Kuantan - KUANTAN - Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak yang dilanda ombak kuat nyata meleset apabila seorang anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang.
Gambar: PILU...Kalsom Daud tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah cucunya, Muhammad Hasryzam (gambar kecil). -HM
Kejadian di antara pukul 4.45 dan 6.50 petang kelmarin menyebabkan Lans Korporal Mohd. Asri Kamis, 28, yang bertugas di bahagian pentadbiran Balai Polis Mentakab, Temerloh, dan anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, mati.
Mayat Mohd. Asri ditemui berhampiran kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3.10 petang semalam di muara Sungai Baging kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Adik Muhammad Hasryzam, Muhammad Hairulnizam, 13, yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemui.
Isteri mangsa, Norsharulizam Osman, 32, berkata, mereka ke situ selepas ajakan anak sulungnya untuk mandi di Teluk Chempedak ditolak oleh suaminya atas alasan pantai itu bahaya.
Katanya, suaminya kemudian mencadangkan mereka ke Pantai Cherating kerana ia lebih selamat.
"Sebaik sampai, kedua-dua anak saya terus mandi dan berenang jauh dari pantai. Saya risau sebelum meminta suami pergi mendapatkan mereka.
"Namun, selepas menunggu lama, suami dan anak-anak saya masih belum kembali sebelum saya membawa dua anak perempuan saya, Siti Nurafzani Hasri, 11, dan Nurul Nabila Natasya Mohd. Asri, 6, ke bilik mandi. Kami seterusnya menunggu mereka berhampiran kereta pada pukul 5.30 petang," ceritanya. -kosmo
Sumber foto: Pelbagai. Terima kasih kepada semua pemilik foto-foto berikut.

semasa cuti umum tahun baru cina baru2 in...sy berkesempatan utk berkunjung ke Pantai Teluk cempedak...Sy dapati ramai pengunjung yang tidak menghiraukan aspek keselamatan diri dengan bermandi manda di pantai sehinggakan ada yang begitu berani sampai jauh dari pantai...memang cari nahas mandi di pantai...kok ya pun tak sayang nyawa sendiri, pikirlah jg perasaan orang lain bila anda jadi arwah...wallahhu..
BalasPadamTakziah kepada semua yang berkenaan. kita reda dengan kepergian anggota Polis tu, moga khidmat baktinya selama ini diberikan ganjaran oleh Allah swt.
BalasPadam