dikesan menghidap kencing manis dan sakit jantung.

"Walaupun (jumlahnya) tidak serius, tapi saya nak galakkan mereka hidup secara sihat supaya kami dilihat sebagai satu agensi yang vibrant yang boleh menjalankan tugas kami supaya dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PDRM," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Siapa sebenarnya yang berat sebelah sekarang?

KPN, Tan Sri Ismail Omar menuduh Majlis peguam berat sebelah kerana terlalu cepat menghukum polis.

Sedangkan peristiwa 28 April sudah lebih tiga minggu berlalu. Majlis Peguam mempunyai banyak bukti-bukti keganasan polis. Malah seluruh dunia mengetahui keganasan polis apabila media antarabangsa turut membuat liputannya. Keganasan polis juga bukan sahaja terhadap peserta Bersih malah terhadap wartawan dalam dan luarnegara dan KPN sendiri sudah memohon maaf kepada wartawan terbabit.

Jadi mengapa setelah meminta maaf, KPN enggan pula untuk mengakui dakwaan Majlis Peguam tersebut?

Kedua, Tan Sri KPN menyetujui perlantikan bekas KPN Tun Hanif Omar sebagai ketua Panel Penasihat Bebas untuk menyiasat BERSIH 3.0, bukankah itu ternyata berat sebelah? Orang yang nak siasat polis ialah seorang bekas polis jugak?

Mengapa Tan Sri KPN tidak menyatakan persetujuan untuk sebuah badan bebas seperti SUHAKAM melakukan siasatan?

Sebilangan besar rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap integriti dan kredidibiliti polis. Salah siapa agaknya Tan Sri?

7 ulasan:

  1. Apabila KPN & TKPN menganggap rakyat bodoh dan di tipu. maka Allah menunjukkan pada dunia bahawa sebenarnya MEREKALAH YANG BODOH DAN BANGANG DAN DITIPU OLEH DIRI SENDIRI.

    Rakyat sekarang ni KETAWA melihat pelawak2 yg artis pelawak nya adalah KPN & TKPN

    BalasPadam
  2. "Mengulas perkara berbeza, Ismail mahu anggota PDRM mengamalkan pemakanan sihat kerana didapati ramai di antara mereka dikesan menghidap kencing manis dan sakit jantung". MANA NAK SIHATNYA KALAU POLIS BANYAK MAKAN RASUAH!

    BalasPadam
  3. Nak buat macamane.... Allah taala kasi otak, KPN letak kat kepala lutut. Itulah contoh puak2 jahil yg cenderong & menyokong ketua yg zalim & yg tak adil... Diakhirat kelak akan disambar api neraka...
    Kalau didunia ni dok mengampu puak2 yg melawan Allah taala, macamane nak mengadap maklaikat didalam kubur dan Allah taala di padang mahsyar ???

    BalasPadam
  4. Kata KPN 1 Malaysia, "saya nak galakkan mereka hidup secara sihat supaya kami dilihat sebagai satu agensi yang vibrant yang boleh menjalankan tugas kami supaya dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PDRM."
    Kenyataan yang bodoh dan bangang. Keyakinan rakyat pada PDRM bukan pada kesihatan anggota POLIS tapi pada INTEGRITI POLIS. Bahlol.
    Nasib baik ramai POLIS yang dok makan makanan HARAM itu mengidap penyakit kencing manis. Sekurang-kurang depa dah tak payah beli gula walaupun harga gula naik. Yang kita suka tengok ialah bila anggota polis "KENCING MASAM"?????

    BalasPadam
  5. Sudah tentu Tun Hanif terhutang budi dengan PDRM kerana pernah jadi KPN.

    BalasPadam
  6. erkkk boleh lak kata berat sebelah! samdol laaaa... sasah dia belum apa2 dah tuduh bersih tuh jahat, bangsat dan komunis dlll... padahal tengok kat youtube jelas lagi terang polis pukul orang macam pukul binatang! Bukan orang2 tuh semua ada senjata pun! Takat ada air mineral aje! dengan air pun takut ke?


    apa la manusia nih?!

    buat malu islam aje!

    Agaknya dalam kubur nanti boleh jawab 'saya ikut arahan menteri' kot?

    sori bro masih angin lagi setiap kali teringat youtube polis tibai orang ramai! panassss aje hati, kalo ada adik aku polis yang buat macam tuh wajibbb aku suruh dia berhenti!! Cari kerja lain yang lebih jelas halal haramnya!

    BalasPadam
  7. Nak siasat apa lagi. Bukankah memang dirancang untuk menimbulkan rusuhan dengan berbagai provokasi? Sungguh tak profesional.Janganlah menambahkan kebencian rakyat terhadap pasukan polis.Tujuh keturunan polis disumpah rakyat nanti.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.