29 Feb 2012

[Video] Kes Tampal Mulut Bayi, Pemilik Pusat Asuhan Lapor Polis

Johor Bahru: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.


Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya. -hm

Dua wanita dipanggil

JOHOR BAHRU: Polis menerima tiga aduan berhubung penyebaran rakaman video memaparkan tujuh bayi sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, di sini, didera pengasuh dan dua pengasuh disyaki terbabit sudah dipanggil untuk disoal siasat.

Dua wanita terbabit, masing-masing berusia 20 dan 22 tahun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini, Sabtu lalu, bagi memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, selain itu, polis menyiasat laporan pengusaha pusat asuhan berkenaan berhubung rakaman video terbabit yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mel.-hm





9 ulasan:

  1. Zalim!! Semoga pelakunya mendapat hukuman yg setimpal.

    BalasPadam
  2. Sial (aku jarang maki sblum ni). Semuga yg punye kerja ni mendapat hukuman setimpal.

    BalasPadam
  3. Tokeh tak bayar gaji kot, atau tokeh jarang2 pantau tempat tu. Tak tau apa nak buat & nak ngadu kat sapa, budak2 jadi mangsa.

    BalasPadam
  4. Semoga pelakunya insaf akan kezaliman yang dilakukan pada bayi2 tersebut...Allahuakhbar!!!

    BalasPadam
  5. Di mana pemilik semasa semua ini di lakukan? Apa juga alasan, pemilik harus bertanggungjawab sama di atas apa yg berlaku. Jangan bila dah buat lapuran polis pemilik terlepas begitu sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..sy setuju. pemilik juga harus bertanggungjawab.

      Padam
  6. sy pun setuju, pemilik pusat asuhan nie perlu bertanggungjawab sepenuhnya.. Polis perlu bertindak seadil-adilnya.. mesti ada sebab pengasuh tu buat macam tu..

    BalasPadam
  7. Cara terbaik, isteri jangan keluar kerja, laki jer yang cari rezeki. Biar gaji kecil, hidup sederhana... tapi kesejahteraan anak2 adalah lebih penting mengatasi wang ringgit..

    BalasPadam
  8. pelik suma bayi tidur serentak,mgkin diletak ubat pelali atau ubt tidur dlm susu ank2 ini.apa akn jd kesan jgka panjang mereka..sgt2 kejam org yg xbtanggugjwab ini

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.