28 Apr 2012

[Bergambar & Video] Dah Ramai Kat KL & Mat Sabu Pun Sudah Sampai- updated

Himpunan BERSIH 3.0 bermula jam 2.30 ptg. Tetapi jam 1 pagi ini, sudah ramai peserta BERSIH yang tiba.

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka, lapor malaysiakini.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.






































12 ulasan:

  1. Masanya dah tiba NAJIB/BN menyerahkan PUTRAJAYA bersih telah mendapat sokongan semua lapisan cuma TV3/RTM ja yg buat propa peniaga tak laku la, pelabur tak dtg la,berita yg disiarkan telalu contradit on the ground

    BalasPadam
  2. Ramainya...agak menakutkan bila ada yang bertopeng

    BalasPadam
  3. HIDUP RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN,KESEJAHTERAAN,KETELUSAN & KEJUJURAN,YANG MENENTANG SEGALA RASUAH,PENYELEWENGAN,KELENTONGAN,PENIPUAN & KEBEJATAN REJIM UMNO-APCO-BN YANG DAH MELAMPAUI BATAS-BATAS UNDANG-UNDANG DENGAN MATLAMAT MENGHALAL CARA DEMI KUASA,PANGKAT & MATERIALISMA,KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT,LAWAN TETAP LAWAN UNTUK KE'BERSIH'AN NEGARA MALAYSIA DARI PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA !

    BalasPadam
  4. Yg masih tak faham tu, bacalah statement en Amuraria tu.

    SEMUA rakyat Msia berhak menekmati kehidupan dari pemerintahan yg BERSIH tak kira apa bangsa & agama.

    BalasPadam
  5. Klik sini untuk menonton live streaming BERSIH 3.0.

    http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/04/live-streaming-siaran-langsung-bersih.html

    BalasPadam
  6. Teruskan BERSIH dengan memperjuangkan suara rakyat yang sentiasa dikekang dan diputarbelitkan oleh media massa UMNONGOK. Teruskan reformasi dan transformasi secara aman. Kita perlu BERSIH daripada rasuah, penyalahgunaan kuasa, menghalalkan yang haram, pemimpin agkuh, dan penindasan. Yang penting ialah ketelusan dan kejujuran.

    BalasPadam
  7. BERSIH merupakan isyarat suara rakyat yg dinafikan kebebasan media,tv,radio yg dimonopoli golongan tertentu secara tidak adil..BERSIH juga menuntut pilihanraya yg adil tanpa mengira parti politik kerana sngat jelas SPR pro kepada parti tertentu..semoga ALLAH melindungi mereka dari pemimpin korup,zalim,menylahguna kuasa,merompak duit rakyat,subsidi rakyat dinafikan DLL..

    BalasPadam
  8. TAHNIAH DAN SEJUTA PENGHARGAAN KEPADA PEJUANG KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN NEGARA DARI PENJAJAHAN UMNO

    BalasPadam
  9. buat sembahyang hajat besar-besaran, mohon pertolongan allah, TGNA boleh jadi imam

    BalasPadam
  10. HIDUP MAT SABU DAN PENYOKONG BERSIH!!!!!GUA TABEK DEKAT LU...

    BalasPadam
  11. Najib gigil tgk bersih 3.0....pilihanraya tangguh 2013.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.