Rasa bagai hendak kiamat'
ARAU - Sepasang suami isteri hanya mampu berpelukan sesama sendiri sambil membacakan dua kalimah syahadah setelah merasakan ‘dunia bagai hendak kiamat’ sewaktu kejadian ribut taufan yang merosakkan sebahagian besar rumah mereka di Kampung Titi Long Boh, Tambun Tulang di sini lewat petang kelmarin.
Peniaga, Che Haton Rejab, 58, berkata, dia yang tinggal berdua bersama suami, Mat Udin Shafie, 60, ketika kejadian berlaku pada mulanya bertindak keluar dari rumah setelah menyedari beberapa keping bumbung rumah diterbangkan angin ribut sehingga menyebabkan hujan membasahi keseluruhan ruang tamu rumah.
Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin buruk apabila beberapa batang pokok di rumah bersebelahan tumbang sehingga menyebabkan mereka suami isteri kembali memasuki rumah untuk mencari tempat berteduh.
“Saya masih tidak lupa angin bergulung umpama puting beliung yang amat menakutkan menerbangkan keseluruhan bumbung rumah kami selain merosakkan bahagian tandas rumah.
“Ketika itu, kami rasa dunia hampir kiamat dan hanya berpelukan di bucu rumah sambil mengucap dua kalimah syahadah hingga kejadian berakhir kira-kira sejam kemudian,” katanya di rumahnya, di Kampung Titi Long Boh, Tambun Tulang semalam.
Beliau menceritakan pengalaman ngerinya itu ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Rus’sele Eizan pagi semalam.
Che Haton berkata, hampir semua kelengkapan rumahnya termasuk peralatan elektronik, perabot dan kelengkapan berniaga rosak terkena air hujan manakala hampir 90 peratus bumbung rumahnya sudah tercabut.
Menurutnya, pihaknya kini berada dalam dilema disebabkan tidak tahu di mana hendak mencari tempat berlindung memandangkan anak mereka tinggal jauh.
“Saya tidak tahu hendak minta tolong dengan siapa sebab kos untuk membaiki semula rumah saya amat tinggi disebabkan hampir keseluruhan bahagian rumah termasuk bahagian tandas rosak teruk akibat dilanda ribut.
“Kejadian ini sudah kali kedua berlaku di rumah kami dalam setahun dan saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil rakyat untuk membantu meringankan beban kami,” katanya.
Sementara itu, Rus’sele ketika ditemui menjelaskan Pas Perlis akan menyediakan bantuan kelengkapan membaiki bumbung rumah itu dengan segera bagi meringankan penderitaan dialami Che Haton sekeluarga.
“Saya juga mohon JKM segera menyalurkan bantuan kecemasan kepada keluarga Che Haton bagi membolehkan mereka mempunyai tempat berteduh sementara selain mempercepatkan proses membaiki rumah,” katanya. -SH

117 rumah rosak dilanda ribut dalam 10 minit
KANGAR - Sebanyak 117 buah rumah di lima kawasan di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang berlaku selama 10 minit bermula pukul 4.15 petang semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Esa berkata kejadian membabitkan kawasan Indera Kayangan, Sena, Kayang, Tambun Tulang dan Guar Sanji.
Jumlah kerugian masih disiasat oleh kira-kira 40 warga kerja JKM Perlis dan bantuan akan diberi sebaik sahaja bancian selesai, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata kawasan paling teruk terjejas ialah Indera Kayangan yang menyaksikan 28 rumah masing-masing di Kampung Bakau dan Taman Hijrah rosak teruk terutama pada bahagian bumbung.
Turut mengalami kerosakan ialah gerai dan premis perniagaan terutama sekitar bandar Kangar serta bumbung beberapa premis kerajaan di Jalan Penjara di sini, selain pokok besar yang tumbang, katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.