24 Mei 2012

Pelajar Perempuan Teruk Dipukul Oleh Gadis Samseng

Dibelasah gadis samseng

KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini. Gambar fail.

Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.

Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.

“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.

“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.

Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.

Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.

Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm

15 ulasan:

  1. Apa tindakan pihak sekolah???? apa bangang punya pihak pentadbirnya... sekolah ini takda cikgu ke boleh buat ikut suka hati...???

    BalasPadam
  2. apa mahu ingat semua cikgu mahu jaga ke?....itu pelajar sudah rosak pasal luar sekolah punya pengaruh banyak rosak. ini pekasa dan polis punya pengaruh la

    BalasPadam
  3. pukul tanpa sebab???? kenape pihak sekoh tak ambil sebarang tindakan kepada pelajar yg brmasalah????? mane perginye guru kaunseling dan disiplin?????

    BalasPadam
  4. gejala budak sekolah samseng wajib dibenteras segera...masing masing ada peranan....laksanakan peranan anda...

    1. Ibu Bapa/ Penjaga
    2. Guru kelas, guru disiplin, PK HEM
    3. Pengetua
    4. Rakan kelas/ sekolah
    5. PPD dan JPN
    6. KPM
    7. Polis
    8. Wakil Rakyat
    9. Menteri
    10. Kementerian

    dll...

    BalasPadam
  5. personal coment,
    sudah tiba masa kita kaji kewajaran "denda public canning" yang dibuat suatu ketika dulu untuk mencegah budaya samseng di sekolah. Hukuman tersebut akan menjadikan pelajar takut & malu terhadap jenayah yang dibuat.
    Satu lagi - sistem sekolah yang patut di kaji iaitu, jika pelajar bermasalah dari sekolah A dibuang dan di pindahkan ke sekolah B, sekolah B ada hak untuk menolak disebabkan pengetua pun tidak mahu sekolah dia bermasalah. Jadi, solusi kepada masalah ni, masuk kan pelajar-pelajar ke sekolah khas@juvenil. Mungkin akan menyebabkan dia fikir berkali2 sebelum membuat samseng di sekolah, untuk elakkan diri dari masuk ke skolah juvenil melainkan jika dia tiada hati perut dan memang ingin masuk sekolah juvenil.

    BalasPadam
  6. biasa nye lau budak perempuan gaduh cam 2 berebut pakwe.... tp xtahu la.... sbb apa... mesti ada sbb dia... kena siasat dulu baru tahu apa masalahnya

    BalasPadam
  7. xyah nak kecoh la pasal mende nih. bkn first time happen pun... masalahnya apa?? bdk2 2 ke? kalau dah atasan perangai cam setan... jgn la buat2 terkejut yg br naik nih buat camnih... kalau atasan jahiliah, yg bawah2????

    BalasPadam
  8. Mengapa cikgu tidak boleh kawal pelajar ?
    Keadaan sekolah yg sesak sehingga 3000 ke 5000 pelajar. Cadangan saya maximum 1500 shj. seperti sekolah berasrama/MRSM. Disiplin dan akademik boleh di tingkatkan.
    Kerajaan perlu tambah sekolah terutama di kawasan bandar.

    BalasPadam
  9. Apa saja perkara yang berlaku kalau tidak dilapor pada pihak sekolah maka tiadalah guru dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. begitulah, adanya wassalam.

    Takut dengan perangai budak2 sekarang.
    bukan yang sekolah menengah saja, sek rendah pun sama naik. hari2 mencabar perangai mancam sentiasa minta kena denda dari guru.

    BalasPadam
  10. budak sekolah ni nama rosmah??

    BalasPadam
  11. Tolong jangan salahkan guru 100%. Selidiki dahulu apa yg telah guru lakukan. Bantuan ibu bapa dan pihak polis diperlukan. Teruklah guru andai semuanya masalah sosial diletakkan atas bahu guru untuk diselesaikan..

    BalasPadam
  12. Guru dilarang merotan murid. Guru harus bersifat penyayang. Murid yang berbuat salah tidak boleh didenda sewenang-wenangnya. Masalah disiplin di sekolah memang berkaitan dasar kementerian dan juga sikap ibu bapa. Hari ini mana ada lagi guru yang bersungguh-sungguh menangani masalah disiplin murid. Silap-silap guru disaman dan pihak jabatan maupun kementerian akan lepas tangan. Alasan yang selalu diberi ialah niatnya baik tapi tindakannya salah.
    Kalau kita sedar akan peribahasa Melayu iaitu SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN. Inilah budaya Melayu lama. Begitu juga peribahasa Cina, "Marah tu sayang, pukul itu cinta". Ini memang bertentangan dengan budaya barat. Adakah kita ni orang putih? Kenapa tidak mahu kita mengamalkan budaya kita tapi lebih mengagung-agungkan budaya orang putih? Awat budaya kita tak cukup mantapkah? Kita sepatutnya mengajar anak-anak kita bertanggungjawab terhadap perbuatan sendiri. Awat pak kita dulu merotan kita membawa tanda bahawa depa tu tak sayang kat kitakah?
    Salah satu sebab berlaku disiplin di sekolah ialah ramai "guru" yang kurang ajar tapi dok mengajar guru yang rajin mengajar cara-cara mengajar di sekolah. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kalau tak silap terdapat ramai "guru yang kurang ajar" yang berjawatan dan bertugas di KPM/JPN/PPD, berlagak seolah-olah depa ni jaguh dalam pendidikan. Seolah-olah depa ni pandai dalam pedagogi, psikologi pendidikan dan sebagainya. Bila mai sekolah, dok tunjuk pandai. Sepatutnya "guru yang kurang ajar" yang mengaku dirinya pandai seharusnya turun ke padang mendidik anak-anak didik ni dengan harapan anak-anak itu mendapat pendidikan yang sempurna dari "guru yang kurang ajar". Biarlah guru yang tak pandai mengajar tapi rajin mengajar menjalankan tugas-tugas pentadbiran pulak.
    Inilah akibatnya apabila kita biarkan orang yang bukan ahlinya menjaga orang yang ahlinya. Faham maksud AKU.

    BalasPadam
  13. Setuju dengan 1 Malaysia. Ramai yang di KPM/JPN/PPD suka tunjuk pandai. Sebenarnya kebanyakkan mereka ni tak tau apa pun saja2 nak tunjuk kuasa.Pak cik dulu pun mengalami perkara yang sama semasa jadi guru.Pegawai dari Jabatan datang dengan sombong masuk kelas semasa pakcik mengajar dan buat macam2 teguran konon pakcik mengajar tak betul walhal masa tu pakcik dah mengajar 10 tahun.Senang ya. Pak cik berhenti mengajar dan suruh dia kedepan kelas ambil alih mengajar, pak cik nak tengok. Sejak tu tak de siapa lagi dari pejabat pelajaran cuba nak selia pakcik sampailah pakcik naik superscale.

    BalasPadam
  14. Biar mampos semua budak-budak melayu ni... Bingai, banyak makan benda haram, entah2 anak haram... Bila kena pukul sikit ngan cikgu kang mak bapak pakat datang skolah belasah balik cikgu tu.. Cikgu pompuan lak di ugut, kang aku rogol ko ramai2 kang baru padan muka ko.. Dulu2 kena rotan perkara biasa jer.. skarang ni jd modal nak cepat kaya, boleh klim insurance....

    BalasPadam
  15. Setuju dengan pak cik xumno.. guru-guru memang selalu dipantau oleh orang-orang daripada Jabatan atau Kementerian. Berbagai teguran dibuat tapi tetiba salah seorang antara mereka ditukar ke sekolah dan mengajar seperti guru biasa, yang pasti satupun yang istimewa dalam P&P sama jer macam guru-guru lain.

    Dalam masalah disiplin, setiap sekolah disediakan sebuah papan iklan yang bertajuk "TAKUT DIBULI?" dan tertera no. tel. yang boleh dihubungi. Tapi ramai pelajar dan ibubapa yang tidak ambil peduli akan papan iklan ini. Mungkin kurang yakin dengan keberkesanan tindakan yang akan diambil. Laporan polis adalah cara yang sering digunakan. Ironinya dalam kes ini sudah 3 laporan polis pelik juga nie?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.