24 Jan 2012

Najib Akui UMNO BN Terdesak Dapatkan Sokongan Masyarakat Cina Untuk Menang Pilihanraya

Najib: Pengundi Cina masih setia pada BN

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina supaya memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Gerakan, hari ini.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan orang Cina adalah pengundi setia BN sejak sekian lama dan mahu sokongan ini berterusan.

“Kita akan pikat orang Cina supaya sokong calon boleh menang untuk pilihan raya nanti, tidak kira dari Gerakan atau MCA, malah MIC dan Umno. Kami percaya, mereka adalah pengundi yang setia pada BN dan kenapa mahu menyokong orang lain (pembangkang)?

“Sejarah menunjukkan yang negara ini telah diterajui BN dan orang Cina di belakang kejayaan ini termasuklah dalam memajukan ekonomi negara. Begitu pun, pada 2008, orang Cina mengubah selera dengan memprotes dan tidak memberi undi kepada kita ,” katanya.

Menurutnya, orang Cina seolah-olah ‘terpaksa’ mengubah selera itu kerana percaya kepada pembangkang kononnya memperjuangkan hak mereka dan kerajaan sedar dengan perkara ini dengan mengambil langkah-langkah tertentu untuk menarik semula kepercayaan itu.

Untuk itu, katanya, kerajaan bukan sahaja membela nasib orang Cina terutama yang pendapatan rendah, malah semua kaum termasuklah Melayu dan India.

“Membantu meringankan beban mereka adalah strategi kerajaan untuk menawan hati orang Cina dan pada hari raya ini dengan tahun naga, saya berharap, ia membawa rahmat kepada negara ini.

“Sama-sama kita kekalkan apa yang ada sekarang dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan berharap tuah naga akan bersama-sama dengan kita,” katanya.

Ketika diajukan soalan mengenai perancangan kerajaan mengambil alih semula Pulau Pinang daripada DAP, katanya, semua berjalan baik dan “kita telah melakukan kerja bersungguh-sungguh ke arah itu.”

Mengulas mengenai usaha Umno untuk membantu Gerakan ‘merampas’ kembali negeri itu, Najib berkata, “kita akan lakukan bersama-sama.”

“Umno tidak keseorangan dalam perkara ini,” katanya. -SH

Ulasan GB

Kenyataan Najib bahawa Kerajaan akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina supaya memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membuktikan dengan jelas bahawa BN memang terlalu terdesak sekarang ini untuk dapatkan sokongan masyarakat Cina.

Jika tidak kenapa gunakan ungkapan "akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina" itu? Itu buktikan Najib BEGITU TERDESAK sekarang ini.

Kedua, apakah ianya termasuk dengan cara-cara yang tidak demokratik seperti penambahan undi pos dan penggunaan warga asing - kerana ungakapan "akan guna apa cara" memberi implikasi bahawa UMNO BN sanggup melakukan apa saja asalkan menang?

Ketiga, kita ingin beritahu kepada Najib dan SPR khususnya: bahawa kamu boleh melakukan penipuan pilihanraya. UMNO BN boleh menang lantarannya, tetapi kemenangan yang sedemikian adalah kemenangan yang rapuh dan tidak berkat. Satu hari UMNO BN akan lebih hancur dan binasa. Mubarak di Mesir sentiasa menang dengan penipuan sehingga 95% pengundi kononnya mengundi parti mereka. tetapi apakah kesudahan yang berlaku ke atas Mubarak? Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan.

Ya memang UMNO tidak ke seorang menuju ke lembah kebinasaan, UMNO dan MIC, malah pengurusan SPR yang ada kini akan turut sama menyertainya!

3 ulasan:

  1. Kerja bodoh Najib untuk bodoh2kan rakyat. Orang tolak BN tahun 2008 bukan kerana terpedaya dengan PR tapi dah tak percaya kepada BN/UMNO

    BalasPadam
  2. setuju anon ...

    Depa tak pernah sedaq daru sampai lanie ... orang dah meluat dengan cara UMNO ....cukupla memperbodohkan rakyat .. harap UMNO bungkuihhh pada PR13

    BalasPadam
  3. Syarat utama untuk memikat hati orang cina:-

    1. Keluarkan Gerakan dari BN kerana parti ini hanya parti standby supaya MCA kena ikut kata.

    2. Berhenti kasi makan lembu-lembu Gerakan yang tak guna.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.