21 Mei 2012

Apa Macam Tamil Malar Boleh Bertukar Menjadi Mansor Jali?

Seorang wanita, Tamil Malar hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Tamil Malar yang memiliki kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya yang terpapar adalah nama seorang lelaki, Mansor Bin Jali.

Tamil Malar menetap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun, dalam semakan menggunakan nombor kad pengenalannya itu memaparkan beliau pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.

“Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih,” kata Adun Tronoh, V Sivakumar seperti dilapor Harakah Daily.

“Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera.

“Kami sedang membuat operasi ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata,” katanya.

Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat mengesan pengundi hantu yang mungkin wujud di DUN itu. -kd

Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri'



BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.

Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.

Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih.

"Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan 'pengundi hantu' yang mungkin wujud di Dun itu.

"Kami sedang membuat operasi ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu.
-HD


3 ulasan:

  1. Kita tengok apa pula putar belit dari SPR !

    huhuuu..

    panjang umur, SPR terbelit batang leher sendiri laaa....

    Aku masih ingat lagi pada pilihanraya 2008 bagaimana kawan aku yang berada & sepatutnya mengundi di Parlimen K.Trg tetapi masa hari mengundi rupa rupanya , nama kawan aku tersebut telah ditukarkan ke Parlimen Dungun !

    Berkejar laa kawan aku tersebut dari bandar K.Trg ke Dungun ! Alhamdulillah dia sempat mengundi !

    Mengalihkan pengundi ke kawasan lain adalah salah satu strategi SPR ! Selain daripada strategi pengundi HANTU macam kes puan ini..

    Juga aku percaya dengan strategi SPR mencipta rekod pengundi yang baru iaitu seperti menggunakan nama Machine Gun @ Bom Atom !

    Dengan berharap orang lain tidak akan perasan akan kewujudan pengundi jenis 'Hantu" ini!

    BalasPadam
  2. kalau no hujung IC genap itu utk perempuan mcmmana pulak jadi laki mansor jali nihh? auta SPR nih

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.