26 Mei 2012

Kuota Haji: Temberang & Dusta Sang Menteri Untuk Burukkan Bersih

Kurang kouta haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0

MELAKA: Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu.

Gambar: Perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.

Roboh untuk buat yang baru

"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar.

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar. -HD

PM diminta campur tangan selesai masalah kuota haji

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu.

Sebagai langkah awal, Jamil Khir berkata beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji.

"Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.

"Duta sendiri (Fahad) ada menyebut negara lain yang menghadapi masalah seperti Mesir, Libya dan Iraq tidak membawa masalah itu ke tempat mereka kerana ini (Mekah dan Madinah) tempat ibadah. Kita ambil kira awal-awal perkara ini supaya jangan nanti sampai ke peringkat akhir kata kita tidak berusaha," katanya.

Dalam pertemuan itu, Jamil Khir berkata beliau turut memaklumkan kepada Fahad mengenai kebimbangan berkaitan kuota haji itu dan berharap ia diambil perhatian supaya pengumuman mengenai jumlah kuota diketahui sebelum awal Ramadan.

"Biasanya awal Ramadan dah sampai makluman kepada kita, sekarang jemaah sudah mula ambil laporan kesihatan masing-masing, kalau kuota ini dalam proses yang tidak menentu lagi, ia akan merencatkan persiapan yang dah dilakukan," katanya.

Beliau berkata jumlah terkini jemaah yang telah memenuhi syarat untuk menunaikan haji dan berada dalam senarai menunggu adalah seramai 930,000 orang manakala kuota haji pula terhad kepada 28,000 orang sahaja.

"Kalau senarai ini kita tidak habiskan walaupun kita faham kuota kita terhad, dan ada lagi perkara-perkara yang boleh membantutkan keadaan, ia akan menyebabkan senarai ini semakin meningkat dan akan mengambil tempoh yang panjang (untuk dihabiskan)," katanya.

Jamil Khir berkata beliau juga akan menulis surat berkaitan kuota haji jemaah Malaysia kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi yang akan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Kanan Haji, TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman minggu depan.
— Bernama


Ulasan GB

Dasar berita penipu.

GB pernah ulas. Petikan:

Kerana tiada sebab untuk kerajaan Arab Saudi berasa bimbang terhadap sekumpulan rakyat malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur.

GB cukup yakin bahawa ketiga-tiga menteri di atas berdusta, semata-mata untuk memburukkan BERSIH di mata masyarakat kita.

Nota diplomatik? Kalau serius mengapa sekadar nota? Betul-betul menteri luar punya auta!

Menteri-menteri yang cuba membodohkan rakyat menyangkakan penduistaan mereka boleh menyebabkan rakyat akan merenggangjkan diri denagn BERSIH. Sebenarnya sesiapa punboleh membuat semakan di Kedutaan Arab Saudi apakah benar ada nota diplomatik dikeluarkan khusus kerana BERSIH.

Dan juga, sebenarnya buang masa untuk pihak keselamatan Arab Saudi hendak pergi memburu pemimpin pembangkang yang kononnya didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH seperti dilaporkan akhbar pencacai, Mingguan Malaysia.

Beberapa orang sahabat GB yang berkebetulan sedang mengerjakan umrah di Mekah menyatakan tidak ada apa-apa pun berlaku di sini. OK sahaja. Mengenai berita tentang sekatan kuota haji & umrah, cuma akhbar dan agensi berita di Malaysia sahaja yang sengaja menggembar-gemburkannya untuk memburukkan BERSIH.

Ini disokong pula oleh kenyataan Ustaz Zamri di dalam FBnya:






8 ulasan:

  1. Biasa lah duit ZAKAT pun dgn mudah.com bolih dpt apa lg menipu rkyat dgn quota lak..apa dia ingat arab saudi xtau tebiat dia kerrrr... jgn lupa pak khir...allah akan paling kan muka kami utk melihat kamu....jgn lupa tuuu....ya? jgn pandai2 nak kelentong dan nak cari publisiti yg awak tu the best....ntah2 pm arab saudi pun xingin nak pandang muka kamu.......

    BalasPadam
  2. Hal-hal begini disalurkan menerusi saluran diplomatik dan bukannya secara terbuka di akhbar utk menjaga hubungan baik dua hala.

    BalasPadam
  3. Jamil Khir minta Najib bantu campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi mengenai kuota haji tahun ini... bersekali janganlah lupa minta Najib pergi Peranchis juga bahawa dia disepina oleh Makamah Peranchis berkaitan rasuah skandal scorpene, yang nih jemaah2 haji pun kena ambil tahu juga...

    BalasPadam
  4. Salam Tuan Blog, Mohon Sebarkan. Tq

    http://www.youtube.com/watch?v=WbOL6BNzxY4&fb_source=message

    BalasPadam
  5. UMNO BETUL-BETUL TERDESAK DAN SEMEMANGNYA HAYAT TELAH SAMPAI HAMPIR DIPENGHUJUNG....APA SAJA YANG BOLEH DIPUTAR BELIT AKAN DILAKUKANNYA....SEHINGGA IBADAH HAJI PUN DIJADIKAN ISU POLITIK.

    PERGI JAHANAM DENGAN UMNO/BN.

    BalasPadam
  6. Bukanlah UMNO kalau tak berbohong. Awas Allah tahu kalau anda berbohong.

    BalasPadam
  7. sila audit kewangan sebenar tabung haji,baru tau mengapa 'kouta' yang diperbesarkan oleh umno/bn,( rakyat m'sia mesti tau,wang rakyat dalam tabung haji sudah habis disapu/licinkan oleh umno/bn)

    BalasPadam
  8. Sudah jadi kera-jaan mana boleh kata betul dan benar, hilang pangkat dan gaji, nanti dapat bayaran kelak disana!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.