29 Mac 2012

Imam Hoslan Islamkan 2 Banduan Dalam Penjara

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Gambar: (Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali].

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan)

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.
-HD


Ulasan GB

Hikmah yang tersembunyi.

Benih yang baik dicampakkan ke mana sekalipun pun ia menjadi pulau.
Walaupun dihantar ke penjara, rupa-rupanya kebenaran mendedahkan dia tetap berguna untuk agamanya.

Kamu-kamu tuan hakim yang dilemparkan kasut ke arahmu, belum tentu dapat melakukan apa yang Imam Hoslan lakukan di penjara itu.

Maka itulah hikmahNya juga, belajar tinggi-tinggi, ijazah berjela-jela, jawatan besar-besar, talileher panjang-panjang, tetapi kebenaran dan keadilan tidak dapat kamu tegakkan .. sungguh memalukan. Maka terimalah hukuman Allah itu seadanya. kasut yang layak ke mukamu.

Syariatnya, Imam Hoslan yang melempar, hakikatnya Dia juga. Ambillah pengajaran dari ayat Al-Quran di bawah ini:



فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلاء حَسَناً إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (pada hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar. Dan Dia (Allah) hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik daripada-Nya (daripada Allah). Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-Anfal: 17


20 ulasan:

  1. Salam dan tahniah buat imam ...badan dipenjara TETAPI perjuangan mu akan dihargai sambil berdakwah....allahuakbar...ganjaran yg baik utk imam di sana salam

    BalasPadam
  2. hina mahkamah penjara setahu..hina agama bergolek tepi tiang rm25 jer..haha sah2 la mendaulatkan hukum kafir...sbb tu la kecut telur nak laksanakan hukum hudud...hang tanggung la dosa kami skali ye...

    BalasPadam
  3. baling kasut kat hakim = penjara 1 tahun

    menari tiang=RM25 denda

    WTH!!(Ni aku geram nk ckp kasar nie..'bagus' giler undang2 m'sia neh.

    BalasPadam
  4. perkara pertama selepas saye baca TITLE dalam hati saye berdetik
    'Benih baik kalau dicampakkan ke laut pasti menjadi pulau'. tak sangka GB juga turut bfikir begitu..
    'sesunggunya Allah juga yang melemparkannya'.

    BalasPadam
  5. Salam semua...

    Benih yang baik dicampak mana pun insyAllah jadi pokok yang baik.

    BalasPadam
  6. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa tuan hakim menjatuhkan hukuman kepada Ustaz...dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengapa Ustaz bertindak membaling kasut kepada tuan hakim...kita manusia biasa tidak mengetahui RAHSIA Allah...

    BalasPadam
  7. Anonymous 2:52 pm

    Dalam al-Quran, banyak ayat menggesa manusia berfikir dan merenung apa jua ciptaanNya, sama ada di langit mahu pun di bumi serta mengkaji kejadian-kejadianNya sepanjang masa.

    Sebab di dalam kejadian-kejadian itu ada terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka berakal saja dapat memahami hakikat itu.

    Firman Allah bermaksud: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti itu)?” (Surah az-Zariyat, ayat 21)

    Allah mencela dan mengutuk orang yang tidak mahu menggunakan akal untuk memahami kejadian-kejadianNya di dalam firman bermaksud: “Dan berapa banyak tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.” (Surah Yusuf, ayat 105)

    BalasPadam
  8. Kisah ulama2/orang baik2 masuk penjara ni mmg biasa. Di sana mereka dapat berdakwah, mengarang kitab2 dll.

    Peristiwa ni akan berulang sampai kiamat.

    Ttg mereka2 yg memenjarakan mereka tu, kita serahkan pada Allah.

    Wlu manusia dikurnia akal, ade perkara2 yg akal manusia tak leh nak tau apa tersirat di hati org lain.

    BalasPadam
  9. sesiapa yang ada belajar ilmu tauhid, kita semua digalakkan malah diperintah menggunakan akal dan belajar mengenai kebesaran Allah. Yang akal tak mampu hanyalah satu iaitu berfikir tentang zat Allah..

    orang islam jadi jumud dan lemah kerana tak menggunakan akal fikiran kurniaan Allah untuk belajar dari kejadian-kejadianNya seperti yang disebut oleh Tuan GB.

    BalasPadam
  10. kenapa imam tu baling kasut tu? takde orang persoalkan ke? apa yang menyebabkan imam ni panas hati sangat sampai di baling kasut dia?

    BalasPadam
  11. Kenapa imam baling kasut? zahirnya semua org tau, dlm hatinya? Hakim menghukum berdasarkan zahir & undang2 sediaada. Let's say hakim tu hatinya merintih kerana terpaksa buta keputusan yg agak payah, & dia bermunajat pada Allah beberapa malam sebelum menjatuhkan keputusan tu, kita tau?

    Perkara2 ghaib yg Allah sebut dlm quran, kita boleh nampak & bayangkan. Yg tak digalakkan ialah jgn campur urusan Allah pada perkara2 yg Allah tak beri, sebaliknya buat apa yg disuruh & jauhi yg dilarangnya.

    Tak jumud klu kita tak dapat baca hati pasangan kita misalnya, yg penting dia jalankan tanggung jawab sebagaimana Allah & Nabi saw perintahkan.

    Apa2 hal pun, akar kita bole fikir & 'nampak' UMNOuuuu perlu ditolak.

    Nak lagi yakin, banyakkan minta pada Allah, sbb kita hanya hambaNya yg lemah.

    BalasPadam
  12. undang-undang BN ikut yahudi tak? baling kasut setahun penjara, tarian tiang separuh bogel denda RM25??????

    BalasPadam
  13. anon 5:39 menulis

    "Kenapa imam baling kasut? zahirnya semua org tau, dlm hatinya? Hakim menghukum berdasarkan zahir & undang2 sediaada. Let's say hakim tu hatinya merintih kerana terpaksa buta keputusan yg agak payah, & dia bermunajat pada Allah beberapa malam sebelum menjatuhkan keputusan tu, kita tau?"

    Hakim di malaysia terpaksa buat keputusan yang payah & dia bermunajat pada Allah?

    Kalau betullah dia buat macamtu takkan dia jatuhkan hukuman membuta tuli ke atas Imam Hoslan dengan hanya masalah teknikal iaitu Imam Hoslan tidak memfailkan terlebihkan dahulu rayuan yang hendak dibuatnya.

    Yang kita dengar satu kisah baru-baru ini ada hakim mahkamah syariah yang ambil rasuah spt berita ini:

    "Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie, 56, dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah. Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana beberapa hukuman berjalan serentak."

    Kemudian anon menulis lagi:

    "Perkara2 ghaib yg Allah sebut dlm quran, kita boleh nampak & bayangkan. Yg tak digalakkan ialah jgn campur urusan Allah pada perkara2 yg Allah tak beri, sebaliknya buat apa yg disuruh & jauhi yg dilarangnya."

    Takder siapa campur atau boleh campur urusan Allah kecuali orang yang nyata menentang hukum Allah. Itu baru dikatakan campur urusan Allah. Allah jelas menetapkan hukumNya tetiba manusia merekacipta hukumnya sendiri.

    Adapun tentang yang lain-lain disentuh oleh anon tersebut Hadith sahih Rsulullah saw menjawabnya:

    "Solat dua rakaat seorang yang berilmu itu lebih baik dari 1000 rakaat orang yg jahil."

    renung2kanlah.

    BalasPadam
  14. Imam Tirmizi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.”

    membuktikan tentang adanya orang yang dipilih Allah untuk mengetahui rahsiaNya.

    BalasPadam
  15. denda RM25 sebab menari kat tiang, kalau kat pokok kelapa mau denda RM 2.50 je sebab pokok tu tumbuh secara semula jadi, tak perlu modal macam buat tiang...mahkamah malaysia ...ehm..

    BalasPadam
  16. Al-Hamdu lil-Laah.

    Tuan Imam,

    Berjuanglah dimana-mana dan posisi. Ikut masa dan tempat. Kesusahan yang tak diduga adalah ujian daripada Allah Taala.

    Kami walau diluar belum tentu dapat berbuat seperti tuan telah berbuat.

    Serahkanlah si ZAKIM kepada keadilan Allah. Allah Taala sahaja yang punya kuasa menetukan balasannya. Hayatilah sejarah Nabi s.a.w. semasa berdakwah di Taif satu masa dahulu.

    BalasPadam
  17. Jabatan penjara dah nafikan beliau Islamkan banduan tu.
    Baiki post anda...
    http://www.malaysiakini.com/news/193611
    http://www.sinarharian.com.my/nasional/jabatan-penjara-nafi-hoslan-islamkan-banduan-1.36093

    Nampak sangat harakah just sebarkan heresy . Tak siasat betul2 punca maklumat. Tah betul tak tidak apa yang isteri imam tu bagitau. Siarkan komen saya ini jika mendokong kebebasan maklumat.

    BalasPadam
  18. Sdra Anonymous 5:59

    Saya sudah siarkan malah sudah jawab artikel berkenaan.

    Lain kali semak betul2.

    http://greenboc.blogspot.com/2012/03/kes-imam-hoslan-islamkan-banduan.html

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.