
KULAI, 13 Mei: Ungkapan ‘haram jadah’ yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.
Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.
“Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai,” ujarnya.
Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda.
Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan. -HD
klik untuk baca

bro jangan main tarik tali.... lajak perahu bole undur lajak cakap saman terus.....mak aku kat felda masih berahsia ngan aku......nak kata apa ..takut jadi sitanggang
ReplyDeleteMenteri2 Malaysia kebal dengan undang2.
ReplyDeletelepas mereka turun dari Kerusi Kerajaan, mereka TAK KEBAL dah..
ReplyDeletelagi tak kebal selepas mereka mati berhadapan dengan ALLAH TAALA
ketika hidup jika dia lari ke Khazak, Eropa, Amerika, Britain Interpol akan Cekup pasal kes di Perancis
Sampai hatinya hatimu memaki hamun warga felda dengan kata2 kesat. kini kanak2 pun dah terikut2 dan suka menyebut haramjadah.
ReplyDeleteItu tanda jangka hayat dah sampai penghujungnya.
ReplyDeleteNo manners.
SATU TEMPAT NAJIB BOLEH DENGAN SELAMAT,HANYA MENYOROK DIMONGOLIA
ReplyDeleteharamjadah ko najib,mungkin ko sendiri adalah anak haram?
ReplyDelete