3 Apr 2012

[Bergambar & Video] Mata Adam Adli Lebam Kena Tumbuk Di Kampung Kerinchi - updated

Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. -mk

Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul

KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.

Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.

Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.

Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.

Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.

Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.

Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.

Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. -FMT

















7 ulasan:

  1. Ini bukannya nak runtuhkan bangunan. Ini cara nak bagi orang sakit hati. Tak ada safety measures langsung. Ini sudah kerja samseng.

    BalasPadam
  2. yang baju biru tu sape?

    BalasPadam
  3. x paham la dgn org2 yg nk marah2 tue kenapa perlu marah sedang kan benda boleh berbincang dengan baik...klu itu remah mereka dan mereka sudah berpindah....kenapa nk marah2 lagi...rumah tue dah bukan rumah mereka...ia jd bekas rumah..yg x berpindah tu mungkin ada masalah yg x dapat dielakan....x perlu lah nak menjatuh kan maruah anda sampai macam tue sekali...dan yg marah kan adam adli tue kenapa...dia x slalh pon...dia pon rakyat Malaysia jugak...dan dia dah pon layak mengundi...so salah ke sebagai pelajar untuk terlibat dalam politik...(dalam hai nie x dak langsung kaitan ngan politik)x paham ngan mentaliti rendah macam neh (merujuk kepada org yg pakai bju biru)

    BalasPadam
  4. Teringat cerita Sarjan Hassan. Bangsa yang mengkhianati adalah bangsa kita sendiri...

    BalasPadam
  5. aduhai cantiknya bahasa budak/org baju biru tu.pandai suruh orang p sambung belajar...awak tu dah terlebih ajar tau tak! bahasa awak memang melambangkan siapa awak yg duduk di kg kerinchi tu.sekaligus apa yg awk lemparkan pada org lain sebenarnya mencermin diri awk sndri.

    BalasPadam
  6. apa yan dicakapkan oleh budak baju biru tu dutujukan kepada dirinya sendiri...alangkah singkat,senteng,kusut pemikiran budak tu...suruh budak pg belajar tp diri sendiripun x ter ajar...

    BalasPadam
  7. Elok la tu, buku bertemu ruas.... saya tengok (pendangan peribadi) Adam Adili pun macam 'agresif' juga orangnya, maknanya pada pihak musuh, Adam Adili juga macam 'samseng'.

    Saya bukan tak sokong 'pembangkang' tapi kalau membangkang dengan berhujah cara berteriak-teriak sampai urat d leher besar lengan apa ka halnya....saya rasa DSAI juga perlu ubah cara pendekatan beliau berhujah, keywordnya, jangan terlalu banyak 'berteriak'

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.