9 Mac 2012

Surendran: Hukuman Terhadap Imam Hoslan Tidak Wajar

SSaya merujuk kepada hukuman satu tahun penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Hoslan Hussain hari ini.

Hukuman tersebut tidak wajar dan bersifat zalim. Kes ini sewajarnya ditangani dengan keadilan yang berteraskan prinsip belas kasihan dan Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya. Tambahan lagi, Hoslan dinafikan hak membela diri. Beliau tidak diwakili peguam dan merasa sangat sedih dengan perbuatannya melontar kasut dalam mahkamah tempoh hari.

Hoslan merupakan bapa kepada tujuh orang anak dan kes beliau ini telah tertangguh sejak tahun 1999. Sewajarnya beliau dihukum dengan amaran keras atau denda. Pihak kehakiman seharusnya mempertahankan nama baik mereka berdasarkan teras moral dan bukan dengan memenjarakan rakyat.

Pihak kehakiman juga wajar merenung kembali kelemahan mereka. Keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman masih berada pada tahap membimbangkan dan pihak kehakiman perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini. Rakyat menganggap pihak kehakiman tidak bebas dan telah gagal melindungi hak asasi rakyat. Kurangnya keyakinan ini bakal mengundang peristiwa sama seumpama insiden melontar kasut baru-baru ini.

Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran BN. Adalah menjadi hasrat Pakatan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan integiriti dan kebebasan institusi kehakiman negara.

*Kenyataan media oleh N Surendran selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.


Pemuda PAS simpati nasib Imam Hoslan

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.

Keberanian tindakan beliau sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.

Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.

Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan.

DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.

Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.

"Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.

"DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau," katanya.
-HD

11 ulasan:

  1. Aku musykil....kemana jugak perginya Wita-wira bangsa Melayu yang kononnya pembela nasib orang -orang Melayu ? Kenapa perlu Surendran yang bersuara?

    Ikut logik akal, apa yang di cakapkan oleh Surendran sangat bernas. Mahkamah sepatutnya janganlah ikut sentimen kebudak-budakan. Hukuman adalah untuk pengajaran. Denda saja dua ribu ringgit dan permohonan maaf secara terbuka.....rakyat akan tetap hormat institusi kehakiman.

    BalasPadam
  2. lontar kasut penjara setahun, merancang pembunuhan tidak dibicarakan. dialog dalam MUSANG BERJANGGUT "itu undang-undang kita yang bikin"

    BalasPadam
  3. ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!ABU!

    BalasPadam
  4. Menghina Mahkamah lebih berat hukumannya dari menghina Nabi.,menghina Hukum Alquraan.

    Benar kata Nabi akhir zaman umat Islam hanya sekadar mcm buih yg.rapuh terbang hancur bila di tiup angin.

    Kita hanya melihat saudara kita di inaya.,kerana Islam kita hanya Nikah kawin.,Kematian..dan ini lah kesan bila para guru,ustaz mengajar kitab lebih mengharapkan wang dlm sampul selepas mengajar.

    sdy.............................!!

    BalasPadam
  5. rasuah berjuta duk dalam 1 tahun,baling kasut dalam mahkamah kena penjara setahun..

    macam haram sistem kehakiman negara malaysia,,!!!!!!

    BalasPadam
  6. dunia sudahlah terbalik
    orang buat dosa banyak dapat duit
    dunia sudahlah terbalik
    banyak buat dosa lagi orang tabik
    dunia sudahlah terbalik
    mencari pahala dipandang pelik

    BalasPadam
  7. itu dia baling tak kena pasal tu la kena setahun, aku ingat imam ni masa kecil2 dulu jarang main baling2 kasut kot itu sebab tak kena ,tapi kalau kena batang hidung hakim tu aku ingat denda dalam 1,000 saja bonosss kah kaah kah kah

    BalasPadam
  8. Kenapa baling kasut. Lain kali balinglah telor busuk. Hakim kita bukanlah tau busuk tu benda apa.

    BalasPadam
  9. tunjuk skit muka hakim celaka tu

    BalasPadam
  10. 2 masuk neraka
    1 masuk syurga
    cuba teka... apa dia???

    BalasPadam
  11. kl baru banjir x lagi gempa bumi.
    jangan dihina perjuang agama.
    kejadian di acheh baru berlalu
    jangan sampai ke malaysia sudah ler

    -mr.gula-gula hack-

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.