6 Apr 2012

[DEDAH] Tiru Tandatangan Untuk Daftar Sebagai Pengundi Pos

PAS Selangor akan mendedahkan satu lagi cubaan jahat Umno-BN dalam memanipulasi daftar pemilih dalam kempen mereka untuk menawan kembali Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang.

Taktik terbaru adalah mendaftarkan isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata ia dilakukan dengan meniru tanda tangan isteri-isteri tentera di dalam borang-borang khusus bagi mendaftar mereka sebagai pengundi pos.

“Ini berlaku di dalam kem, secara khusus yang dapat saya dedahkan sedikit hari ini ialah kem di Paya Jaras.

“Usaha ini melibatkan pegawai tentera. Bila kita panggil saksi dalam pendengaran perbicaraan rang daftar pemilih, saksi itu mengakui bahawa pemohon tidak pernah menandatangani borang permohonan.

“Tetapi nama mereka tersenarai dalam rang daftar pemilih”, jelasnya di dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Khairuddin menambah, usaha tersebut bergiat aktif di dalam kem tentera dan bertujuan meninggkatkan jumlah pengundi pos di Selangor.

Khairuddin berkata bukti terperinci tentang usaha itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, PAS Selangor telah mempersoalkan pertambahan mendadak pengundi yang bertukar alamat mengundi mereka daripada tempat lain ke Parlimen dan Dun di Selangor.

Antara kes yang dikenalpasti adalah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan ’12′. Kebanyakan mereka ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS pada 2008.

Selain itu, PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melanggar peraturan dengan mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos. -selangorku

7 ulasan:

  1. Dedahkan lagi.
    Kami pengundi memerhati dan meneliti.
    PRU-13 jawapan kami.

    BalasPadam
  2. Patutlah ada BERSIH 3

    BalasPadam
  3. Begini rupanya strategi BN. Pasal itu konfiden sangat.

    BalasPadam
  4. Tipu itu bagi BN perkara yang mesti.
    Ingatlah Allah akan menghitung kerja jahat kamu,termasuklah org2 yg bersubahat.

    BalasPadam
  5. Kalau tak menipu, bukanlah UMNO/BN namanya.

    BalasPadam
  6. PERNAH DI ZAMAN NABI SEORANG PELAKU ZINA BERKATA: WAHAI RASULULLAH BOLEH TAK SAYA MEMELUK ISLAM TAPI SAYA TETAP MAHU BERZINA...NABI BERSABDA; BOLEH, DENGAN SYARAT ENGKAU TIDAK AKAN BERCAKAP BOHONG...LELAKI ITU MEMELUK ISLAM....SETELAH BEBERAPA LAMA IA TERFIKIR....JIKA IA BERZINA PADA HARI TERSEBUT DAN IA BERTEMU RASULULLAH DAN BAGINDA BERTANYA KEPADANYA...ADAKAH KAMU BERZINA PADA HARI INI? MAKA SUDAH TENTU IA AKAN BERKATA; BENAR AKU TELAH BERZINA PADA HARI INI." MAKA SUDAH TENTU HUKUMAN HUDUD AKAN DILAKSANAKAN KE ATASNYA... LALU LELAKI TERSEBUT BERTEMU RASULULLLAH S.A.W. DAN MENYATAKAN BAHAWA MULAI HARI INI SAYA TIDAK AKAN BERZINA LAGI...inilah hasil didikan islam terhadap penganutnya.....TAK KANLAH SAMPAI NAK MENANG KITA BUAT KERJA TIPU....LAKNAT AKAN TURUN KEPADA TEAM PENIPU....INSAFLAH....BIARLAH RAKYAT YANG PILIH..

    BalasPadam
  7. Kat Kamunting, Taiping pun sama. ramai isteri tentera tau-tau dah jadi pengundi pos.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.