24 Mei 2012

[BERGAMBAR] Lagi Intimidasi Ke Atas Ambiga, Petanda Lebih Cepat UMNO BN Berkubur!

100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga

Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan. -mk



'Ancaman sasar Ambiga kerana dia India, wanita'

WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi sasaran ancaman pelbagai pihak disebabkan beliau keturunan India dan seorang wanita.

Sebaliknya, kata A Samad, ancaman itu, antaranya 'senaman punggung' di hadapan rumah, tidak akan berlaku sekiranya beliau berada di tempat Ambiga.

"Ambiga memang sepatutnya (mengetuai). Beliau seorang peguam, beliau mempunyai pengalaman yang banyak, dia menerima pujian dan sebagainya.

"Malang, oleh kerana dia seorang India, dia bukan Islam, malang. Kalau Ambiga itu saya, tidak berlaku ancaman yang berlaku terhadapnya (seperti) menayangkan punggung," kata A Samad ketika ditanya perbezaan peranannya dalam BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0.

Samad, seorang lagi pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu menegaskan bahawa "tiada perbezaan tetapi mempermudahkan" sesuatu perkara.

Ditanya sekiranya beliau dilihat lebih menonjol berbanding Ambiga, segala ancaman itu tidak akan timbul, Pak Samad menjawab:

"(Beliau) seorang wanita kerana itu mereka bersedia untuk melanggar (Ambiga). Kalau dari mula saya (pimpin), barangkali ada kewarasan-kewarasan yang lain," katanya.

Pak Samad berkata, beliau mungkin juga akan dituduh dipengaruhi fahaman komunisme disebabkan beliau membaca buku tokoh aliran itu seperti Mao Zedong dan karya-karya sasterawan kiri antaranya Fyodor Dostoyevsky dan Boris Pasternak.

'Sisa kuasa' hebohkan Melayu disanggah

Beliau bagaimanapun menegaskan membaca buku-buku jenis itu bukan untuk mengikuti fahamannya sebaliknya hanya mahu membandingkan karya pelbagai aliran.

"Jadi sebagai seorang penulis, (kita) ingin memahami. Kita membaca di pihak sana untuk mewaraskan pihak di sini. Ini (tidak), kita baca di pihak sana, tapi terus dicop (mengikuti) pihak sana (juga). Itu salah (menurut pandangan) otak orang-orang yang resah," katanya.

Tokoh yang mesra dipanggil "Pak Samad" berkata rakyat Malaysia mudah bertelagah disebabkan isu perkauman.

Malah, katanya, golongan yang disifatkannya sebagai "sisa kuasa" mula menghebohkan bahawa kuasa Melayu sedang disanggah atau kaum lain akan menyanggah ketuanan Melayu.

Pak Samad bagaimanapun mempersoalkan kewajaran perkara itu ditimbulkan dan membangkitkan apa yang dilakukan pihak yang membangkitkan perkara itu untuk melindungi ketuanan Melayu ketika berada di "takhta kuasa".

"Pada hal kita tidak mudah untuk mempercayainya. Oleh kerana kita merdeka sudah lama, kita mempunyai perdana menteri, semuanya Melayu. Timbalan perdana menteri, semua Melayu," katanya.

Ditanya sama ada golongan sastera mengambil peduli isu dibangkitkan BERSIH, Pak Samad mengakuinya tetapi menurutnya "bukan tugasnya untuk memobilisasi" kumpulan tersebut.

"Mereka perlu bertanyakan hati mereka, adakah mereka harus menyertainya. Tugas saya untuk memperjelaskan inilah situasi siasah negara kita.

"Adakah kita mahu berlanjutan atau kita mahu mengubahnya," katanya sambil menambah kumpulan sastera tidak terpisah dengan isu politik apabila menghasilkan karya atau mengadakan sesuatu perbincangan.
-mk









BERAPA UMUR BUDAK-BUDAK YANG DIUPAH INI DAN BERAPA UPAHANNYA?







Ulasan GB

Intimidasi yang berterusan yang dilakukan oleh puak pencacai UMNO ke atas Pengerusi BERSIH, S.Ambiga, menyerlahkan lagi sikap "assabiyah" dan perkauman sempit UMNO itu sendiri.

Dan semua mata rakyat Malaysia terbuka luas: bahawa laungan 1Malaysia Najib BENAR-BENAR omongan kosong.

Bak kata Pak Samad, hanya kerana Ambiga itu keturunan India dan merupakan seorang wanita pula, maka tidak hairan beliau menjadi sasaran ancaman pelbagai pihak.

Bagi GB yang sentiasa berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, perbuatan pemuda-pemuda samseng UMNO itu akan hanya memakan diri mereka sendiri.

Lebih kerap dan keras UMNO/BN melakukan / merelakan intimidasi ke atas Ambiga, maka lebih ramai (setidak-tidaknya kaum India yang semakin celik dan sekalian peserta BERSIH) yang akan menolak UMNO BN ... dan akan lebih ramai yang akan bersimpati dengan Ambiga, berarti juga akan lebih cepat UMNO BN berkubur. Hukum kebenaran itu tidak boleh ditolak atau dinafi.

Dan itulah juga diantara "haramjadah" yang bakal menimpa Najib dan UMNO!

6 ulasan:

  1. kesian.... pok jis.. nak tunjuk kononnya ramailah yg sokong dia.. tapi dia tersalah langkah.. lagi lambat pru 13... bertambah2 lah org yg akan tinggalkan umno bee end... memang pun bakal bee end.. kalau umno menang jugak lagi.. inilah bakal2 pengganti menteri2 deme.. yg mcm mat pid pun ada... akan bertambah rosaklah malaysia

    BalasPadam
  2. Mengapa Majlis Fatwa diam membisu.Kenapa tidak keluarkan Fatwa HARAM membuat kacau bilau serta menganggu ketenteraman dikawasan rumah orang

    BalasPadam
  3. Tak apa,sabaaar,lepas PRU13 nanti diamlah pencacai ni...kalau nak tahu apa rupa dan maksud PENCACAI mengikut kamus dewan,atau wikipedia,beginilah rupa dan tingkahlakunye.......

    BalasPadam
  4. Awat jadi lagu ni? Makin hari makin bodoh kelihatan "Melayu" ni. Awat tak cerdik-cerdik "Melayu" ni? Dah la dicop sebagai bangsa subsidi, ini pulak ditambah dengan peel dan kelakuan menampakkan seolah-olah "Melayu" ni bodoh, bangang dan tak bertamadun.
    Pak Samad kata sejak dari dulu PM dan TPM Malaysia ni semuanya "Melayu". Betulkah Pak Samad? "Melayu" mudah lupa dan sekali lagi "Melayu" ni diperbodohkan. Adakah semua PM dan TPM Malaysia dulu dan kini ni "Melayu"? Siasat betul-betul. Dahlah hak istimewa "Melayu" diguna dan diperkosa oleh mangkuk ayun yang mengaku "Melayu". Depa ni juga dah jadi PM dan TPM kat Malaysia. Siasat betul-betul antara PM dan TPM tu, siapa yang betul-betul Melayu?
    "Melayu" memang mudah diperbodoh dan dipermainkan dengan sentimen "Melayu"nya. Inilah kelebihan dan kekurangan yang ada pada "Melayu". Fikir pakai kepala lutut dan bukan kepala di atas bahu.
    Inilah pengkhianat bangsa sebenarnya. "Melayu" yang mengaku "Melayu" nilah yang merosakkan kewibawaan MELAYU dan puak "Melayu" ni yang menghakiskan kuasa Raja-Raja Melayu. Hidup Melayu tak harus dilaungkan dan sebaliknya "HIDUP ISLAM DAN MATINYA JUGA ISLAM". Perangai orang "Melayu" ialah hidupnya nak jadi "Melayu" dan matinya nak Islam. Logikkah?

    BalasPadam
  5. J.R.Omar said,
    Susah-2 sangat Ambiga cari drum bancuhkan air dengan serbuk cili pastu ambil water jet spray je sesapa yg berlonggok depan rumah dia tu.. apa nak salah nye, menjaga keselamatan diri dan hartabenda sendiri..

    BalasPadam
  6. Ni la kemuncak penetasan spesis kacukan Lembu2 UMNO + BN = Umat Melayu Naif Otak Be End, Beban Negara dulu kini & selamanya.. & tak lama lagi akan berakhir!!
    Provokasi murahan Be End utk rosakan reputasi pemimpin2 & penyokong2 Pakatan Rakyat!!
    Yg mereka faham melalui buku seper Umat Melayu Naif Otak Be End, BERSIH nak menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan!!
    Kena tengok apa motif BERSIH & apa tuntutan BERSIH tu... kecuali BERSIH 4.0 yg dilancarkan oleh kerabat lembu2 Umat Melayu Naif Otak! haaak tuuuuiiihh

    Aku setuju dgn Yusri!!
    taktik sudden death DS Najib adalah mengagalkan pilihanraya!!
    sebab tu DS biarkan je rakyat bercakaran sesama sendiri & kelainan bangsa.
    DS hanya mengarahkan ajensi2 kerajaan utk mendera rakyat agar nampak dia tak bersalah & rakyat tak boleh salahkan dia! DS berselindung atas nama kerajaan atas tindakan nya tu utk membalon rakyat yg inginkan perubahan. Rakyat tolak;
    POLIS yg jdi Pukol Orang Lemah Ikut Suka!
    SPR yg jdi Surohanjaya Penipu Rakyat!
    SPRM yg jdi Suruhanjaya Pembunoh Rakyat Malaysia!
    Majlis Fatwa yg kelihatan Majlis Fuck All Those Will Ass!
    PEKIDA yg dh jdi PU%IDA
    PERKASA sebijik dh macm kena PERK@sa...
    iskiskis..rakyat dah bosa semua tuuuu....

    DS Najib,
    DS adalah PM yg paling tidak bertangungjawab dlm semua hal burok salah laku rakyat Malaysia khususnya yg mengaku spesis & mempertahankan hegemoni Umat Melayu Naif Otak!!
    DS tak berani menasihati mereka dgn betol kerna DS takut ditempelak "bapa ketam mengajar anak2nya berjalan betol"
    DS tak mahu bersuara menghalang rakyat berbunohan kerna takut dikata "cakap tak serupa bikin"

    DS Najib,
    kalau lah DS mengajarkan Umat Melayu Naif Otak ni kencing berlari... bayaangkan lah anak2 cucu mereka, tentu tidak mustahil mereka bukan setakat kencing berak bersepah2 sambil berlari malah "Kaki Kencing Goyang2 Jilat2 Bontot" mereka jadinya kelak!!!!

    DS percaya?
    kalau tak percaya bubarkan parlimen ntk nak tengok sapa kaki kencing tuh! silap2 muka DS yg akan kena kencing!!!
    DS tak percaya?
    sah lah DS ni CIBAI....
    punya la aku geram, sampai aku mencarut karut marut dh!

    Oopss DS CIBAI yg aku maksudkan tu adalah;

    Cemburu
    Insan
    Bernama
    Anwar
    Ibrahim..

    kahkahkakkkkkk

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.