Lelaki yang tinggalkan ibunya di hotel bajet mohon bawa ibu pulang
KUALA LUMPUR: Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang mendakwa terpaksa meninggalkan ibunya yang uzur di sebuah hotel bajet di Kampung Baru 3 Mac lalu dijangka dipertemukan dengan wanita itu dalam masa terdekat, sekali gus merungkai segala masalah yang timbul.
Setakat ini, segala proses berkaitan termasuk mendapat perintah mahkamah bagi membawa keluar bekas guru al-Quran itu sedang disusun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dan mereka akan berbincang mengenai perancangan susulan yang akan diambil.
Pegawai Bahagian Unit Warga Tua dan Keluarga JKM, Junaidah Jahid, berkata pihaknya menerima permohonan daripada Amir untuk membawa ibunya keluar dari Pusat Sehenti jabatan itu di Sungai Buloh Jumaat lalu, namun ia perlu ditangguhkan seketika sementara menantikan perintah mahkamah.
Katanya, mengikut prosedur biasa, JKM mengambil kira keperluan untuk mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum menyerahkan Faridah Maulud, 66, semula kepada anaknya selain perlu menjalankan siasatan penuh bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
“Amir sendiri ada berhubung dengan JKM dan menyatakan hasratnya itu, namun hasratnya itu hanya dapat dipenuhi selepas mendapat kebenaran mahkamah kerana dengan perintah itu juga ibunya ditempatkan di bawah jagaan JKM sejak Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam. -hm
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

JKM kena laaa bagi elaun warga emas kat makcik tuuuu agar dpt membantu anaknya menyelesaikan masalah tersebut.....
BalasPadamkerajaan melalui kementerian kak zat kan banyak peruntukan tu
berat mata kita memandang lagi berat bahu anaknya yg nak kena bertanggung jawab tuuu
sedih ada lucu pon ada... sedih kerana seorang ibu tua yang terpaksa tinggal di hotel bajet-hotel murah yang ada pepijat! kalau ditinggal di hotel 5 bintang tentu cerita ni tak difokus.lucu kerana lembu lebih bernasib baik dapat duduk dalam kondo, sedangkan manusia susah hidup merempat kerana perangai menteri yang sepatutnya menjaga kebajikan manusia telah berubah perangai setan!!!!
BalasPadamADA CAKAP2 MENGATAKAN MAKCIK NI BELUM MOHON BR1M LAGI.CUBA TANYA KAT MAKCIK NI.KESIAN SUNGGUH.DATUK BOLEH DAPAT BR1M TAKKAN MAKCIK NI TAK LAYAK!!!
BalasPadamsetelah di selidik rupanya makcik ni duduk di kawasan ADUN BN datuk Azalina Othman.apa yg datuk Azalina dapat usahakan utk menjaga kebajikan makcik ni.yg peliknya anak sedaranya adalah ketua UMNO caw. Kg Jawa Pengerang...!!takkan makcik sendiri, Ketua Umno cawangan tak bolih tolong.
BalasPadam