Petaling Jaya, 3 Mei: Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.
Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.
Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.
Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.
Pada 18 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

Tuan Guru Presiden Ziarah Bob Kuman
PETALING JAYA, 18 April: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.
Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.
“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.
Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan. Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)
“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).
Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik. Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.
Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya. Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.
Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.
Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah. -HD (18 Apr 2012)
Salam,
BalasPadamteringat saya kesah mengenai seorang telah membunuh 100 orang dan kemudiannya ingin bertaubat...diringkaskan cerita kerana hasrat nya untuk bertaubat telah disuruh oleh seorang alim supaya berhijrah. dalam usahanya untuk berhijrah.., beliau telah meninggal dunia dan kerana malaikat tidak dapat penyelesaian samaada untuk memasukkan pembunuh tersebut kesyurga atau keneraka. Ternyata apabila diukur, ternyata ia telah jauh meninggalkan tempat asal yang dia telah banyak melakukan kemungkaran dan semakin hampir dengan tempat ijrah yang dituju.
Semuga begitulah nasib BOB ..., steelah menyatakan hasrat untuk bertaubat dan kembali ke jalan agama yang sebenar....dan berpeluang bertemu muka dengan beberapa orang alim.., dan Allah memanggilnya pulang semuga di tempatkan di dalam golongan Kanan yang dijanjikan Syurga Insyaallah
inalillahwainnalilah.....
BalasPadamkita bila pulak ya?
hmmmm
alfatihah...
BalasPadam