Jimmy Ingin Berbaik Dengan Isteri
SHAH ALAM: Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley akan terus berusaha untuk berbaik semula dengan isterinya demi anak sulung mereka, Zahrah Shanley yang berusia sembilan bulan.
Jimmy (kanan) bersama peguamnya hadir meneruskan prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin.
Jimmy berkata, semua perkara yang dilakukannya termasuk “naik turun” mahkamah adalah demi anaknya itu dan masih berharap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy akan kembali taat kepadanya.
"Sudah tentu saya masih sayangkan isteri saya dan apa yang saya lakukan ini adalah semata-mata untuk kebahagiaan kami.
"Paling penting adalah untuk Zahrah, anak kami," ujarnya kepada mStar Online.
Jimmy ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Jimmy berkata dia telah cuba untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi gagal kerana keengganan isterinya berbuat demikian.
Katanya, dia tidak mempunyai pilihan selain meneruskan prosiding di mahkamah.
"Ikutkan hati biarlah kemelut rumah tangga kami menjadi rahsia di antara kami tetapi cara untuk diselesaikan secara baik nampaknya tidak menunjukkan hasil," katanya.
Bercakap mengenai kesnya yang mendapat perhatian dengan pelbagai pendedahan, kata Jimmy, ia adalah harga yang perlu dibayar olehnya kerana bergelar seorang selebriti.
Sementara itu, Jimmy enggan mengulas mengenai anaknya dan memberitahu telah menyerahkan kepada mahkamah selepas isterinya itu membuat tuntutan hadanah (tuntutan hak penjagaan anak).
Ujarnya, dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan mengenai soal anak.
Pada prosiding yang diakan Isnin, Jimmy mengaku pernah menampar isterinya semasa bercuti untuk berbulan madu di Koh Samui, Thailand selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga.
Nursuhaila yang turut hadir pada sesi berkenaan turut memberitahu mahkamah sudah tawar hati terhadap suaminya itu.
Pasangan tersebut bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Perkahwinan mereka mendatangkan masalah sehingga Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama. -mstar

Jimmy mengaku tampar isteri
Shah Alam - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.
Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.
Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.
"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.
"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus. -kosmo
Aku tak nak campur rumah tangga org. Tapi aku nak beri sikit pandangan, khasnya pada Jimmy (klu dia ade baca post ni le) & sapa2 yg kes ala2 sama termasuk anak2, adik beradik, rakan2 & sedara mara. Atau pu sapa2 termasuk aku, kerana semua manusia akan diduga :
BalasPadamSaranan pertama, ada baiknya Jimmy lepaskan isteri tu (talak 1)dgn baik. Org dah tak de hati buat apa dirayu. Tak nak lepaskan kerana anak? Tu jawapan tak tepat, sbb bukan kerana Allah.
Ini kerana ramai di luar sana yg anak2 membesar tanpa ayah di sisi (yg kematian, bercerai, suami lari dll).
Yg penting lelaki jalankan tanggungjawab beri nafkah dll ikut Islam ajar. Yg melembutkan hati2 adalah Allah. Kembali padaNya dgn sabar, muhasabah diri, solat jemaah, bangun malam, sedekah, dekatkan dgn prog2 agama & dampingi alim ulama dll.
Allah tu tak zalim, apa2 yg terjadi adalah ada hikmah utk kita rapat padaNya. Utamakan Allah, Rasul then ibu bapa, anak ke & seterusnya.
Semuga menemui kebahagian hakiki & sabar le utk mengapainya.
emmm...jika suami tak redha dgn keadaan isterinya...Allah Taala murka dgn penceraian tanpa musabab berlandaskan Al-Quran...nak kena laknat ke dan dihumban keneraka jahanam kelak...apa si isteri nak menjawab dihadapan Allah Taala kelak jika didunia si suami berusaha mahu menyelamatkan isi rumah tangga demi menuntut keredhaan Allah Taala??...tanya iman la wei...
BalasPadamsebab itu lah perlu ditekankan masalah sekufu.. walaupon selebriti dan mampu bagi hantaran RM30 ribu lebih, isterinya jauh lebih kaya.. Jimmy ni setakat jadi pengacara 1-2 program je, banyak mana sangat duit dia.. dah le dia banyak duit, ko tampar dia lagi.. cuba kita letak diri kita ditempat isterinya, hanya iman sajalah yang mampu mengalahkan ego seseorang isteri kalau kena macam tu..
BalasPadamterima kasih atas peringatan drp anon 9:05 AM
BalasPadam-pemuda ampang-
semua org blh ckp apa mau ckp,semua org blh bagi pandangan dan pendapat,kenapa?, kerana tak jadi atas batang hidung sendiri. kalau dah kena tau la langit tinggi ka rendah , keadaan ini d panggil GILA TALAK. siang terasa malam ,malam terasa siang.
BalasPadamAda kalanya perceraian tu penyelesaian yg terbaik dlm keadaan tertentu & masa tu. Bercerai cara baik (ikut quran), kita kembali padaNya, mana tau satu masa masing2 nak kembali /bersatu semula dalam keadaan masing2 dah matang & memantuhi perintah Allah.
BalasPadamRumah tangga yg suami isteri ikut quran & sunnah insyaAllah bahagia, walau perselisihan sikit2 tu memang ada. (klu tak takkan dinamakan manusia, Nabi saw pun menghadapinya).
Maklum le, ramai pasangan suami isteri skrg ni yg berkahwin umur agak muda, ilmu agama kurang, kawin pun mungkin kerana cantik, harta dll bukan kerana Allah, masa kawin dulu pun tak ikut acuan Islam (isteri tak tutup aurat, iringan muzik yg bingit2, dll).
Kalau ditakdirkan tak dapat rujuk kembali pun tak apa, terima le ketentuan Allah yg kita telah serahkan bulat2 urusan kita kepadaNya.
Yakin lah! Tak berani berkorban dgn mengutamakan Allah & Rasul saw, takkan merasa manis hasilnya.
(ni bukan dlm rumahtangga saja, malah dlm apa juga skop2 kehidupan, kerana bagi org2 Islam, setiap saat yg dikerjakan , dia yakin Allah menjadi saksi & bersama2).Termasuk ana yg menulis ni.
Hai Jimmy..baru 3 hari kahwin dah angkat tangan menampar..dah tu masa bulan madu tampar lagi..patutlah kawan tu lari..kalau sayang bukan itu caranya..dan islam tak suruh suami paksa isteri taat dengan tampar menampar....kalau macam tu lah ..saya yang miskin ni pun tak sudi nak kawin dengan Jimmy
BalasPadamaku pun x setuju jimmy tampar bini yg baru je dikenalinya.kita ni kena sabar byk bila berhadapan dgn kerenah perempuan lebih2 lg kalau dia org kaya tentu life dia lain dari kita yg miskin ni.ini bini kita .kalau jimmy boleh sabar sikit tentu anak dah 3 sekarang
BalasPadam