4 Apr 2012

Rumah Dan Kereta Ketua Pemuda PAS JB Disimbah Cat Hitam

Johor bahru – Beberapa individu tidak dikenali bertindak liar dengan melempar bungkusan berisi cat berwarna hitam ke arah kediaman Ketua Pemuda Pas Johor Bahru, Mohd Ariff Mt Hassan di Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Mohd Ariff berkata, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, kira-kira 20 motosikal ditunggang perlahan di hadapan rumahnya sebelum dicampak cat berwarna hitam.

“Kebetulan ketika itu saya belum tidur. Curiga dengan kehadiran motosikal berkenaan, saya mengintai daripada tingkap dan ternampak seorang lelaki bertopi keledar melontar satu bungkusan,” katanya.

Menurutnya, beliau sempat keluar dan menjerit ke arah lelaki berkenaan sementara beberapa lagi penunggang motosikal bertindak melemparkan bungkusan berisi cat ke arahnya sehingga mengenai kereta dan dinding rumah.

“Saya cuba mengejar, namun mereka memecut laju. Saya bersyukur tiada sebarang kejadian buruk berlaku,” katanya yang tinggal bersama isteri dan empat anak.

Mohd Ariff berkata, beliau yakin ia satu tindakan provokasi oleh pihak tertentu dalam usaha menggagalkan ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, malam semalam.

“Sebelum ini lapan kain rentang dipasang di sekitar bandar raya ini dicantas pihak tidak bertanggungjawab,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Tampoi pada hari sama.

Menurutnya, walaupun kejadian berkenaan berlaku kurang 24 daripada masa ceramah itu berlangsung, ia tetap diteruskan dan diadakan di kediamannya yang juga Pejabat cawangan Pas Bandar Baru Uda.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri, Syed Othman Syed Abdullah menyifatkan kejadian berkenaan didalangi oleh individu tidak bertamadun kerana berasa tergugat kewibawaan Mat Sabu.

“Saya minta tindakan provokasi seperti ini dihentikan. Bagaimanapun kami tidak akan sesekali membatalkan ceramah yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan kejadian terbabit manakala kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. -SH

4 ulasan:

  1. Tindakan provokasi dari para PENGECUT..apalah lepas baling lari..memang kurang ajar puak-puak PENGECUT ni..kalau anak jantan datanglah dengan hujah..bukannya dengan provokasi....pirahhhh

    BalasPadam
  2. inilah puak puak pengecut yang tak ada telo...

    BalasPadam
  3. Pemimpin UMNO kena beri tau balaci-balaci ni,rumah dan kereta pemimpin UMNO lebih mahal dan hebat dari rumah dan kereta pemimpin pembangkang.Kalau nanti ada yang mengambil tindakan "tindak-balas",tak tau siapa yang akan rugi besar.Ada pepatah Inggeris:People who live in glass house should not throw stone.Anak-anak pemimpin UMNO punya kereta pun hebat-hebat.Ada faham!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah ceramah tetap berjalan dengan baik dan lancar..Timbalan President PAS Mohd Sabu... Ketua Pemuda Pas Ustaz Nasarudin Tantawi dan Saudara Anwar Abdullah dari PKR telah mennyampaikan ceramah yg banyak memberi semangat dan menambah pengetahuan kepada hadirin dalam memilih kerajaan yg adil, amanah dan bertanggung jawab kepada rakyat.
    Sekalung Tahniah Pada AJK yg bertungkus lumus merealisasikan majlis ceramah ini.. Semoga segala usaha tidak berhenti di sini.. teruskan lah perjuangan walau berhadapan dgn cabaran dan rintangan dr pihak yg tidak bertamaddun itu.

    Saido San

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.