Kota Bahru: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin.
RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka.
Che Arminudin berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu menetap di Kampung Seri Kulim, Melur, dekat sini dan bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.
Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota Rush yang dinaiki Che Arminudin bersama anaknya menghala ke Pasir Puteh terbabas dan melanggar tiang lampu.
Menurutnya, kenderaan itu kemudian masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Ford Ranger dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dan seorang penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, yang menghala ke Kota Bharu.
“Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar. Pemandu dan penumpang Ford Ranger berjaya diselamatkan penduduk kampung.
“Mereka dilaporkan cedera parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan,” katanya.
Menurut Jalaluddin, jenazah Che Arminudin dan Marissa Alma turut dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mereka.
Sementara itu, saksi kejadian, Abdul Razak Abdullah, 34, berkata, dia terdengar dentuman kuat ketika bekerja di Kilang Kitar Semula RD Papers di kawasan berhampiran tempat kejadian.
“Saya berlari keluar dan mendapati dua kenderaan berlanggar dan terus membantu menarik keluar dua mangsa yang berada di dalam Ford Ranger,” katanya.
Menurut warga Myanmar itu, dia cuba menyelamatkan mangsa di dalam Toyota Rush selepas melihat si bapa cuba menarik keluar anaknya yang berada di tempat duduk penumpang belakang.
“Bagaimanapun, saya tidak sempat menyelamatkan mereka kerana kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar,” katanya. -hm

innalillah ilaihi ra-jiun
BalasPadamron 95
BalasPadamKenapa kenderaan sekarang muah meletop dan terbakar?adakah berpunca dari minyak RON95 yg byk diperkatakan org ramai??tiada kajian yg dijalankan...
BalasPadamKenapa kenderaan sekarang mudah meletop dan terbakar?adakah berpunca dari minyak RON95 yg byk diperkatakan org ramai??tiada kajian yg dijalankan...
BalasPadamron 95?kalau kite tgk zaman sekarang orng berkereta nie semakin biadap dan hilang sopanan jika kereta besar dan berjenama rasa nak exsyen lebih bawak gila2..laju konon nk kata HEBAT...apa kaitan dgn petrol??mmg sifat petrol akan meletup jika tekanan kuatt.Betul kata dr.mathadir pemandu msia bukan cekap sgt,tpi berlagak lbih2,jika pemaduan sopan bagi jalan,tertib insallah SELAMAT.
BalasPadamDulu Unser, sekarang Rush. Vios dan Innova akan menyusul... (mungkin).
BalasPadamSorry, pendapat aku jer...
AzMiR
banyak kereta sekarang bila kemalangan mudah terbakar.. ADAKAH DISEBABKAN RON95????
BalasPadamlagi RON95 yang diperkenalkan BN membunuh rakyat, pemimpin BN banyak wang boleh guna RON97
BalasPadamsebelum ron 95
BalasPadamkadang-kadang meletup
selepas ron 95
banyak meletup
Anon 6.21pm, x semua pemandu kat m'sia ni biadap bro! Tapi ada segelintir yg kureng berhemah. Biasa la kan, manusia! Tapi adalah baik kiranya pihak berkuasa buat kajian Ron95 sbb muthakir ni byk sgt kes accident melibatkan burning & exploding. Smga roh arwah & anaknya d tempatkan d kalangan solehin. Amin
BalasPadamToyota perlu membuat kajian perkara letup-letup nie.
BalasPadamkemungkin pada valve plastic yg supply minyak ke engin atau injection. if kena hentakan kuat mcm xcident valve plastic nie akan patah and kunci still on so fuel pump still supply minyak ke engin. dgn keadaan engin panas so next pepaham ler tp sampai meletup nie kemungkin fuel tank dah hampir E. selalunya gas lg mudah meletup dr minyak tambahan pula in high pressure. NIE just teory je and advise kawan2 tgk2 ler valve tu kalau plastic tukar aje dgn besi.
BalasPadam