Taklimat KPF Felda kecoh
PETALING JAYA: Taklimat antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan kira-kira 500 pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dikhabarkan kecoh apabila salah seorang peneroka dihalau keluar daripada dewan kerana mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Difahamkan, taklimat antara Isa dan sebahagian pemegang saham diadakan di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur petang tadi susulan pembatalan Mesyuarat Agung Khas (EGM) KPF pada saat-saat akhir yang sepatutnya dijadual berlangsung hari ini.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, insiden itu terjadi apabila soalan yang dikemukakan salah seorang pemegang saham daripada Felda Sendayan di Negeri Sembilan itu gagal dijawab dengan baik oleh Isa.
Katanya, semasa sesi dialog generasi kedua Felda yang berumur dalam lingkungan 50-an itu bangkit bertanyakan Isa mengenai jaminan yang akan diperoleh pemegang saham KPF jika ia disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
Namun, menurut Mazlan jawapan yang diberikan Isa hanyalah “Perdana Menteri akan bagi jaminan”.
Isa Samad angkuh
“Lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapan Isa kemudian bertanya lagi kalau Najib lepas ni tak jadi Perdana Menteri dan digantikan dengan orang lain, kalau berlaku masalah dalam KPF siapa yang nak bertanggungjawab?
“Isa kemudiannya menjawab ‘kalau awak tak percaya Najib sila keluar daripada dewan’,” kata Mazlan ketika dihubungi.
Menurut Mazlan, lelaki yang menetap di Felda lebih 50 tahun dan memiliki saham KPF melebihi RM250,000 itu kemudiannya dibawa keluar oleh polis bantuan dalam keadaan dimalukan dan disaksikan pemegang saham yang lain.
Mengulas mengena kejadian terbabit, Mazlan berkata tindakan Isa itu adalah tidak wajar dan tidak profesional memandangkan beliau sendiri yang mahukan dialog itu dijalankan.
“Hasil dialog petang tadi menunjukkan kecenderungan peneroka yang hadir memihak kepada peneroka yang dihalau itu.
“Namun Isa sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menggambarkan sikap pemimpin yang angkuh, ego dan tidak boleh terima teguran,” katanya yang turut kesal dengan kejadian itu. -FMT

Kecoh: Isa halau ahli KPF keluar dewan
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Seorang perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini meluahkan rasa kecewa apabila dihalau keluar oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ketika satu sesi taklimat di Dewan Perdana Felda petang ini.
Sanggam a/l Raju (gambar) yang juga peneroka dari Felda Sendayan dihalau keluar dewan selepas bangkit menanyakan soalan kepada Isa ketika sesi soal jawab dibuka.
"Saya tanya dia (Isa), Tan Sri, saya bukan menghalang penyenaraian ke bursa saham ini, tetapi saya nakkan satu jaminan daripada Suruhanjaya Koperasi atau Koperasi Permodalan Felda tentang aset itu semua.
"Dia jelaskan dengan saya, jaminan daripada kerajaan, tak percaya dengan PM (Perdana Menteri) ke, PM jamin," kata Sanggam.
"Saya kata hari ini PM boleh jamin la sebab dia perdana menteri, tapi besok bila dia dah tak jadi perdana menteri nanti jadi dolak dalih.
"Lepastu dia (Isa) kata, kamu tak percaya PM kamu keluar dewan," ceritanya lagi ketika ditemui di luar dewan.
Difahamkan taklimat hari ini dibuat sebagai menggantikan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang sepatutnya diadakan tetapi dibatalkan.
Ia kerana mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan melarang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dibincangkan.
"Kemudian saya kata pada dia, saya ini sudah 50 tahun dalam felda, kamu (Isa) ini cap jari pun belum kering baru setahun lebih, patutnya kamu yang keluar dewan," katanya sambil menambah beliau kemudian bertindak keluar dari dewan itu.
Menurutnya, suasana ketika itu bertukar kecoh apabila ada peneroka turut marah kepada Isa.
Beberapa orang lain juga katanya turut bertindak keluar dewan bersamanya kerana tidak berpuas hati dengan sikap Isa itu.
Selain menuntut soal jaminan terhadap aset mereka, Sanggam dalam soalannya juga turut mempersoal tawaran bayaran durian runtuh yang dijanjikan kepada peneroka sekiranya FGVH disenaraikan kelak.
Beliau mempersoal tawaran itu yang disifatkannya tidak kekal lama berbanding aset tanah yang bakal dicagarkan.
Tambahnya lagi, pada sesi yang dikatakan 'taklimat' itu, Isa mengambil kesempatan itu memburuk-burukkan pakatan pembangkang.
Sebelum ini, Isa pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan kata-kata menghina Ketua peneroka Felda, Shamsuddin Othman yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu.
Antara lain Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Sam dihambur oleh Isa dengan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu” dan “jika saya jumpa saya akan lutu dia”.
Kata-kata penghinaan itu didakwa dinyatakan Isa ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian FGVH di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November tahun lalu. -HD
alhamdullilah ,tahniah,syabas terima kasih lepas ni makin ramailah orang felda akan meninggalkan BN dan umno.
BalasPadamAKU SOKONG BN TAPI BENCI SANGAT PADA ISA SAMAD. SOMBONG,TAKABUR. DAPAT ELAUN PENGERUSI KPF BUKAN DUIT MAK BAPAK DIA,DUIT PEMEGANG SAHAM. PM SILAP BESAR PILIH ISA SAMAD NI
BalasPadamMasa depan peneroka tanah tergadai tiada kuasa keatas tanah yang mereka miliki anak cucu mereka bakal merempat segala usaha mereka selama ini sia sia belaka, fikirkanlah generasi mu yang akan datang anak cucu mu yang hendak mendoakan kesejahteraan dialam kubur jangan aniaya mereka .Fikirkanlah jangan demi sedikit habuan wang ringgit segalanya tergadai.
BalasPadamEden masih ahli UMNO lagi setakat ini tetapi kelau begini kelakuan anak Samad ini den memang sakit hati den, jangan harap eden nak pangkah ekau..........
BalasPadamnampak sagnat isa bengap tuh takut nak beri jaminan, sebab tuh dia kata pm yg bagi jaminan!!!!
BalasPadamapa punya bolo la para peneroka kalo masih tak faham2 lagik maksudnya isa bengap tuh cakap!
aku rasa isa bengap pun tau pas nih felda lingkuppppppppppppp
hahahaha
fikir2kan lah
Dia tak mau tanggungjawab. Biag Najib yang tanggung, dia mahu Najib yang DIHANTAM jika gagal... kah kah
BalasPadamkalau saham2 ni jangan percaya dari hukum pun dah salah kerana meramalkan apa akan berlaku masa akan datang sbb itu kerja Allah. Dari pada pengalaman pulak tengok saja amanah saham johor apa dah jadi ramalan rm5.00 lani pejabat pun dah tiada merana siapa pinjam bank dan tanya isa tu kes peneroka cahaya baru masai dah selesai ke dah lebih 20 tahun ..hidup anak!
BalasPadamBeri Isa Samad menerajui Felda, bak kata pepatah lama "ibarat beruk mendapat bunga"
BalasPadamSaya bukan Orang Felda, Tapi dari luar saya nampak - Orang Felda nak kena Jual..Hati2 wahai warga Felda..Harta bertahun di simpan mungkin akan hilang sekelip mata..jangan rabun, ada perangkap besar dihadapan..
BalasPadamharini masuk bskl esok peneroka dipersilakan pindah dan keluar dari felda
BalasPadamfixed deposit bn mula pecah :
BalasPadamfelda
kakitangan kerajaan
pelajar
kg baru
bekas tentera
dan semua rakyat malaysia
umno melahirkan pemimpin bodoh tak beradab mcm isa samad...
BalasPadam