8 Mei 2012

[PANAS] Jimmy Shanley Dakwa Isteri Akui Mengandung Anak Luar Nikah

Shah Alam - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




9 ulasan:

  1. Lepaskan aja laah bini kau tu jimmy, kalau pun mahkamah suruh dia balik pada kau pun tak mana mau nya dia, jenis betina ni bukan perempuan kata musang berjangut.

    BalasPadam
  2. Apalah nak simpan lagi betina macam ni..ramai wanita solihah di luar sana. Betina macam ni nak rayu2 buat aper..dayus.

    BalasPadam
  3. bukan ap jimmy buat cam2. tanggungjawab sesama islam. ajar bini.

    BalasPadam
  4. dia nak ajar bini. t/jawab sesama islam.

    BalasPadam
  5. aku rasa dia bukan nak rayu sangat tapi nak ajar betina tu

    BalasPadam
  6. Tak habis2 kisah dia ni.
    Lawyer tu tak nasihatkan ke, agar ko lepaskan cara baik?

    Mmg isteri ko dah tak de hati kat ko, lepaskan le wlu ko kata masih sayang. Ko jadilah muslim yg baik, ko spend bnyak masa mendalami & mengamalkan Islam & doa, doa, doa pada Allah .

    InsyaAllah dikurnia nikmat yg tak disangka2 . Tak mesti ganti isteri yg lebih baik, mungkin jiwa yg tenteram,persekitaran/kawan2/kerja yg Islamik dll.
    Dan tak mustahil juga isteri ko tu nak kan ko semula dlm keadaan masing2 kembali & patuh padaNya.

    Nasihat ni tertuju juga pada sapa2 yg ade masaalah ala2 serupa, kembalilah padaNya, pada hukum2Nya , hidup mmg ade ujian. Hayatilah ayat terkenal yg org melayu kata ayat 1000 dinar tu. Taqwa.

    BalasPadam
  7. Jimmy nk bersihkan nama dia ni,nk tepis dakwaan gosip yg bini dia,mak mertua dia tuduh dia x jalan tanggungjawab.dakwaan isteri nusyuz ni nk mntak mahkamah isterinya mmg nusyuz la.dh konfem byk benda bleh jd.dia bleh dakwa bini dia,saman pun bleh.

    BalasPadam
  8. Mudah2an segala urusan mereka lancar dan memperoleh yang terbaik untuk diri masing2...amin

    BalasPadam
  9. Lepas saja sebab khuatir jatuh jadi dayus. Dengan lepas ini adalah lebih baik bagi kau dan isteri kau. Tak usahlah menanggung dosa berat. Ini ibarat "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Dah bini kau tak suka kat kau, lepas aja. Buatlah seperti "orang tak hendak, kita pun tak ingin", kan lebih baik.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.