12 Mac 2012

Kemalangan Maut Libatkan 2 MPV, 2 Terbunuh 10 Cedera

Dua terbunuh, 10 cedera dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Setatan dekat Parit Buntar

IPOH: Dua terbunuh, manakala sepuluh cedera apabila dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan di Km 181. 5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Parit Buntar hari ini.

Gambar: Bahagian depan Toyota Estima (kiri) hancur akibat dirempuh oleh Toyota Alphard. - NST

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, dua penumpang dalam kenderaan yang sama, yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan, mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Sepuluh lagi penumpung kedua-dua buah kenderaan termasuk seorang pemandu salah sebuah kenderaan itu cedera dan dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.10 pagi apabila kereta jenis Toyota Estima yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.

Katanya identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang masih dirawat masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat. - BERNAMA



3 ulasan:

  1. Sebelum tempat kejadian, turut berlaku satu lagi kemalangan rempuh belakang yg agak teruk juga. Mayat masih terbaring ditutup plastik hitam masa kami lalu ditempat kejadian. Kereta Alphard berada di lorong kanan mengadap jalan manakala kereta Estima melintang jalan kecemasan. Kereta kami terpaksa melalui laluan di antara kereta yg terlibat. Sedih bila ternampak bantal kecil anak2 berselerak di jalan. Moga selamat semua yg cedera.

    BalasPadam
  2. " LAJU MEMBUNUH "

    BalasPadam
  3. alphard pembunuh...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.