16 Feb 2012

Apa Hal Mak Nyah Berjalan Di Bandar Pukul 3.30 Pagi?

Mak nyah diserang enam lelaki

KUANTAN - “Saya hanya mampu menjerit apabila hayunan rantai besi yang berikat mangga itu terkena tepat di kepala,” kata juru mekap yang menjadi mangsa serangan enam lelaki di depan Wisma Delima, Jalan Haji Abdul Aziz, semalam.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita berkata, dia bersama rakannya, Shasha sedang berjalan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum didatangi enam lelaki menaiki motosikal.

“Tanpa sebarang amaran, tiga daripada mereka terus memukul saya menggunakan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga, manakala yang lain berada di atas motosikal,” katanya.

Rozita berkata, begnya disentap hingga putus sebelum pukulan bertubi-tubi hinggap di bahagian belakangnya.

Katanya, dia tidak mampu melawan dan ketika itu, rakannya Shasha datang membantu, tetapi turut menjadi sasaran tiga lelaki yang memakai baju dan jaket serba hitam.

Rozita, yang ketika itu berlumuran darah, lari menyelamatkan diri, tetapi apabila menyedari rakannya juga dipukul, dia kembali ke arah rakannya sebelum rebah di situ.

“Selepas lebih lima minit, enam lelaki itu menghilangkan diri dengan motosikal. Ketika itu saya hanya separa sedar di pangkuan Shasha,” katanya.

Sementara itu, Shasha yang masih lagi trauma dengan serangan itu, tidak menyangka kumpulan lelaki itu tergamak memukul mereka dengan besi dan topi keledar.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut dan darah yang mengalir di kepala, ada individu yang kebetulan lalu di jalan itu dan menghantar mereka ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Ketika itu saya memang tidak berdaya sementelah melihat rakan yang hampir pengsan di pangkuan. Nasib baik ada orang lalu di kawasan itu dan membawa kami ke hospital,” katanya.

Akibat serangan itu, Rozita menerima enam jahitan di kepala, luka di dahi, lebam di bahagian bahu, belakang dan lengan, manakala Shasha pula luka di bahagian kepala dan lengan.

Rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Bakri, 50-an berkata, kumpulan mak nyah itu menggelar lelaki yang menyerang mereka Geng Anti Maknyah kerana sebelum ini kira-kira 12 kali kejadian sama berlaku membabitkan 10 mangsa.

Katanya, kumpulan lelaki itu akan bertindak di antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, tetapi tidak mengambil barang penting atau beg duit dan hanya menyerang serta memukul mangsa.

“Kes ini sebenarnya sudah berlaku enam bulan lalu, tetapi kini lebih kerap terutama di Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang dan Lorong Pasar.

“Mereka selalu diserang dan menggunakan senjata sama. Mereka tidak mengambil wang, tetapi akan mencederakan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen, Sim Chon Siang berharap, kum­pulan mak nyah itu mendapat pembelaan sewajarnya kerana menjadi mangsa kejam lelaki tidak berperikemanusiaan itu.

“Walau siapa pun mereka, kita berharap mak nyah ini dapat hidup selesa tanpa gang­guan lelaki yang bersikap ganas seperti ini,” katanya ketika melawat Rozita dan Shasha di sini.

Dalam pada itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruz­zaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -SH

Ulasan GB

Kena serang satu hal, yang anehnya apa mak nyah-mak nyah tersebut berjalan pukul 3.30 pagi sewaktu orang lain sedang tidur?

Perniagaan apa cari pelanggan dalam suasana sunyi sepi sedemikian?

Bukan kita nak membela penyerang-penyerang tersebut, tetapi berjalan pada pukul 3.30 pagi, bukan kata maknyah, lelaki sasa yang ada ilmu kuntau dan silat tembaga pun perlu berwaspada.

Eloklah dihentikan "bermundar-mandir" atas apa jua alasan pada waktu sedemikian.

8 ulasan:

  1. apapun alasan, apapun pekerjaan.. kalau menukar kejadian asal allah hukumnya adalah haram. mungkin serangan lelaki itu bermotifkan menghalang kemaksiatan. cuma dengan cara kekerasan itu yg kurang elok. baik2 dilahirkan sebagai lelaki ditukar perwatakan menjadi perempuan. itupun kalau hanya perwatakan. kalau sanggup menukar jantina? balasannya azablah kamu disana nanti.....

    BalasPadam
  2. alahai,kesiannya kau nyah!apa yang kau buat pagi-pagi buta kat situ?

    BalasPadam
  3. hahhaha,,,ntah kerja aper yg dye wat pon xtaw ler..mcm siang2 bute xder lak,,nk gk tu plih mlm,,ha kn da terkono

    BalasPadam
  4. Oleh kerana kerajaan gagal untuk membasmi masalah ini, maka rakyat yang ingin mencegah kemungkaran terpaksalah mengambil tindakan sendiri.

    BalasPadam
  5. aku sokong apa kau kata tu mat...kerajaan tak leh buat apa jadi rakyat plak yg tolong sentel kan..apa mcm semua...kau org sokong tak

    BalasPadam
  6. ye aku sokong... nk harapkn gov makin rmai kes rosak akidah ni blku.. huhu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.