2 Apr 2012

Hujan Lebat Pagi Ini - KL Dilanda Banjir Kilat Lagi

Kuala Lumpur - Beberapa laluan utama menuju ke ibu negara mengalami kesesakan teruk pagi ini akibat banjir kilat dan kemalangan kecil berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.

Antara kawasan yang mengalami kesesakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Sungai Besi dan Duta-Ulu Kelang Expressway.

Kesesakan itu juga berpunca daripada penutupan Terowong Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) bermula pukul 7 pagi tadi.

Menurut jurucakap SMART penutupan itu bagi membolehkan air banjir disalurkan ke terowong tersebut untuk mengatasi banjir kilat di beberapa laluan termasuk di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan Jalan Jelatek di Keramat.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur pula berkata kesesakan lalu lintas berlaku di hampir semua laluan menuju ke ibu kota namun keadaan adalah terkawal.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor termasuk di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat akan berterusan sehingga tengah hari ini.

Turut mengalami keadaan sama ialah Ledang, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulaijaya, Johor Baharu dan Kota Tinggi di Johor serta Jasin di Melaka.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Segamat, Johor serta Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka, yang mungkin menyebabkan angin kencang serta banjir kilat. - Bernama

8 ulasan:

  1. Dalam berita TV3 kata, banjir di Klang adalah salah Kerajaan Negeri...so banjir kat KL ni salah Kerajaan Pusat lah yer? ha...!!

    BalasPadam
  2. ada lagi.. kat klang depa mintak ganti rugi.. jadi kat lembah kelang ni.. ganti rugi jugak ler kot kan kena bagi... huahahaha...

    BalasPadam
  3. KALO DAH HATI TU HITAM..BODOH PUN TAKLEH NAJK DIAJAR..MCM TU LA..TV3 TU DAH MMG TAKLEH BUAT APA...TAKTAU DALAM TU BAPE RAMAI YANG MAKAN DUIT HASIL FITNAH..ESOK KALO ANAK DEPA KENA ROGOL RAMAI2 KA..ATAU DEPA SNDIRI YANG KENA..MUNGKIN SALAH PR JUGAK KOT...DAH BANJIR NI DARI HUJAN..HUJAN TUHAN YANG TURUNKAN...KALO DAH BINATANG2 TU SUMA YANG DOK TARAH TANAH KEPUNYAAN TUHAN NI..BUAT BANGUNAN TINGGI2...MODEN LA KONON (MODEN KEPALA BAPAK DEPA)...TAPI BAB SALIRAN DAN PENGAIRAN DEPA SUMA TUTUP MATA...TU YANG BAH ALLAH TURUNKAN PUN DEPA NAK SALAHKAN ORANG LAIN....YANG KAT JEPUN NUN MAK AYAM DEPA CAKAP JEPUN TAK BUAT KAJIAN TIME NAK BUAT BANGUNAN>>ITU PASAL GEMPA BUMI...TIME DEPA RANG LAIN SALAH...TU LAH DARSAR NAK HAGHAM

    BalasPadam
  4. terowong smart??tp msih banjir lg kuala lumpur,

    BalasPadam
  5. salah tgna krna tak nak letak jawatan tu yg buat ahli2 z& pemimpin umnporno menangis bercucuran airmata sampai banjir kilat kolo lompo

    BalasPadam
  6. "Turut mengalami keadaan sama ialah Ledang, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulaijaya, Johor Baharu dan Kota Tinggi di Johor serta Jasin di Melaka."

    Encik GB, Batu Pahat Tak Hujan. Sekian terima kasih. Subuh nampak macam nak hujan tapi tak hujan.

    BalasPadam
  7. Encik ABU...
    Petikan berita tsb diambil dari BERNAMA.Sekian.
    GB hanya paste dlm blognya. Tks.

    BalasPadam
  8. Di Jasin Melaka, ada hujan lebat tapi sekejap sahaja.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.