Jerat cinta Aisha Saeed’
KUANTAN - Seorang penjawat awam hampir diperdaya seorang kenalan wanita yang dikenalinya me lalui laman sosial awal Februari lalu.
Menggunakan nama ‘Aisha Saeed’, wanita kacukan Sabah dan dia memperkenalkan diri sebagai Pengurus Pemasaran yang bertugas di England.
Sulaiman (bukan nama sebenar), 45, berkata, dia berkenalan wanita yang menggunakan nama ‘Aisha Saeeda’, mengaku anak kacukan Sabah dan memperkenalkan diri sebagai Pengurus Pemasaran yang bertugas di England, melalui laman sosial, Facebook.
Menurutnya, selepas tiga hari berbalas pesanan melalui laman sosial tersebut, Aisha memberitahunya dia berminat bercuti ke Malaysia selama dua minggu.
“Melalui pesanan itu, dia memberitahu mahu menghantar bungkusan hadiah kepada saya sebagai tanda persahabatan.
“Saya dimaklumkan bungkusan tersebut mengandungi wang tunai 100,000 pound, bunga, telefon blackberry, t-shit Manchester United, jam tangan dan komputer riba jenama Hp,” katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, ketika itu dia sudah mula mencurigai tindakan wanita itu, namun tetap mengikut rentak untuk melihat sejauh mana penipuan dibuat.
Katanya, Aisha memaklumkan sebahagian wang tunai daripada 100,000 pound iaitu 40,000 pound digunakan sebagai deposit untuk bayaran penginapan, manakala 60,000 pound untuk perbelanjaan ketika berada di Malaysia.
“Bagaimanapun, pada minggu lalu, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya daripada syarikat penghantaran barangan.
“Dia memaklumkan kepada saya bahawa bungkusan dihantar atas nama saya sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Namun begitu, disebabkan bungkusan melebihi berat yang ditetapkan, dia diminta membayar RM2,500 supaya bungkusan itu dapat dikeluarkan daripada Kastam Diraja Malaysia.
“Lelaki tersebut mendesak saya supaya memasukkan duit ke dalam nombor akaun yang diberikan bagi memudahkan urusan.
“Saya menjadi lebih curiga dan hairan apabila nama pemilik akaun itu adalah ‘Daud Musa’ dalam masa sama cuba melengah-lengahkan perkara tersebut, tetapi Aisha menghantar pesanan melalui Facebook kepada saya dan merayu supaya menjelaskan bayaran tersebut malah, berjanji akan membayar semula kepada saya sebanyak dua kali ganda.
“Dia juga cuba menelefon saya sebanyak tujuh kali pada hari yang sama, tetapi saya tidak menjawabnya kerana mula sedar tentang penipuan tersebut,” katanya.
Sulaiman berkata, dia membalas pesanan dihantar dan memberitahu tidak percaya helah wanita itu.
“Selepas itu, dia tidak lagi menghubungi saya, malah akaunnya juga sudah tidak aktif lagi.
“Saya harap, mereka di luar sana lebih berwaspada apabila ‘didekati’ lelaki atau wanita yang mahu menawarkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti itu,” katanya. -SH

Pernah gak kena mcm ne, pmpuan tue nama zaina shukri tp aku awl2 bagi tau yg aku x caya dia... hahahaha, last2 dia x reply2 msg aku..
BalasPadamAku pun hampir kena tipu. Guna nama Farah Asyikin, kutuk PKR , suruh sokong UMNo, janji UMNO akan tadbir MNalaysia dengan lebih baik lagi. Aku jawab...Tipu..............Hahahaha
BalasPadamambo pun penah kena tipu,,,mula2 percaya lahhh,,mengaku melayu berasal dari penang,,mintak dtng ke rapat rakyat hasang ali dng berahing ali,rupanya dia kata untuk menyatukan islam dan menyelamatkan rajagopal,,,
BalasPadampercuma air kotakk dan nasi bungkus,,bila datang rupanya ramai eee..mamak india muslim kat sana cheh tertipu...
hahahahaha... lawak pagi jumaat...!!
BalasPadamhahahahaaaaaaa
BalasPadamlawak sungguh nooo... kalau kepala politik, cerita biasa pun jadi versi politik.