8 Mei 2012

Nama 40,558 Pengundi Meragukan Dikekalkan Oleh JPN, PRU13 Paling Kotor

Rekod 40,558 Pengundi Statusnya Diragui Disahkan Di JPN

PUTRAJAYA: Nama sejumlah 40,558 pengundi, yang status mereka dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini diragui, disahkan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal dan Mengenai Daftar Pengundi antara kementerian, SPR, JPN dan Jabatan Peguam Negara di sini Selasa.

"Dalam usaha untuk mengemas kini Daftar Pemilih SPR, pihak SPR telah mempamerkan kesemua Daftar Pemilih berkenaan selama empat bulan untuk disemak.

"Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 1,496 rekod telah dikemas kini melalui laporan kematian dan sebahagiannya telah menukar kad pengenalan lama kepada MyKad," kata Mahmood.

Sebelum ini, sejumlah 42,054 nama dalam Daftar Pemilih yang diragui telah dibangkitkan oleh pihak tertentu dan didengar dalam sesi pendengaran awam dihadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. - BERNAMA

Ulasan GB

Dengan pengesahan JPN terhadap rekod 40,558 pengundi yang meragukan, nampaknya konspirasi SPR-JPN melalui task-force yang didedahkan sebelum ini oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berjalan lancar tanpa sebarang sekatan.

Dan ia memberi erti bahawa PRU13 akan merupakan pilihanraya paling kotor yang akan dilalui oleh rakyat Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk.

Bagaimana seorang Ketua Setiausaha KDN boleh membuat keputusan untuk SPR?

Keputusan untuk mengekalkan nama dalam senarai daftar pemilih sepatutnya diumumkan oleh SPR, bukan Ketua Setiausaha KDN. vBukankah itu jelas sangat konspirasi?

Bodoh tak terperi, tapi jadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri!



4 ulasan:

  1. DAN MANGKUK-MANGKUK TANPA AKAL MENUDUH BERSIH MAHU GULING KERAJAAN !

    BalasPadam
  2. jpn beruk sekarang nak renew ic amek masa 3bulan pulak dah... hari tu kata dah cekap dah...
    habis kad nak buat untuk bangla indon ke???

    BalasPadam
  3. isk isk isk...
    ni lah kerja Umat Melayu Naif Otak @ UMNO. Sangup gadaikan maruah agama negara & bangsa demi kepentingan survival politk mereka tpi tudoh rakyat yg berdemo BERSIH 3.0 dulu sbg monyet lah, tak bertamadun lah,
    barbarian lah, nak gulingkan kerajaan lah, pro seks bebas lah & mcm2 lagi tudohan.

    Takpe...
    kita tunggu kejatuhan mereka!
    Menteri2 yg bersengkokol dgn mcm2 penipuan pilihanraya tapi berselindung atas nama krajaan, tidak akan menang bila menentang kebangkitan rakyat.

    Mulakan lah hitungan kejatuhan Umat2 Melayu Naif Otak bilamana kamu jadikan rakyat musush no 1 anda.

    KAMU AKAN TEWAS.
    RAKYAT PASTI AKAN MENANG....

    BalasPadam
  4. betul la,aku baru ni pi buat i.c baru,ic lama cip rosak,dia kata 3bulan baru siap.yang aku hairan camna JPN boleh buat i.c kat bangsa asing ni?ini sudah melampau ni,kalu kita rakyat mlsia nak cap jari kaki la..tngan laa...macam2.sampai pakistan jual karpet pun bulih ada i.c warganegara.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.