5 Apr 2012

"Task Force" Beri IC Kepada Rakyat Asing, Peringatan Besar Untuk Najib & Sekutunya

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.

"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.

Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.

"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?

"Apabila berlaku pengkhianatan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.

"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.

Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.

"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.

"Negara terpaksa menangung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.

Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.

Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.

"Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.

"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu. -HD


Ulasan GB

Kita akan melihat nanti Najib akan menafikannya sepertimana penafiannya terhadap pembelian wakil rakyat PR, penafian pemborosan isterinya dan 1001 macam penafian yang lain.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana satu hari Najib pasti akan menerima balasannya.

Sebagai hamba Allah kita tidak ada tempat lain untuk meminta selain daripada Allah swt dengan doa-doa kita:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Berdoa sedemikian lebih utama dan semuga Allah beri petunjuk yang sebenarnya kepada kita semua dan selamatkan kita dari siksaanNya.

Kita sekadar ingin mengingat dan menyedarkan Najib agar jangan keterlaluan melalui peristiwa betapa Allah itu Maha Tinggi dan Maha Berkuasa, dan kita juga ingin mendengar penafian Najib mengenainya atau pengakuan Najib bahawa beliau tidak takut dengan peringatanNya.

Najib Terkena Cacar Balik Dari Hanoi

PM dinasihatkan berehat selepas tanda awal cacar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya.
- BERNAMA 1/11/2010


Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Jangan salah faham ya..

Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang ramai tidak mengetahuinya. -sumber: addin77





Ini bukan fitnah! Kita sekadar mengingatkan kepada mereka yang lupa. Jangan sampai nanti kamu-kamu menuduh rakyat tidak pernah menegurmu dan menuduh Allah tidak pernah menurunkan peringatanNya.



مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيداً

Apa jua kebaikan yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu adalah dari dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul. Dan cukuplah Allah menjadi saksi. An-Nisa :79


وَأَنذِرْ بِهِ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَن يُحْشَرُواْ إِلَى رَبِّهِمْ لَيْسَ لَهُم مِّن دُونِهِ وَلِيٌّ وَلاَ شَفِيعٌ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan berilah amaran dengan Al-Qur'an itu kepada orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka, padahal tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertakwa. Al-An'am :51



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




5 ulasan:

  1. apa nak jadi ni sampai muarah negara pun nak dibagi kepada orang lain janji mereka berkuasa apakah rakyat ni lembu kah senang di cucuk hidong....kita tak salah UMNO tapi orang menerajunya kemudian takut2 kan orang Melayu ....tetapi orang Melayu banyak dah lupa ISLAM mereka...memperalatkan ISLAM untuk kepentingan mereka...

    BalasPadam
  2. shamsiah fakeh... kaulah salah seorang pejuang kemerdekaan ... kini jelas siapa sebenarnya pengkhianat negara... pada mereka yang terlibat dalam pemberian kp pada pati akan diingat sebagai pengkhianat negara..

    BalasPadam
  3. GB,
    Bolehkah mereka yang terlibat itu tak kira mereka orang perseorangan, penjawat awam atau orang politik yang berpolitik dan organisasi mereka kita anggap mereka sebagai penjenayah, musuh dan pengkhianat negara....?

    BalasPadam
  4. Hari ini aku pergi makan kat foodcourt pejabat aku. Tokehnya kata pekerjanya kurang hari ni kerana pergi daftar undi di Royal Selangor Club...???? Dia dah dapat warganegara katanya .....wallahu a'alam...

    BalasPadam
  5. Sejarah UMNO sejak tahun 1948 terbukti megkhianati orang Melayu.Tahun 1948 Dato Onn Jaafar menerima Gagasan Persekutuan Tanah Melayu(PTM)mengenepikan Jus Soli,kerakyatan dibuka kepada bukan Melayu.Tahun 1957 Tengku Abdul Rahman Putra,hendak sangat merdeka,menerima bulat-bulat perlembagaan Reed,Jus Soli masih tidak dikaji sebagai mana dijanjikan pada tahun 1948.
    Hari ini,Najib hendak mewarganegarakan lebih dari 1 juta PATI sekadar hendak mengekalkan kuasa.Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO yang perihatin - bukalah mata dan minda.Jangan gadaikan negara ini dengan harga RM500.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.