21 Apr 2012

Benar, Tidak Bijak Singkirkan Najib Selepas PRU, Tetapi Nobatkan Dia Ketua Pembangkang

Tidak bijak singkirkan Najib lepas PRU'

Sekali pun BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang, usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak seperti terjadi kepada pendahulunya sebelum ini masih dianggap langkah tidak bijak, kata penulis terkenal.

Barry Wain (gambar) berkata, perdana menteri amat popular di kalangan rakyat sekarang ini, malah kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh itu.

"Walaupun Najib masih menang pilihan raya tetapi jatuh beberapa kerusi, beliau mungkin berada bawah tekanan, tetapi sukar kerana Najib secara peribadinya popular.

"Beliau amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN," kata Wain dalam majlis ucapan anjuran Kelab Penulis Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menghadapi penolakan daripada dalam setelah kejatuhan buruk BN pada 2008 walaupun mengejutkan banyak pihak kejayaan besar empat tahun sebelum itu.

Bercakap kepada 30 anggota FCCM, Wain sebagai bekas penyunting Wall Street Journal yang berpindah ke Asia hampir 40 tahun itu berkata, Umno juga patut mengekalkan Najib kerana ia berkaitan isu penggantian. -mk

Ulasan GB

Kenyataan Barry Wain di atas menyebut beberapa perkara:

i) BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang
ii) "Beliau (Najib) amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN,"
iii) Oleh itu tidak bijak untuk singkirkan Najib.

Menarik.

Pertama Barry Wain mengakui bahawa BN akan kehilangan lebih kerusi di dalam pilihanraya akan datang. Kedua, usaha UMNO BN selama ini lebih kepada menggilap imej Najib. Justeru Najib dilihat lebih popular dari kerajaan, UMNO dan BN sendiri. Malah penulis itu menyebut "kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh Najib".

Tetapi Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan, bukan sebuah republik yang diketuai seorang Presiden, dimana kerajaan dibentuk bukan di atas pengaruh individu tertentu tetapi parti mana yang dapat kerusi lebih.

Jika BN kehilangan lebih banyak kerusi ini bererti peluang BN membentuk kerajaan semakin tipis dan jika Najib tidak perlu disingkirkan, wajar sangat BN bersedia untuk menamakan Najib sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU nanti.

Begitu sifirnya.

Mudah-mudahan ia akan menjadi satu kenyataan. InsyaAllah.



8 ulasan:

  1. Itu pun kalau dia menang di kawasannya. Andainya lah dia kalah ????? macam mana nak jadi ketua pembangkang ????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hakikatnya dia pernah tewas pada PRU99. Tp biasa la kan, umno baru ni mmg penipu. Ntah undi pos mana plk yang memenangkan dia. Jadi x mustahil, walaupun susah utk dia ditewaskan di Pekan

      Padam
  2. maksud wain...tu... keseluruhannya dia xrasa najib akan kalah....

    ingat tak bn kalah secubit je pd pas...pas xnak naik pentas pun... rasanya najib bukan nak menang...cuma nak 'ajar' dgn mendalam pada pas... (mcm perak..org2 awam nampak bn 'rampas' , to org2 cerdik xnampak cam tu...najib lebih pd nak 'ajar' dgn mendalam pd pakatan..)

    jika dibanding dgn bbp pm yg lalu..sokong org melayu tak pernah tulen seperti skrg...tgk TDM cukup,, yg Paklah kita pahamlah kan... seolah2 najib sedang 'overhaul' kereta skrg. dia tak tukar enjin baru..tp prestasi overhaul jadi 'enjin' yg tulen....tgk lah dimana...

    harap moderator yg tulen demokrasinya tidak takut siarkan..

    BalasPadam
  3. Bila BN kalah dalam PRU 13 nanti, kita tak boleh lantik Najib sebagai Ketua Pembangkang kerana dia terpaksa diheret ke mahkamah atas penyalahan guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heret mahathir skali dgn bini dia

      Padam
  4. Sumbat je najib dalam ISA dalam sebulan dua. Biar dia rasa pulak macamana peritnya rosmah berada di luar. Lepas bebaskan dia baru hapuskan keseluruhan system kuno dan primitif tu.

    BalasPadam
  5. Saya rasa Najib tak popular pun di kalangan rakyat terbanyak.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.