Wee tak diserang, kata polis & penganjur
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan penganjur perhimpunan berhubung isu pendidikan Cina menafikan terdapat pihak yang diserang, bertentangan sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.
Tun Hisan berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu, lapor beberapa harian berbahasa Cina.
"Tidak, beliau tidak diserang...," beliau dipetik sebagai berkata kepada China Press sambil menambah polis tidak akan menyiasat kes itu sekiranya tiada laporan dibuat.
Ketibaan luar jangka Wee dalam perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zon sebelum ini mengundang kekecohan.
Wee dalam sidang media selepas beredar dari situ mendakwa lelaki pertengahan tahun yang memakai kemeja-T cuba menumbuknya. -mk

Wee Ka Siong dakwa nyaris ditumbuk
Di samping itu, Wee Ka Siong yang hadir selaku Timbalan Menteri Pelajaran dan pemimpin MCA, disambut dengan sorakan "boo" dari peserta perhimpunan sepanjang perjalanannya ke pentas. Ramai yang menjerit mendesak beliau "undur", malah pertembungan fizikal hampir berlaku. Wee Ka Siong mendakwa dirinya nyaris ditumbuk, mujur ditangkis oleh polis yang melindunginya.
Dalam satu sidang media selepas perhimpunan, Wee Ka Siong berkata, kehadiran dirinya direstui oleh Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dan Presiden MCA Chua Soi Lek. Menurut laporan Sin Chew Daily, Chua Soi Lek sebelum ini menegaskan bahawa MCA tidak akan menyertai perhimpunan ini, kerana "menganggap demonstrasi tidak mampu menyelesaikan masalah".
Wee Ka Siong mendakwa dirinya tampil untuk mendengar suara pejuang pendidikan bahasa Cina. Beliau mengakui dirinya sekadar tersenyum pahit berdepan dengan layanan yang "tidak mesra" dari peserta. Beliau bersedia berdepan dengan sikap yang tidak mesra ini, bagaimanapun berasa "sakit hati" kerana hampir dikasari secara fizikal. - petikan MR
Orang kata kalau tak tipu bukan Cina namanya......Tapai bila menteri start tipu.....nak mampuslah tu jaawabnya......
BalasPadamWhy this Dr Wee want to go the enemies place, today Dr wee must know himself..today many chinese don't like MCA party because they cheating, telling lie and etc. in previous..The young people need to change government system..
BalasPadamKalau tak menipu rakyat bukan UMNO/BN namanya.Depa amalkan politik tipu - lebih 50 tahun dok menipu rakyat.Hari ni Najib umumkan kenaikan sokongan rakyat kepada BN - tipu lagi.Ramai kaum Cina tak suka kad MCA ni sejak dulu lagi sebab MCA ni parti towke,sebab itu banyak parti-parti lain yang ramai dianggotai kaum Cina.Tanpa sokongan UMNO,MCA ni dah lama hilang dari pesada politik Malaysia.
BalasPadamSatu kenyataan yang tidak sepatutnya sebagai seorang timbalan menteri pelajaran yang menyatakan dirinya nyaris ditumbuk dan kenyataan ini dinafikan pula oleh polis dan penganjur. Apalah nak jadi dengan pemimpin2 MCA / barisan kabinet kerajaan yang mendahului sifat2 penipuan , kenyataan2 berbaur perkauman dan provokasi kpd pihak tertentu , dengan maksud untuk meneruskan kekuasaan di Malaysia ini. Sudah sampai masa rakyat malaysia menukar kerajaan yang ada kerana rata2 pemimpin2 Bee End yang ada sekarang ini sudah tidak ada sifat2 mendahului kepentingan rakyat malaysia keseluruhannya.
BalasPadamu know y he went there? trying by all his energy to pacify the crowds' anger, not knowing its too late.Funny when comfronted he simply said he was punched..his too budak meh
BalasPadamGB,
BalasPadamMenteri-menteri BN/UMNO itulah yang cerdik. Mereka berjaya MENGELENTONG rakyat pada PRU-12 hari tuh hingga mereka boleh lagi menang.
Yang BANGANG tujuh keturunan ialah orang MELAYU yang masih tegar dengan pati yang membangangkan mereka lebih lima dekat lalu.
Kaum cina dan india dah semakin celik dan berani melakukan perubahan.
Kesannya Pakatan Rakyat ada sedikit POWER menyebabkan BN/UMNO terkial-kiaL DENGAN terpaksa tunjuk budi dan murah hati yang mencengkam nafsu rakus mereka selama ini.
Patutlah bangsa melayu masih mundur dan menjadi bangsa yang paling lemah dan mudah kena jajah minda mereka. Haprak punya pecacai yang belum sedar diri.
Siapa yang pernah bergelumang dengan parti haprak (yang kini mendapat jolokan nama baru - PARTI LEMBU)itu apabila mendapat hidayah akan mengiakan UMNO/BN legasi British itu memang haprak.
Wahai pecacai UMNO/BN, sedar dan cerdiklah hendaknya. Tiada UMNO/BN negara dan rakyat sejahtera.