17 Apr 2012

[Video] Isu Persenda Raja: Fitnah Karut Yang Sengaja Direka Oleh UMNO

Kuala Lumpur – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.

Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.

Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.

"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.

"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu.

Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan.

Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut.

"Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya.

Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan.

"... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya. -SH

Azmin, Tian Chua nafi persenda Raja ketika pertabalan Seri Paduka

TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presiden parti itu, Tian Chua menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Rabu lalu.

Mereka mendakwa, tuduhan itu serangan peribadi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.

Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu.

“Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal menjawab isu rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Sementara itu, Tian Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan berita itu yang didakwa beliau ditulis berdasarkan blog tanpa menyiasat sumber sebenar berita.
-BH







Ulasan GB

GB sudah ulas semalam. Petikan:

Pertama, GB melihat gesaan pemimpin UMNO untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk menyiasat pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu hanyalah mainan UMNO untuk meburukkan Pakatan.

Tiada ada satu pun yang jelas dari dakwaan itu. Siapa yang bercakap, apa yang diperkatakan, dan perkara apa yang dipersendakan. Ia hanya hanya rekaan semata-mata berdasarkan kepada tulisan seorang pro-UMNO yang bernama Dr Rahman Kadir dalam facebook yang mendakwa "berada berhampiran beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebelum mendengar perbualan­ mereka yang mempersendakan pemimpin negara dan raja-raja Melayu."


Itu saja yang menjadi asas kepada tuduhan mereka. Tetapi mendesak sehingga Suruhanya Diraja ditubuhkan.

Sedang umum mengetahui siapa sebenarnya sebelum ini yang bukan saja telah mempersenda raja-raja, malah menghina mereka dengan perlakuan dan perkataan yang dasyat?




Kedua, GB juga melihat tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang disokong oleh Hishamuddin Tun Hussein berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu hanyalah helah daripada desakan PAS supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes pemberian IC kepada warga asing.

Jika di dalam kes dakwaan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda raja lansung tiada bukti, tetapi didalam kes pemberian IC kepada warga asing amat jelas bukti yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan menderetkan nama-nama mereka yang terlibat termasuk pegawai kanan Najib dan Timbalan pengerusi SPR Malah Mahfuz berkata lebih banyak bukti akan diserahkan kepada Suruhanjaya Diraja tentang isu berkenaan. Mengapa takut untuk memberi respons terhadap tuntutan ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat dakwaan itu?


11 ulasan:

  1. Mereka memang pandai, nak bagi supaya rakyat tak terpedaya isu IC, mereka canag isu persenda raja2. Jadi isu IC rakyat tak diperkatakan. ابو

    BalasPadam
  2. Persendakan hukum ALLAH tak pe lak.

    BalasPadam
  3. Betultu..dah nak dekat mengundi nih..jgn layan isu2 gitu..isu IC lbih penting..

    BalasPadam
  4. kami anak muda tidak akan layan isu remeh temeh ini...isu penting adalah kerajaan BN harus lenyap dari tapuk pemerintahan pada PRU akan datang......JOM TOLAK BN...

    BalasPadam
  5. semakin lama semakin lembu org2 umno.

    fitnah adalah makanan dan akidah org umno termasuk hassan akidah.

    akidah umno adalah fitnah.
    kitab umno adalah lucah.
    penghulu umno adalah apco.
    saudara umno adalah syaitan.
    makanan umno adalah yang haram2.

    BalasPadam
  6. Dia ni sebenarnya nak bagi tau orang Malaysia yang dia dijemput untuk hadir ke majlis yang gilang gemilang tu.

    Kalau setakat curi dengar, itu fitnah namanya. Janganlah taksub sangat dengan duniawi. Biasalah kengkadang orang 'joke' pasal majlis. Kalau tak suka...siapa suruh curi dengar?

    Tak habis-habis bawak isu bodoh yang direspond oleh menteri bodoh dan disiar raya oleh media bodoh dan disampaikan kepada rakyat bodoh.

    Yang menteri pergi respon tu pasai apa? Aku tak faham. Dia komen dalam tweet - itu pun hak peribadi dia - Kalau nak siasat...buatlah laporan polis.

    BalasPadam
  7. Tuduhan oleh Dr Rahman Kadir (wujud ke mangkuk ni?)sebenarnya adalah sekadar andaian dan serkap jarang. Dia cuba guna reverse psikologi hasil pengamatan beliau sendiri terhadap tingkah laku, gaya dan personaliti kerabat-kerabat Diraja. Lantas dijadikan isu dengan mengkambinghitamkan orang lain. Nawaitu nya hanya Allah swt sahaja yang tahu. Tapi sebagai penganalisis politik kita tahu dan dapat hidu isi perut boroinya!

    BalasPadam
  8. betul ke doktor mamak ni?? doktor ayam ke? atau doktor syok sendiri?? jadi penebar roti canai lg elok

    BalasPadam
  9. Mudah dibaca tujuan BN/UMNO timbulkan isu ini. Supaya Raja2 Melayu murka kepada pembangkang, itu saja.

    BalasPadam
  10. Idris Jusoh yang maki sultan, dari parti UMNO

    BalasPadam
  11. Memang haram jadah org umno nii.. Nk tipu org2 kampung je tu.. Bagi aku ler.. Ada raja ke tak de ke.. Sama jek.. Habis duit jek semua tu.. Duduk goyang kaki elaun anak cucu ribu riban.. Ingat negara ni depa punya.. Ada raja melayu kalo golongan miskin tetap org melayu pun tak guna..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.