27 Feb 2012

Najib Akui BN Buat Silap Di Selangor, Tetapi "Minta Nyawa" Rakyat Pilih BN Semula

Najib akui BN ada buat kesilapan di Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.

Namun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernama pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Bernama bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku.

Pada ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Sambil memanggil hadirin yang hadir sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib.

Menurut beliau, anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri,” katanya.

Najib juga mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. -mk

Ulasan GB

Mengaku buat salah, minta maaf, tapi nak harapkan rakyat terus undi BN di Selangor. Kan bingai punya statement.

Rakyat tidak akan memberi peluang kedua lagi kepada yang dah melakukan kesilapan yang selepas melakukan kesilapan berterusan mencari undi dengan menggunakan taktik-taktik yang tidak beretika dan tidak demokratik.

Kerajaan PR Selangor telah membuktikan keupayaan memerintah jauh lebih baik dari BN.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 secara umumnya telah berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan,” laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik.

Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010.

Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri,” laporan itu dipetik.


Justeru itu tiada sebab untuk rakyat untuk menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN di dalam pilihanraya akan datang ini.


13 ulasan:

  1. Memang betul GB..benda yang dah terbukti bagus apa nak ditukar2 lagi..Pergi mampuslah dgn BN yang haprak tu...

    BalasPadam
  2. yang buat silap dan menghancurkan pkr ialah apa yang berlaku kat pahang. sebagai penyokong pakatan benda-benda macam ni yang patut dijaga jangan sampai musuh mencari peluang, jangan samapai selangor kembali ketangan bn. bersihkan pkr dari parasit-parasit yang bertopengkan manusia dan jagalah keperibadian disaat-saat pilihanraya yang dijangkakan tak lama lagi. semoga selangor kekal di bawah pakatan.

    BalasPadam
  3. rakyat selangor je ke? abih aku duk kl...keje kat selangor tak rasa nak minta maaf kat orang kl ke? Kalau macam tu..."Minta Maaf 1Malaysia Lah"

    BalasPadam
  4. Agaknya kesilapan yang Najib maksudkan tu ialah lantik Khir Toyo jadi MB Selangor.Itu kerja Mamak Kutty sebab dia nakkan MB yang boleh dengar cakap dia jadi lantik tukang cabut gigi yang tak tau apa.Yang Khir Toyo tau sapu wang rakyat.Doktor tu ada banyak macam.Hassan Ali pun doktor,yang tak pernah jijak kaki kad universiti malah SPM pun tak ada,mengaku dapat doktor.Semua doktor sapu,sapu wang rakyat.

    BalasPadam
  5. ye la jib, ko mengaku silap tu bagus la. Tapi ko kene terima hakikat rakyat dah tak mau kat ko dan geng ko. Itu ko kene terima. Lagi satu ,lain kali buat ape pun kene 'IKHLAS'.Sebab kita hidup kat dunia ni apa saja yg kita buat ada balasannya. Bak kat omputih ' what ever you done it's will be paid ' .Ingat tu jgn ko lupa..

    BalasPadam
  6. Takkan nak settle ngan minta maaf je. Patutnya dah tahu salah, turun je la dari tahta tu.Baru la nampak keinsafan, tu. Ni buat kelakar minta peluang kedua pula.Tak ke lawak bodo tu.Lepas tu..buat lagi dahsyat...minta maaf lagi.Boleh....., boleh blah.

    BalasPadam
  7. mintak simpati pulok...nape x mintak maap ngan rakyat kelantan???ooopsss...dia bukan PM negeri Pakatan Rakyat...

    BalasPadam
  8. najib sepatutnya minta nyawa pada rosmah bukan pada RAKYAT MALAYSIA, najib sering berbohong dengan penipuan terhadap RAKYAT MALAYSIA kerana najib keturunan ELIT yang kaya dan tidak memahami kehendak/ kesempitan rakyat MALAYSIA.
    Rakyat diperbodohkan oleh najib dengan mengunakan wang cukai rakyat untuk menipu RAKYAT , hanya yang kaya dan terkaya hanyalah KRONI UMNO SAHAJA, RAKYAT di tipu oleh najib sepanjang masa.

    dari PENGUNDI ATAS PAGAR>

    BalasPadam
  9. kesilapan rakyat yang terbesar ialah mengundi BN kali kedua pada pilihanraya PRU13...babai BN-UMNO,,perjuangan kamu lebih kepada tembolok dan perut anak bini dan kroni sert RM bukan kepada rakyat,,,9 untuk haku 1 untuk rakyat..hahahah

    BalasPadam
  10. Teman sokong Anon 0549 : dah insaf tu elok le sangat. Ate dah insaf moh bayor le balik duit pampasan kesalahan tu yer, kalau2 rakyat nak ampunkan BN kalau tak pun Teman nak kate ape yer ?

    BalasPadam
  11. baguslah ko dah insaf... tp aku jugak dah insaf dgn takkan mngundi BN lg.... Vote for PR... !!! PAS ganti Umno... ABU ABU ABU ABU ABU

    BalasPadam
  12. undi aku tetap untuk PR nanti..walaupun setakat air free, baik dari zaman BN yang takde faedah untuk aku

    BalasPadam
  13. Tapi orang yang insaf tidak akan memangkah UMNO/BN lagi dalam PRU 13 nanti.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.