5 Feb 2012

Hindraf Nak "Sambut" Najib Masa Thaipusam

Thaipusam: Hindraf anjur kempen 'sambut' Najib

Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.

Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.

Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.

"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.

“Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.

Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk “menamatkan perkauman” dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf. -mk

5 ulasan:

  1. Skg.minta apa saja.,sure Pak Jib perkenankan dgn janji "U help me .,I help U".

    Maka berduyun duyun lh masyarakat ini mengundi BN.

    Kemudian mereka akan menunggu lagi.,3-4-5 tahun akan datang.,

    Ha!ha!

    BalasPadam
  2. najib sudah pandai kencing seluruh RAKYAT MALAYSIA seharian, kelebihan najib boleh membeli/ membayar sesiapa sahaja yang bodoh dan di perbodohkan atas ciptaan POLITIK UMNO. Najib memberi/merasuah wang ringgit Malaysia kepada siapa sahaja untuk kepentingan ROSMAH FIRST LADY.
    POLITIK UMNO bangga dengan selogan BN menang ROSMAH senang.Rakyat dimiskinkan dan ditindaskan serta disusahkan dengan ciptaan pemimpin politik uMNO RASUAH lagi keji itu.

    jangan lupa semua kenaikan harga barangan seharian adalah seratiji UMNO kepada rakyat di masa lalu.
    Semua PEMIMPIN POLITIK UMNO bodoh sombong tidak mahu dengar kehendak rakyat.

    BalasPadam
  3. betul tu bro..
    oleh kerana masih ada lagi orang bodoh
    dan
    bersedia untuk diperbodohkan...
    maka ini memudahkan lagi BN
    untuk terus memerintah...

    BalasPadam
  4. Orang yang bodoh menjadi makanan orang yang cerdik.

    BalasPadam
  5. Apa yg dia beri ambil tapi jangan undi BN. Bila anda dah undi BN dia tak kan perlu memujuk lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.