3 Feb 2012

Kepala Babi: Dilakukan Pihak Yang Sama & Petanda Bunga-bunga PRU13

Idris Ahmad: Provokasi Kepala Babi Petanda PRU13 Makin Dekat

SHAH ALAM 2 FEB : Pelbagai provokasi dan amalan fitnah yang dicetuskan golongan berkepentingan serta media arus perdana yang cuba mencetuskan ketegangan kaum menjadi penanda PRU13 semakin hampir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, melahirkan kekesalan berhubung insiden meletakkan kepala babi yang berlaku di Masjid Al-Hidayah Sentul seperti yang dilaporkan hari ini.

Dalam reaksinya kepada TVSelangor berkata, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kejadian ini merupakan kes kedua dalam tempoh seminggu.

Awal minggu ini menyaksikan satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Justeru, beliau meminta pihak polis bertindak tegas bagi mencari pihak yang bertanggungjawab memandangkan perkara ini dilihat sebagai satu bentuk provokasi sentimen keagamaan menjelang Pilihanraya ke-13 (PRU-13).

"Jika perkara ini berlaku dalam era tahun 60an, sudah pastinya perkara yang tidak diingini akan berlaku di negara ini," katanya.

Selain itu sentimen perkauman bukan sahaja melibatkan usaha provokasi keagamaan seperti isu kepala babi dan kepala lembu turut melibatkan kenyataaan pemimpin-pemimpin Umno dan NGO (Perkasa) yang bersifat perkauman.

Media milik Umno juga hampir setiap hari cuba mencetuskan suasana tidak harmoni dengan meniup api perkauman dan pelbagai bentuk fitnah.

Keadaaan ini dianggap sebagai disengajakan oleh pihak tertentu bertujuan meraih sokongan kaum tertentu setelah merasakan tiada jalan lain untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Beliau menambah, perkara sebegini merupakan 'bunga-bunga PRU-13' yang bakal berlangsung bila-bila masa.


Insiden meletakkan kepala babi ini tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan beberapa buah negeri selepas PRU-12 bermula di Petaling Jaya yang melibatkan dua buah masjid diikuti kejadian sama yang berlaku di Johor.

Selain itu, insiden provokasi bermotifkan sentimen keagamaan ini turut belaku melibatkan kejadian kebakaran gereja di Taman Melawati dan simbahan cat merah di sebuah surau di Seremban.

Merujuk kepada kejadian sebelum ini, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan yang dilakukan. -tvsnews


Tian: Isu Kepala Babi Di Lakukan Pihak yang Sama

SHAH ALAM 2 FEB : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap isu kejadian kepada babi yang ditemui di beberapa masjid sebagai bermotifkan politik serta dilakukan oleh pihak yang sama.

"Ini semua seolah-olahnya dibuat oleh golongan yang sama bermotif politik," katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, katanya kaedah digunakan pihak tidak dikenalpasti itu sudah diketahui umum dan beliau berharap masyarakat bertenang serta tidak terperangkap dengan isu ditimbulkan ini.

Isu kepada babi timbul dan diperkatakan semula dengan kejadian terbaru berlaku di Masjid Nurul Iman, Rawang pada 31 Januari lalu dan Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini kejadian hampir sama berlaku beberapa bulan lalu di sebuah masjid Kampung Datuk Harun, Kuala Lumpur serta juga masjid di Johor Bahru.

Tian menjelaskan isu meletakkan kepada babi di masjid itu adalah sesuatu yang sensitif dan ia dilihat satu pendekatan bagi mewujudkan ketegangan kaum.

"Nampaknya macam ingin melaga-lagakan masyarakat dan mengalih pandangan daripada isu pokok yang kita hadapai sekarang iaitu seperti ekonomi dan rasuah.

"Yang kita khuatir ada golonan tertentu cuba menggunakan isu ini untuk memberi justifikasi dan menekan hak asasi serta mengambil kesempatan juga menakutkan masyarakat. Ini yang kita khuatir," katanya beliau yang juag Naib Presiden PKR.

Beliau berharap pihak polis menjalankan siasatan rapi berhubung perkara itu kerana ia telah berlaku beberapa kali dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, isu seperti itu tidak seharusnya berlarutan dan menjadi sesuatu yang tidak disenangi masyarakat.


4 ulasan:

  1. hrmm.. INI MAKNANYA SEMUA ORANG MELAYU KENA BANGKIT.. AYUH.. KITA KASI TUKAR PUCUK PIMPINAN NEGARA.. BIKIN HURU HARA JEK PANDAI.. NAK COVER RAHSUAH PANJANG MENJELA.. NI SILAP2 PROPAGANDA MAU KASI TAKUT2 KAN ORANG MELAYU.. HAMLAUSSS..!!

    BalasPadam
  2. pelik, kenapa bila org letak kepala babi depan masjid baru org melayu kecoh, selama hari ini yang org bukan Islam letak DNA babi dalam makanan kita kenapa diam? Ini lagi penting untuk kita marah dan perjuangkan

    BalasPadam
  3. Bukankah Penguatkuasa selama ini ialah orang Melayu? DNA babi dalam makanan kita bukankah diluluskan oleh Penguatkuasa Melayu ni? Jadi tak hairanlah kalau depa juga yang meletakkan kepala babi kat masjid. Faham tak? Anon 5:31 pm. Jangan buat-buat jadi manusia bodoh.

    BalasPadam
  4. sekarang orang bukan islam tak sokong sama itu kati terpaksa tarik sokongan melayu dengan cara provokasi supaya melayu semua sokong sama kati, kalau dulu bukan islam sokong sama kati kerana takut dengan gempar kena kerat itu lancau, sekarang melayu pula kena gempar letak kepala babi pintu masjid.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.