Dibunuh 10 jam sebelum nikah
JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut dibunuh di depan tunangnya sendiri, 10 jam sebelum mereka dijadualkan berkahwin, dalam kejadian di rumah kedai Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, dekat sini.
Gambar: Rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Indra Asrul, mangsa yang ditikam bertubi-tubi.
Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam berulang kali oleh tiga individu yang dipercayai warga Myanmar.
Lebih menyedihkan apabila kejadian terbabit disaksikan tunangnya yang dikenali sebagai Sharina, 26, malah mangsa dikatakan meninggal dunia di pangkuan bakal isterinya itu.
Sharina berkata, beliau dalam keadaan trauma selepas menyaksikan sendiri bagaimana Indra ditikam bertubi-tubi dengan kejam.
“Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi.
“Berikutan kejadian itu, Indra kemudian pergi berjumpa mereka bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga berlaku perselisihan,” katanya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam.
Katanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku.
“Saya berpindah sejak beberapa hari yang lalu namun, kembali semula ke rumah itu kerana mengambil wang deposit rumah dan beberapa barang lain.
“Bagaimanapun, ketika kami sedang menaiki tangga untuk ke rumah terbabit, tiba-tiba pasangan warga Myanmar itu dan seorang lagi lelaki menarik tunang saya dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum menikamnya dengan sebatang besi,” katanya.
Sharina berkata, kejadian itu mengejutkannya kerana berlaku beberapa jam lagi sebelum mereka diijab kabul selepas berkenalan beberapa tahun kerana bekerja di kilang yang sama. -BH

Lelaki mati dalam pangkuan kekasih
JOHOR BAHRU - Hajat seorang lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dibunuh sehari sebelum majlis pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 10.40 malam di rumah kedai di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya di sini kelmarin, mangsa Indra Asrul, 29, dan tunangnya yang hanya dikenali sebagai Sharina, 26, pergi ke rumah kedai itu dengan menunggang motosikal untuk mengambil barang-barang mereka di situ.
Cerita Sharina, sebaik sampai di situ, dia dan tunang yang sedang menaiki tangga untuk pergi ke bilik yang disewa tiba-tiba diserang oleh tiga warga asing dipercayai warga Myanmar dengan seorang suspek merupakan seorang wanita.
"Tunang saya mulanya ditumbuk di muka oleh ketiga-tiga suspek itu sebelum salah seorang lelaki yang bersenjatakan sebatang besi bertindak menikam perut tunang saya berkali-kali sebelum mereka melarikan diri.
"Saya memangku Indra yang cedera parah namun dia kemudian meninggal dunia dalam pangkuan saya," ceritanya dengan memberitahu Indra terkena lebih empat tikaman di bahagian perutnya. -kosmo
“Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi.
BalasPadamKatanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku.
BLEH X SESAPA TOLONG JELASKAN MAKSUD AYAT DIATAS , ADAKAH MANGSA N TUNANGNYA DAH PUN DUDUK SERUMAH SEBELUM MEREKA NIKAH LAGI?
berulang kali aku baca ayat tu...x faham apa maksud dia..
Padamaku pun terpikir mcm ko pikir gak...:(
BalasPadamAduhhh .. terfikir macam2 ko org ye. Tu namanya prihatin. bagus, bagus. Sokong. Jadilah rakyat yg prihatin.
BalasPadamorg mynmar bunuh org malaysia? dasyat n melampau...
BalasPadamTuan-tuan di atas...ayat dalam laporan hari ini akan bertukar dalam laporan hari esok dan akan terus bertukar tukar sehingga kes ini selesai dibicarakan dan hukuman dijatuhkan...
kenapa biar lagi BN memerintah? BERSIH3 nak dibuat cara aman tapi tak dibenarkan atas alasan keselamatan, jenayah meningkat rakyat selamatkah?
BalasPadamorang luar/asing pun berani lakukan jenayah bunuh warga kita....dan macam2 jenayah lagi...di mana lagi tempat yang boleh dikatakan selamat di malaysia...kementerian mesti jawab...nak tunggu sehingga banyak lagi yg menjadi korban baru SELAMAT agaknya....
BalasPadamcerita sebenar kita tak tau.. tapi biasa la wartawan.. nak sedap cerita tambah ayat sendiri sendiri.. saya ada pengalaman sendiri.. lain cakap lain diorang tulis..
BalasPadammesej nya ialah negara ini dah terlalu ramai pendatang yang menyebabkan tak aman lagi...bukan Bersih yang cetus huru hara tapi umno.
BalasPadamlepas ni negara ni akan tergadai kepada pendatang apabila umno beri KP warga negara kepada mereka demi menang PRU.
ini semua umnoooooooooo dan bn punya pasal.
tolak bn dan kurangkan pendatang asing.