14 Jan 2012

[Video] Mahasiswa UPSI Digantung & Dibuang Kolej Kerana Video "Kau Nie"

Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.

Menurut pimpinan Mahasiswa Pendidik UPSI, mereka berdua adalah antara pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.

Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.

Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.

Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.

Mengulas perkembangan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, universiti bukan tempat menghukum mahasiswa tetapi sebagai training ground bagi mahasiswa sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar.

"Apa salahnya mahasiswa ingin berkongsi ilmu dan idea dalam bentuk video, itu adalah satu perkembangan ilmu yang terbaik dalam era globalisasi hari ini.

“Saya bimbang jika pada satu hari nanti, mahasiswa yang menulis 'status' di Facebook juga akan menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau juga turut mengecam beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini khususnya himpunan 1 Januari yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Katanya, kehadiran polis pada malam tersebut sangat tidak rasional kerana ia hanyalah himpunan bukan pemberontakan.

Justeru, ujarnya UPSI mesti lebih matang dan bersifat terbuka lebih-lebih lagi memegang status sebagai kampus pendidikan di Malaysia.

Hafizuddin turut menyeru kepada Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar supaya lebih bersikap profesional dan rasional dalam membuat sebarang respons terhadap gerakan mahasiswa.

Beliau turut mengecam tindakan menggantung Adam Adli selama 3 semester kerana sangat melampau, hanya kerana bendera.

"Saya berharap Datuk Junaidi dan Datuk Khaled Nordin selaku Menteri KPT tidak menjaga periuk nasi mereka semata-mata, bahkan mereka mesti menghormati pendirian dan pergerakan mahasiswa selaku anak muda intelektual," ujarnya. -HD

13 ulasan:

  1. sgt setuju...kan sikit masa lagi wat status kat FB pun kene buang U gak...bende punya kecik dibesar2 kan..bende yg besar tue, xnak amik kisah lak..macam2 la

    BalasPadam
  2. apa nak jadi dengan bangsa kita satu ugama ISLAM tetapi sanggup menginayai sesama sendiri..apakah kita mahu bangsa kita atau orang ISLAM mejadi jahil didalam semua aspek

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kita sesama islam. Ada yang islam dikalangan kita tapi tak suka kepada islam,dan ada yang suka kepada islam,maka atas pada sebab itulah kita tidak boleh bersatu...

      Padam
  3. Bangsa melayu Islam ini adaah jahil dan menghampiri jahiliyah kerana hidayah di tarik balik oleh Allah swt

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu itu sendiri yang tidak mahu kepada hidayah,maka hidayah itu ditarik balik. Islam nya orang melayu kebanyakan nya hanya islam keturunan.

      Padam
  4. Saman saja pihak UPSI tu jika tiada jalan penyelesaian lain kerana tindakan tersebut hak kita rakyat Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saman bukan jalan penyelesian, kerana wang bukan jadi masalah kepada golongan yang kaya.

      Padam
  5. islam adalah cara hidup,dari mula kita bangun tidur hinggalah kita tidur semula,

    BalasPadam
  6. Kebangkitan Mahasiswa sudah mula merebak, ini tidak dapat kita nafi, justeru bagi membendung ianya merebak maka BN tiada jalan lain hanya dengan mengambil jalan singkat dan mudah dengan menggantung dan membuang mahasiswa2 dan mahasiswi. Syabas kepada mahasiswa & mahasiswi. Bukan senang untuk mencari golongan pemikir dan golongan yang memperjuangkan hak mahasiswa. Setakat menyatakan kesal, mengutuk perbuatan ini bukan masa dan tempat yang sesuai pada era 2012 ini. Sepatutnya badan2 tertentu dan NGO memainkan peranan yg lebih agresif menentabg cara pergantungan dan pembuangan ini. Ini sudah kira melampau. Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar sepatutnya lebih matang dan perlu berundur dan meletak jawatan. Kalau perlu kita buat tunjuk perasaan secara keseluruhan menuntut supaya Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar menari balik pergantungan dan pembuangan ini.
    Demokerasi apa yang di laungkan selama ini. Undang2 rimba yang di pakai.

    Sykadeer

    BalasPadam
  7. PKR tolonglah kami mahasiswa ditindas UMNO dan Bn...

    BalasPadam
  8. hutang PTPN pun belum dapat bayar ini nak kena buang lagi

    BalasPadam
  9. salam semua,
    saya sekadar mahu berkongsi sedikit biodata tnc hepa upsi yang baru ini. beliau dilihat mempunyai kabel politik yang sangat besar kerana pendakian mudah ke pucuk pimpinan universiti yang beliau tidak pernah berkhidmat pun. bermula dari ukm lagi beliau telah menonjolkan tanpa segan silu pengaruh politik umno yang membawa beliau keluar dari ukm ke jakarta sebagai pengarah msd. hakikatnya, beliau dilihat tidak mempunyai iltizam untuk menjadi penyelidik dan penerbit makalah yang tulen. teis phdnya yang dibukukan pun diluncurkan di parlimen! jadi, beliau tidak punya wibawa akademik yang ada pada sarjana. beliau hanya seorang yang rakus kuasa dan kedudukan. lantikannya ke upsi adalah lantikan politik sama seperti lantikan ketua hakim negara yang asalnya peguam umno. justeru itulah, beliau menerima ujian dalam bentuk adam adli yang berani itu.

    BalasPadam
  10. cik fatiha : buang kolej je bukan buang u.. buang kolej, tapi masih boleh meneruskan pengajian seperti biasa... buang kolej ni selalunya untuk orang yang tak berapa aktif dalam kolej.. jangan fikir negatif je.. mungkin 2 orang ni tak aktif dengan aktiviti kolej, sebab tu dibuang.. kalau aktif dengan aktiviti di luar kolej, lebih baik juga duduk luar.. banyak kebebasan...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.