7 Jan 2012

Presiden PAS: Ketepikan Dulu Soal Siapa PM, Fokus Menangkan Pakatan Rakyat

Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah.

“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara.

“Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama,” kata beliau.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat.

“Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

“Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu,” pesan Tuan Ibrahim. -HD

6 ulasan:

  1. Betul tu tuan guru hadi saya sokong..
    sangat2, sebab dah berjuang baru kita tentu kan SIAPA yg akan terjui mlysia
    bukan kecoh2 dulu....luruskan barisan,rapatkan saf2 kita dan berjuang habis2an diringi DOA pada yg MAHA ESA...tawakkallah.........

    BalasPadam
  2. Betul tu tuan guru hadi saya sokong..
    sangat2, sebab dah berjuang baru kita tentu kan SIAPA yg akan terjui mlysia
    bukan kecoh2 dulu....luruskan barisan,rapatkan saf2 kita dan berjuang habis2an diringi DOA pada yg MAHA ESA...tawakkallah.........

    BalasPadam
  3. setuju 100%.
    fikirkan cara mana pr nak menang pru13.
    kemudian baru fikir siapa jadi pm.
    ni tak, belum menang gaduh pasal siapa pm.
    kan haramjadah tu.
    apa, pr macam bn ke?

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah,betul tu TGAH, yang kita nak turunkan adalah kerajaan yang zalim yang menindas rakyat. Soal PM tu biarlah kita kalahkan kerajaan zalim dulu...PM akan ikut pilihan rakyat nanti. Wassalam

    BalasPadam
  5. Salah satu cara UMNO boleh memecahbelahkan pakatan ialah dengan adanya orang kuat PAS mencanang sana sini Anwar tidak boleh jadi PM, tiada gunanya mempertahankan Anwar dan calon yang paling layak menjadi PM ialah TGNA atau TGHH. Konsepnya ialah rebut-merebut jawatan boleh membawa perpecahan

    BalasPadam
  6. PM sementara??? Di harap pemimpin yg di lantik x gila kuasa mcm najib lar. Jika pemimpin tersebut di singkirkan daripada menjadi TPM selepas anwar naik, jgn lar plak kecik hati. Berjuang utk rakyat dan negara!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.