Dia ni bapak hang’, anak pura-pura tak kenal
KULIM - “Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.
Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.
Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.
Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.
“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.
Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.
Katanya, memandangkan kasihan dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.
“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.
“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.
Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.
Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.
Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.
Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.
Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.
Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua. -SH

Dunia sudah berada di penghujungnya. Dan inilah tanda-tanda kiamat bila anak sudah tidak mahu menerima bapa sendiri akibat keuzurannya...
BalasPadamSeorang ayah dan ibu dapat menjaga 10 orang anak tapi seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu atau ayah.....sewaktu tuanya. Terlau sedih Pakcu bila mengenang diri ini di hari tua....Ya allah jadikanlah anak-nak kami penyejuk mata hati ....amin..
sedih..tak patut ibu bapa sendiri dibuat sebegitu..
BalasPadamapa pun kesalahan org tua tu, dia tetap bapa kepada perempuan tu.
BalasPadamtak selamat hidup budak tu kalau tak mintak ampun, bela ayah balik.
dia belum tahu langit tinggi rendah, tunggu la anak ko besar besok, ikut laki, pastu bela ko sebagai orang gaji
dunia semakun kejam dan tidak berperikemanusiaan...apa nak jadi dgn masyarakat hari ini...inilah bala dari Allah akibat pemimpin2 yg celupar menolak hukum Allah dijalankan di bumi Msia..wallahuaklambissawab
BalasPadamhuhuhu mungkin semasa bapa tu masih muda dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa sehinggakan anaknya sendiri tidak kenalkannya atau benci dan trauma atas kecuaian bapa tu sendiri...nah!!!! kalau macam tu halnya...baru padan muka...zaman sekarang ni banyak bapa(bukan semua bapa) yang menyerahkan tanggungjawab menyara dan menjaga anak kepada ibubapa, bekas isteri atau isteri sedangkan dia sendiri berpoya-poya dengan perempuan lain....
BalasPadam