Kota Bharu, 2 Feb: Di tengah-tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno. Gambar fail
Tanpa menghiraukan hujan yang sekali sekala agak lebat, ribuan anak muda diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman mulai memalu gendang ‘perang’.
Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan dalam masa sama Umno pula sibuk mengagihkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biar pun dananya daripada cukai rakyat.
Hari ini Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.
Abdul Latif berkata, ada penduduk yang memohon mendapatkan bantuan dipaksa bersumpah mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Ada rakyat menanyakan bolehkah bersumpah bagi mendapat bantuan itu, saya beritahu kalau bersumpah pun tidak wajib undi Umno kerana perbuatan itu dianggap lara.
“Jadi sumpah tersebut tidak memberi kesan dari segi syarak kerana secara jelas Umno tidak memperjuangkan Islam, malah ia lebih cenderung kepada maksiat,” katanya pada majlis tersebut di Dataran Ilmu, pekan Peringat malam tadi.
Bagaimanapun kata beliau kalau boleh dielak bersumpah biar pun sumpah seperti itu tidak wajib dilaksanakan.
Pada awal 1990-an petani di kalangan penyokong PAS dipaksa mengisi borang keahlian Umno bagi membolehkan mereka mendapat bantuan baja subsidi padi.
Malah dalam kes lain, guru-guru yang memohon untuk bertukar dikehendaki mengemukakan nombor keahlian Umno.
Program Anak Muda Tolak Umno dimulakan pada 15 Januari lalu akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri. -HD

PENERIMA BR1M RM500 DILAYAN MACAM ANJING KURAP!!!!
Kerana kesempitan hidup dan RM500 cukup amat bernilai bagi warga yang berpendapatan rendah dan miskin, maka pemimpin-pemimpin mengambil kesempatan dengan melayani mereka seperti anjing kurap yang kelaparan dan kehausan....dibiarkan beratur selama beberapa jam dibawah matahari terik..ini berlaku di Klebang Ipoh semalam bila pemberian yang dihulur sendiri oleh Menteri kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah...lebih dari 2,500 penerima menjadi mangsa tidak berperikemanusian dan berhati perut kerajaan UMNO 1M'sia ini.
Mengapa perlu ada Menteri,Menteri Besar, Timbalan Menteri, Exco Kerajaan, Ahli Parlimen dan ADUN sendiri yang menyerahkan wang RM500 BR1M sendiri ketangan penerima yang layak?...mengapa perlu diadakan upacara khas?...sudahlah mereka susah disusahkan lagi...tidak boleh kah terus saja hantar kepada yang layak dan berjaya melalui pos atau pun menerusi panggilan talipon.. diborang permohanan sudah diberikan alamat dan no talipon yang boleh dihubungi...sikap dan tata kelola sebuah kerajaan yang baik,efisen dan berniat ikjhlas ialah memudahkan urusan dengan rakyat bukannya menyusahkan rakyat...
Jelas sekali niat BR1M adalah cuba nak beli dan tambat hati rakyat mengundi UMNO/BN pada PRU 13 nanti.. tetapi hasilnya akan menjadi sebaliknya...bak kata Seniman S.Shamsuddin dalam filem Nujum Pak Belalang....KALAU INI MACAM BERAPA LAMA MAU HABIS HAA!!!!...KALAU INI MACAM BAGI AKU YANG KIRA......kalau macam ini cara pemberiannya.. berapa lama mau habis selesai rakyat yang layak dapat ha?..... kalau ini macam bagi pula Pakatan Rakyat tadbir urus Putrajaya.. -omakkau
Hari ni bank dan bank Simpanan Nasioanl penuh sesak dengan muka-muka UMNO membawa boucer untuk menerima RM500.Khabarnya boucer ni diperolehi dari YB dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO juga BN untuk diagih- agihkan kepada orang UMNO dan BN tanpa mengira syarat yang ditetapkan.Yang datang kebank-bank tu pun bukanlah muka-muka yang pendapatan serumah kurang RM3000 kerana datang dengan kereta-kereta mewah.Siapa nak periksa,siapa nak pantau? Pemberian RM500 ni akan membawa padah kepada UMNO/BN.
BalasPadam