15 Mac 2012

[PANAS] Kerajaan Benarkan Syarikat Telco Kenakan Caj 6% Untuk Prabayar Julai Ini!

Kuala Lumpur: Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.

"Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai," kata firma penyelidikan itu.

"Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang," katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.

Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).

Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. - BERNAMA

5 ulasan:

  1. Berita gembira untuk lembu2 UMNO. Rakyat marhain marah dalam sabotaj. Tolak BN/UMNO/ISRAEL. Percaya yang akan ramai metungut adalah lembu2 bodoh UMNO

    BalasPadam
  2. Kalau BN menang PRU13, banyak lagi syarikat akan laksana dasar GSTT ni

    BalasPadam
  3. berkatalah Najibgok dn sekalian para
    gembala lembu...KAMI mendengar denyut
    nadi rakyat...kerana KAMI telah dan teruskn jd RAKYAT DIPERLEMBUBODOHKAN DAHULU DN KRONI-KRONI DIUTAMAKAN.cth lain ISA dmansuhkan tp hukuman dn kem
    kamunting masih ada.sbpa dilaksna dn akan disemak akhirnya dibatalkn.ppsmi
    akhirnya berkubur juga kerana ramai pak pandir dalam B ankrapkn N gara dn
    B angkai N EGARA.

    BalasPadam
  4. RAKYAT DIDAHULUKAN ......INILAH KERAJAAN YG PERIHATIN.SAMBUT HARIJADI BERPULUH RIBU WANG RAKYAT HABIS...HAMPIR SETENGAH JUTA HABIS UTK MAJLIS ANAK...ALHAMDULILLAH BERTUAHNYA KITA...

    BalasPadam
  5. SKMM telah menafikan. Apakah SKMM tidak mahu ambil tindakan ke atas BERNAMA?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.