Jakarta, Indonesia - Taktik kotor sebahagian mekanik motosikal dan penukar tayar di sini yang menabur paku di atas jalan raya untuk mencari pelanggan menyebabkan orang ramai hilang sabar.
"Kalau si penjahat ini dapat saya tangkap, saya akan pastikan seluruh tubuhnya ditusuk paku," kata seorang pemilik teksi motosikal, Talib.
"Biar mereka telan paku-paku itu," kata seorang rakannya yang berusia 50 tahun, Sulaiman Daud.
Seorang jurucakap polis di sini, Rikwanto memberitahu, perbuatan sabotaj itu sudah berlaku selama bertahun-tahun.
"Mereka dicaj dua kali ganda lebih tinggi daripada harga biasa," tambah Rikwanto.
Menurutnya lagi, mekanik dan penukar tayar terbabit memperoleh pendapatan harian sekitar AS$22 (RM66.90), amat lumayan di Indonesia kerana hampir separuh daripada 240 juta rakyatnya bergaji kurang AS$2 (RM6) sehari.
Seorang pemilik bengkel, Darmito, 57, memulakan perniagaan menukar tayar di tepi sebatang jalan raya di sini dua bulan lalu untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan.
Namun, katanya, dia tidak tahu tentang sindiket atau pihak yang melakukan kegiatan tersebut.
Pada bulan lalu, polis menangkap lapan orang yang disyaki melakukan jenayah berkenaan. - AFP
Ulasan GB
Terdapat sindiket menabur paku di lorong motosikal yang telah menipu banyak penunggang motosikal.
Tidak lama selepas tayar motosikal mangsa pancit, secara tiba-tiba biasanya muncul beberapa orang "baik hati" yang kononnya menawarkan bantuan menukar tiub tayar, tetapi dengan harga yang terlalu mahal dan tidak masuk akal (kadang-kadang sehingga lebih RM70.
Waspada.

Paku Di Lebihraya
Assalamuailaikum wbt.
Buat sahabat2 pengguna jalanraya Plus Highway terutama sekali bagi pengguna motosikal. Baru sekejap tadi jam 2.00 ptg (21 Jul 11) saya dari Kajang melalui highway plus menuju ker ofis saya di KL. Memang kebiasaan saya ulang alik ke tempat kerja dengan mengguna motosikal.
Hendak di jadikan cerita, selepas melalui lorong motosikal di Plaza Tol sungai Besi. Selepas malalui Esso Sg Besi saya memperlahankan motosikal kerana hendak mebetulkan baju hujan. Betul2 berdekatan dengan deretan kedai(terdapat Wisma PURCON) saya melihat banyak paku2 bertaburan di tepi jalanraya.
Paku2 ini di tabur sepanjang jalan sehingga ke sempadan Plus. Saya sempat kutip separuh bekas maggi cup, tapi masih banyak lagi bertaburan di tepi jalan. Memikirkan keselamatan pengguna yangg lain saya telefon PLUS supaya membersihkan paku di kawasan tadbir PLUS. Menuju ke ofis saya tengok dua buah motor berhenti di tepi jalan akibat pancit. So di harap pengguna2 yg lain berhati2 melalui kawasan tersebut.
Wassalam.
Yang menjadi persoalannya siapa yang bertanggungjawab menabur paku tersebut?
Dari email blalang_group
Ulasan GB
Terdapat sindiket menabur paku di lorong motosikal yang telah menipu banyak penunggang motosikal.
Tidak lama selepas tayar motosikal mangsa pancit, secara tiba-tiba biasanya muncul beberapa orang "baik hati" yang kononnya menawarkan bantuan menukar tiub tayar, tetapi dengan harga yang terlalu mahal dan tidak masuk akal (kadang-kadang sehingga lebih RM70.
Waspada.
nice
BalasPadamSaya nak kongsi malumat berkaitan perkara2 yg mungkin pelik ataupun dirancang oleh pihak2 tertentu. Ianya terjadi pada 14/1/2012 jam 9.00 malam ,kpd kluarga saya dimana mpv avanzanya didapati kekeringan air dan panas yang mana baru lbh kurang 10 minit sahaja meninggalkan RnR Jejantas AIR keroh. Tidak berapa lama kemudian datang towing truck swasta dan menanyakan masalah yg dihadapi. Cara pertnyaan dan layanan yang diberikan amat baik sekali dan menyebabkan saudara saya itu sudi menerima pertolongan towing truck tersebut. Dibawanya mpv avanza itu kehentian sebelah dan kami(muar) dihubungi untuk mengambil saudara saya itu sementara kami menghubungi pomen untuk menarik ke muar ( upah rm50.00 diberikan kpd towing truck itu ). Keesokan harinya pomen kami memaklumkan bahawa host air radiator didapati di toreh dengan pisau kerana tiada tanda2 host itu pecah ataupun sudah rosak. Peristiwa ini menunjukkan bahawa plus kita juga ada unsur2 mengaut keuntungan bagi pihak2 tertentu tanpa memikirkan kesusahan para pengguna plus...........
BalasPadammatalamat sama....cara saja berbeza...
BalasPadam