22 Mac 2012

Sampai Bila Pusat Mahu Diskriminasi Kelantan?

Kuala Lumpur, 21 Mac: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata amalan diskriminasi pusat terhadap Kelantan sejak 20 tahun lalu tidak wajar diteruskan.

Sambil mendakwa ianya bercanggah dengan amalan federalisme, beliau menuntut ianya dihentikan segera dan segala hak kerajaan negeri perlu diberikan tanpa sebarang penafian.

"Amalan diskriminasi ini bukan hanya berlaku sejak 20 tahun lalu, tapi dari tahun 1959 lagi ketika PAS mula-mula memerintah Kelantan. Sehingga hari ini, Kelantan masih melaluinya dengan pelbagai cara," dakwa beliau ketika mengambil bahagian Ketika perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang Di-pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dakwa beliau, banyak peruntukan yang sewajarnya disampaikan ke Kelantan, tertangguh ekoran amalan diskriminasi tersebut, termasuk kelewatan memberikan geran.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengeluarkan kenyataan yang disifatkannya sebagai penghinaan terhadap rakyat Kelantan.

"Apabila Perdana Menteri hadir di Sabah, beliau menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan tentang kemiskinan Kelantan seolah-olah seorang bapa menghina anak kandungnya di hadapan adik-beradik yang lain," kata beliau.

Tambah Wan Rahim, penghinaan yang dilemparkan Najib tersebut tidak mudah dilupkan dan akan diingati sampai bila-bila.

Menyentuh soal projek ladang rakyat yang dimanipulasikan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, Wan Rahim berkata ladang yang diusahakan 4834 peserta itu merupakan tanah milik Perbadanan Ladang Rakyat.

"Ia tidak ditukar milik atau digadaikan kepada mana-mana pihak seperti yang dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi peserta yang mengusahakannya mendapat habuan sebanyak RM200 sebulan dengan agihan dividen sebanyak RM52.4 juta," tegas beliau.

Malah, katanya projek tersebut meghasilkan kejayaan apabila tanah kerajaan negeri tidak diberikan kepada syarikat swasta, tetapi dimajukan Perbadanan Ladang Rakyat," tegas beliau. -HD

2 ulasan:

  1. Cuba GB buat research psl perjanjian 20 perkara antara malaya dan borneo. Perjanjian tersebut telah di ingkari oleh oleh pemimpin malaya dan perkara sama berlaku terhadap royalti minyak di tanah borneo. Di harap GB dpt memberi kesedaran kpd rakyat malaysia kepentingan menukar kerajaan pada PRU 13.

    BalasPadam
  2. sampai kerajaan BN ditumbangkan PRU13

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.