24 Feb 2012

Blogger UMNO BN Cuba Nafikan Kapal ZIM Milik Israel

Gempar!!! Kapal ZIM Bukan Milik Israel...

“Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge".

"Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu”.

“Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel”
- kenyataan puak-puak UmnoBn.



Yahudi laknat ni bukannya bodoh... Takkan mereka nak masuk ke negara yang dilarang perhubungan diplomatiknya, mengibarkan bendera di kapal milik mereka...

UmnoBn masih berterusan membuat kenyataan yang memperbodohkan orang-orang Melayu sejak sekian lama… dengan mengatakan Kapal ZIM yang berlabuh di Pelabuhan Kelang itu bukannya kapal dagang Israel, tetapi sebenarnya Kapal dagang Liberia...?

Bendera (flag) Yang Dimaksudkan adalah “flag of convenience”

Bendera “flag of convenience” adalah bendera yang menerangkan tentang negara mana kapal saudagar itu DIDAFTARKAN… dan bukannya bendera bagi negara pemilik kapal. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos operasi atau mengelakkan peraturan-peraturan negara pemilik, seperti banyak negara yang tidak mengiktiraf Israel. (baca rujukan wikipedia)… puak Umno yg tak reti bahasa inggeris DILARANG baca… takut tak faham, cakap lain pulak !

Pride MOL, dimiliki dan dikendalikan oleh negara Jepun, tetapi mengibarkan bendera Liberia


Liberia adalah Pendaftar Kapal kedua terbesar di dunia, termasuk lebih 3,750 kapal-kapal dari seluruh dunia didaftarkan di Liberia. Memang benar kapal ZIM itu didaftar di negara Liberia… sebab itu benderanya negara Liberia.

Kerajaan UmnoBn Menyumbang Kezaliman Terhadap Palestin

Dalam hal ini, perkara pokoknya dan asasnya adalah kapal ZIM itu milik siapa…? Sudah tentunya Israel… kerana Perbadanan Israel memegang 98% saham Zim. Kumpulan Ofer adalah pemegang saham majoriti Perbadanan Israel (57%), dengan baki saham yang dipegang oleh Bank Leumi L'Israel (20%) dan orang awam.

Laman Web Rasmi ZIM Israel


Oleh itu, sebarang perdagangan dengan Israel sudah pasti ada keuntungan hasil perdagangan… dan dari keuntungan itulah mereka gunakannya untuk melakukan kezaliman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

Malah, Malaysia bukan sahaja memberi keuntungan kepada Israel… tetapi juga membekal Minyak Sawit yang diperah dari hasil titik peluh rakyat negara ini termasuklah dari Peneroka-Peneroka FELDA …

Bukti paling nyata UMNO BN mengiktiraf Israel! (GB)


Rakyat Bijak Menilai ..........
kredit: reformisanakmuda

6 ulasan:

  1. haha..dah agak dah..isu POR (Port of Registery) ini akan di spin kan oleh pembela2 zion...macamanapun owner dia adalah ZIM...pusing la macamanapun...sape2 nak tgk pergerakan kapal ZIM nie boleh tgk kat website marinetraffic.com...live..

    BalasPadam
  2. quran dihina....
    mana PERKASA...
    mana JATI...


    evil...

    BalasPadam
  3. Port of registery ngan ship owner bnd berbeza....MISC sykt perkapalan m'sia pn da gna flag lua...terang2 dlm website zim milik israel cilake....

    BalasPadam
  4. UMNO-BN MEMANG SEKUTU APCO RAKAN YAHUDI ZIONIS LAKNATULLAH ! JAHANAM PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DAN BARUA-BARUA BLOGGER PECACAI YANG TUKANG AMPU TERTAHAN ZIONIS ,AMEEN ! ALLAHU AKHBAR !

    BalasPadam
  5. Takut ...
    Negara kita tergadai ala Pak Kadok.
    Menang Sorak Kampong Tergadai gara-gara bai'ah pada pemimpin UMNO @ APCO @ ISRAEL.

    BalasPadam
  6. Apa nak heran, geng umno ni memang suka putar belit fakta, yang penting West Port, Port Klang melalui ketua korporatnya Mejar (B) Manisegaran telah mengakui tentang kehadiran kapal dari israel itu, iaitu ZIM Intergrated yang dilaporkan oleh akhbar sinar harian.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.