PPulau MB, KM Pakatan, Najib tak profesional, kata Khalid
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat dianggap amat tidak professional.
Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.
“Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Putrajaya pada Selasa lalu.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN,” katanya dalam satu kenytaan media hari ini.
Sambil membidas Najib kerana mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat, Abdul Khalid berkata sikap perdana menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik.
“Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.
“Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia,” katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan.
Mesyuarat Selasa lalu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet.
Ia lazimnya digunakan bagi menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. -mk
Ulasan GB
Ia adalah satu pengkhianatan terhadap konsep federalisma.
Apa yang dilakukan oleh Najib dengan tidak memanggil sama MB & KM dari negeri Pakatan Rakyat untuk mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah pembelakangan terhadap demokrasi dan ternyata BN cuma menyisihkan MB & KM dari negeri-negeri tersebut.
Tidak mengapa. Jika begitu tindakan Najib menggunakan kuasanya, maka akan lebih cepat kerajaan beliau akan tercampak keluar dari Putrajaya. Kerana hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa: BN sudah tidak layak untuk menerajui Kerajaan "Persekutuan" apabila bertindak secara tidak adil dan tidak profesyenal serta membelakangkan konsep "PERSEKUTUAN".

PM pamer sikap hipokrasi
PETALING JAYA: Keengganan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 memperlihatkan sikap hipokrasinya.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini, mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Najib di Putrajaya pada Selasa lalu.
Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.
“Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.
“Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia.
“Sikap beliau ini bukan sahaja membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik tetapi ia juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin beliau lakukan,” katanya. -FMT
Ulasan GB
Ia adalah satu pengkhianatan terhadap konsep federalisma.
Apa yang dilakukan oleh Najib dengan tidak memanggil sama MB & KM dari negeri Pakatan Rakyat untuk mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah pembelakangan terhadap demokrasi dan ternyata BN cuma menyisihkan MB & KM dari negeri-negeri tersebut.
Tidak mengapa. Jika begitu tindakan Najib menggunakan kuasanya, maka akan lebih cepat kerajaan beliau akan tercampak keluar dari Putrajaya. Kerana hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa: BN sudah tidak layak untuk menerajui Kerajaan "Persekutuan" apabila bertindak secara tidak adil dan tidak profesyenal serta membelakangkan konsep "PERSEKUTUAN".
MEMANG KERAJAAN UMNO-BN MENGKHIANATI KEMUAFAKATAN PERINGKAT NEGARA, INGAT APA KELANTAN KENA ? BERAPA LAMA KELANTAN DISEKSA OLEH PUSAT ! PEERAH SLOGAN 1 MALAYSIA ! SIKAP HIPOKRIT & TIDAK PROFESIONAL SERTA HASAD DENGKI DENDAM KESUMAT YANG SEPATUTNYA TIDAK ADA PADA ORANG MUKMIN ! APA PUNYA TURR !
BalasPadamAh jib gone, nanti lepas pru13, kau buatlah mesyuarat dgn mb pahang dan rosmah saja. negeri lain semua dah pergi ke pr.
BalasPadamHape punya pm.
malu jadi pm kalau berperangai macam budak2...bolih tak cukai2 kerajaan negeri pr tak perlu hantar pada pusat atau pun najib tak dibenarkan masuk negeri2 ni?
BalasPadam