Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) memohon agar Yang di-Pertuan Agong supaya tidak memberi perkenan kepada permohonan pembubaran Parlimen selagi isu dakwaan kewujudan pasukan petugas khas pemberian kad pengenalan tidak diselesaikan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berlata, pihaknya mahu isu daftar pemilih yang bersih ditangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipanggil.
"Kita menuntut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata Mahfuz Omar yang juga pengerusi jawatankuasa itu.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian selepas menyerahkan memorandum dan bukti berhubung dakwaan wujudnya pasukan petugas khas kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Selain itu Mahfuz turut memohon agar Seri Paduka Baginda menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pasukan petugas khas itu.
Mengulas lanjut kata beliau, Pas memohon satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan pemberian hak warganegara kepada warga asing yang dilakukan kerajaan.
Menurutnya, Pas serta Api berharap perkara itu akan dapat ditubuhkan bagi membersihkan senarai daftar pemilih sebelum PRU13.
"Perkara ini sudah semakin menular. Jika sebelum ini, hanya kedengaran di Sabah yang memberi hak warga negara kepada rakyat Filipina, namun ia telah berlaku hingga ke Semenanjung. Kerana itu, Pas memberikan memorandum yang antara lain kandungannya kami menyenaraikan beberapa petunjuk seperti bilangan daftar pemilih yang diragui asal usul mereka.
"Kami juga ada memberikan satu salinan laporan polis yang dibuat oleh pasukan khas Pas di mana kami berjaya menangkap beberapa warga asing mempunyai kad pengenalan namun mereka itu sebenarnya bukan warganegara Malaysia.
"Tetapi, malangnya tiada dakwaan ataupun tindakan yang dikenakan terhadap mereka oleh polis," katanya kepada media di hadapan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.
Katanya, dengan sebahagian jumlah kecil iaitu 175,388 hak warga negara yang diberikan kepada warga asing, ia bukan satu petanda yang baik khususnya kepada institusi Raja Berperlembagaan.
"Kebanyakan mereka yang menerima hak warganegara adalah dari Filipina, Indonesia, Nepal, Bangladesh dan beberapa negara lain. Apa yang membimbangkan kami adalah dengan lambakan pemberian secara tidak sah sebegini, ia boleh menggugat institusi raja berperlembagaan di Malaysia yang boleh terhakis.
"Perkara ini sudah pun berlaku di Nepal apabila rakyat mereka menggulingkan raja. Ada juga warga asing ini datangnya dari negara yang tidak mempunyai raja, jadi ia boleh menjadi ancaman kepada negara ini untuk satu jangka masa lanjang," katanya. -SH

Ketua SPR dan Menteri Dalam negeri juga patut dipecat. Mereka yg menjual negara ini patut dihukum tembak.
BalasPadamRakyat asing tidak peduli apa yang berlaku kepada negara dan rakyat Malaysia. Tujuan utama hanya untuk dapat IC.
BalasPadamMereka patut di dakwa di bawah undang2 yang baru digubal kerana cuba merosakkan DEMOKRASI BERPARLIMEN yang di sebut dalam parlimen oleh DS Najib. Kalau tak Najis lah undang2 itu.
BalasPadam