17 Mei 2012

Najib Pulang Tergesa2, Majlis Di Pekan Tak Dapat Sambutan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa pulang tergesa-gesa apabila majlis perasmian Karnival Belia Pekan yang dirasmikannya gagal mendapat sambutan.

Sasaran 10,000 kehadiran meleset dengan kira-kira hanya 5,000 sahaja ke majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Merujuk Buletin Online, saksi seorang pegawai tinggi swasta dilapor berkata, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah jamuan petang di Dewan Majlis Daerah Pekan pada 12 Mei lalu itu.

“Majlis bermula jam 3.00 petang dijangkakan kehadiran 10,000 tapi yang hadir kurang 5,000.

“Selepas perasmian dan penyampaian hadiah, PM sepatutnya bersama ke jamuan petang, tapi PM tergesa-gesa berangkat pulang,” katanya yang tidak mahu dikenali.

Beliau menyifatkan tindakan Najib itu membazir kerana meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang.

“Apa jadi jamuan yang disediakan berpuluh-puluh meja, (akhirnya) cuma tiga meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Datuk Seri Adnan Yaakob), satu meja orang awam, (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita.

“Selebihnya kosong dan yang luar dewan juga kosong,” jelasnya menambah, majlis penyerahan tajaan karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa dibatalkan. -KD

3 ulasan:

  1. no many no talk ... ini mungkin bajet untuk membawa orang ramai tiada maka segala program umnomany kosong inilah perjuangan berdasarkan fuluss dan sudah pasti ini petanda umno akan kojoi tak lama lagi ditambah olih protes dari pengundinya sendiri yang sekarang tengah bertelagah sesama sendiri dalam melobi siapa yang layak bertanding haha hancur hancur hancur umnobn tunggulah samseng2 upahan dimalam pru 13 nanti pakatan rakyat harus bersiap sedia menghadapi kekecohan olih haramjadah samseng upahan itu

    BalasPadam
  2. Apa sudah jadi?? Kasihann...kasihan..
    Tempat sendiri pulak tu? Kasihannn...
    Patutlah tak jadi nak bubar 14hb hari tu?
    None.

    BalasPadam
  3. Tanpa kemeja T percuma,topi percuma dan bas hawa dingin percuma serta wang saku antara RM100-200,tak akan ada "penyokong" UMNO menghadiri mana-mana acara PM.Itu sudah jadi SOP UMNO.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.