30 Mac 2012

Beberapa Bekas Menteri UMNO & Pegawai Tinggi Kerajaan Temui Presiden PAS

Hadi bertemu bekas menteri Umno, pegawai tinggi kerajaan

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.

Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.

“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.

“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .

Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.

Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik.

“(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya.

8 ulasan:

  1. Jangan masuk perangkap sudah lah... Presiden pas ni kadang kadang tak berapa bijak nak baca perangkap musuh, tak pandai berstrategi dan mudah sangat kena kelentong.

    Maaf kalau bersangka buruk. Tapi saya bercakap melalui pengalaman dan pengamatan.

    BalasPadam
  2. Nasib baik Waris ni tak ada zaman perjanjian Hudaibiyyah yang nabi buat dengan orang Kafir.kalau tidak dah lamalah Waris ni jadi kafir sebab tak pecaya pada nabi yang dilantik sebagai ketua,bodoh [unya Waris..

    BalasPadam
  3. betol 2...jgn sampai kene tipu sudah lah. hati2 ngan diorang ni, pehal plak dekat2 nak PRU baru nak berbaik2 ngan PR? kalau stakat dh muak ngan bn, bukannya baru pat lima taun depa kencing rakyat...lagi satu jgn lupe dalam bn ada lawan ada musuh, sesame diorang pon begadoh gak...one more thing PR kena ingat ialah atas muka bumi ni bn lah paling arif dalam kencing mengencing (tipu), experience dah lebey setengah abad. so fikir2 kanlah....

    BalasPadam
  4. To anon 11:30... Hadi awang tak sama macam Nabi. Nabi tak pernah kena tipu dengan puak kafir. Tapi hadi awang pernah kena kelentong hidup hidup dengan puak munafik hasan ali.

    Kebijaksanaan Nabi merangkumi segalanya dan menjadi role model umat Islam hingga hari ini. Hadi awang tak boleh lagi dianggap role model kerana terlalu banyak melakukan kesilapan. Cetek ilmu keduniaan terutama ilmu politik, ilmu pentadbiran dan ilmu propaganda.

    Akui saja kelemahan untuk diperbaiki. Bukan memberi sokongan membawa rebah. Islam pun tak mengajar umatnya jadi bodoh sombong.

    Jika bodoh maka kita perlu belajar selagi belum tutup mata. Jika pandai maka kita sampaikan ilmu itu pada sekalian umat seperti yang dilakukan oleh hadi awang sendiri di masjid rusila.

    Sebagai Muslim contoh kita perlu perbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Kalau orang jepun ada kaizen, orang Islam pasti ada kaedah yang lebih baik dari itu.

    So... praktikkan. Jangan hanya menghafal ilmu tapi tak praktik. Jangan jadi sama macam umno kerana kami dah terlalu benci pada umno. Jangan pula kebodohan umno diganti dengan kebodohan pas pula.

    Bila berkempen cerita Islam. Bila menang cerita pasal melayu pulak.

    Anda mungkin seorang ahli pas yang taksub kepada pemimpin anda seperti juga ahli umno yang taksub pada pemimpin mereka walaupun kebodohan mereka melampaui piawai manusia bertamadun. Tetapi tidak bagi kami sebagai rakyat biasa yang hanya membenci umno setakat ni.

    Sebagai golongan yang lahir selepas merdeka buat masa ini kami tak ambil kisah siapa yang akan jadi pemimpin asal bukan umno (ABU).

    Kami tak perlu tau sejarah umno sama ada baik atau jahat. Yang penting bagi kami ialah perubahan serta survival. Jika yang menggantikan umno lebih kurang sama bodoh sombong mereka maka kami tak perlukan perubahan.

    Kami rakyat yang tidak berparti sentiasa melihat telatah ahli politik. Jangan letakkan kami dalam dilema tak tau nak sokong siapa lepas ni.

    BalasPadam
  5. marilah sama kita talkinkan UMNO..

    BalasPadam
  6. Pendapat waris & J Bong lebih boleh diterima, sbb agak berhemah, depa minta TGHH berhati2 atas kes2 terdulu .

    Kita yakin TGHH banyak tahajjudnya, solat malamnya & berserah bulat2 pada Allah, sbb Allah lah yg Maha Mengetahui hati2 manusia. Klu depa ikhlas & tipu, Allah lah yg akan membalasnya. Berapa lama la kita nak hidup di dunia ni.

    TGHH, Islam lah matlamat kita. Sbgai TG , kasi dakwah habis2an dgn org2 yg jumpa mu.

    BalasPadam
  7. Setju dengan Waris,

    TGHH perlu lebih berhati - hati, jangan jadi macam kes kerajaan perpaduan dulu. Jenuh nak perbetulkan semula keadaan.

    Pengikut pulak jangan terlalu taksub, tuan guru tidak maksum, kerana hanya nabi sahaja yang maksum. Pemimpin ni umpama imam dalam sembahyang kalau bacaan tak betul atau terbatal wuduk wajib berundur dan digantikan dengan orang lain.

    BalasPadam
  8. kalau Hadi yg berjumpa, pasti ada cakap tak berhemah, tak bijak, masuk perangkap musuh, kalau anwar berjumpa dgn pemimpin umno pula dikatakan berstrategi dan berhemah dan bijak. udah2 la pengikut PKR.

    Keputusan Hasan Ali diterima PAS bukan dibuat Hadi berseorang. PAS bukan diautoriti oleh presiden sepenuhnya seperti dalam PKR la.

    Korang nak yang hebat itu hanya Anwar sahaja bukan? yang lain tu semua kena tipu oleh Umno/BN je.

    Udah2 la pengikut PKR berprasangka kat orang lain. kan lebih elok kita sama2 dalam PR berbaik sangka. dah la terikut2 dgn perangai lama dalam Umno dulu tu. sekarang kita berada dalam PR bukan lagi Umno/BN

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.