Batu Pahat – Kewujudan ‘air ajaib’ dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja
Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor.
Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, serbuan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masyarakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.
Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat.
Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung.
“Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan.
“Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu,” katanya.
Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpengaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya.
Sebelum itu, pada 23 Mac lalu Sinar Harian menyiarkan tentang pemilik rumah ini yang mengakui ramai orang datang ke rumahnya untuk mengambil air ajaib tersebut yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. -SH

Nasib baik air paip bocor, kalau air kencing dia simpan dan proses lagi haru... ha ha...
BalasPadamDah 54 merdeka dari penjajah tapi masih ramai orang Melayu yang fikiran/akidah nya belum merdeka.
AzMiR
Hahaha...itulah orang-orang MELAYU, tapi yang biasa percaya perkara-perkara tahyol ini kebanyakkan dari MELAYU UMNO..kurang cerdik, kurang berfikir, malas (suka cari jalan singkat) dan mudah diperdayakan....Malu aku sebab aku pun orang Johor Batu Pahat.
BalasPadamKes ini boleh disettle Hasan Jati. Pergi cari dia.
BalasPadamputra JB...
BalasPadamsama la... aku pun orang Johor gak, ex-HSPB
AzMiR
Inipun kena keluar fatwa ni... hasan akidah mana? Dah kena langgar lori ke?
BalasPadammemang UMNO macam ni, yang penipu macam pemimpin UMNO dikata betul, yang betul macam TGNA dikata penipu..
BalasPadamKawasan totok umno di bawah DUN kuda kepang...ha haha. Masih ramai kat sinun yg masih berfikiran kuno....macam hicamudin of Sri Gading...ha haha
BalasPadamnasib baik tv3 n utusan meloya tak tuduh pakatan rakyat yang pesongkan akidah penduduk kampung tuh kan??!!
BalasPadamhahahaha