2 Jan 2012

Koleksi Video & Gambar Zizan & Ust Azhar Di Sambutan Tahun Baru Selangor

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad. -HD

Berpuluh-ribu Banjiri Sambutan Tahun Baru Bercirikan Islam Selangor

SHAH ALAM, 1 JAN: Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda.

Program GeMS - Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.

Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.

Antara celebriti agama yang hadir adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hay, Imam Muda Asyraf dan Syed Hisham dan artis popular, Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Zizan Raja Lawak.

Malah detik sambutan tahun baru ketika jam tepat 12 tengah malam amat bermakna dalam suasana baru apabila semua hadirin termasuk tetamu kehormat, Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail serta Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bersama-sama mengalunkan nyanyian memuji kebesaran Allah dengan lagu 'Asma Ul Husna'. Ini disusuli doa penutup oleh Ustaz Azhar.

Program malam tadi bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan Forum Maghrib dihoskan Ustaz Syed Hisham dan Asraf sebagai moderator dikuti solat Isyak berjemaah.

Ceramah Perdana menampilkan Ustaz Azhar dan Zizan mendapat sambutan hebat orang ramai kerana penyampaian ceramah agama secara santai dan lawak menerusi sesi soal jawab agama.

Persembahan artis seperti Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Ustaz Akhil Hay dengan dengan lagu moden, nasyid dan bertema keagamaan sebelum jam 12 tengah malam turut menghiburkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas majlis berkata Kerajaan Negeri mempraktikkan pendekatan itu kerana menyedari dan memahami akan minat dan citarasa golongan muda yang menyukai hiburan dan selebriti muda.

Dengan memasukkan elemen hiburan, katanya, pihaknya turut menyelitkan unsur keagamaan sebagai pendidikan supaya ianya berjalan serentak serta dapat diterima semua pengunjung yang hadir.

Katanya, berdasarkan sambutan diterima, pihaknya berpuas hati terutama kehadiran golongan muda sebagai golongan majoriti dalam program berkenaan.

"Ini adalah antara sebahagian daripada program anti- zina jadi kalau Kerajan Negeri tidak menguruskan keperluan, minat, citarasa, ciri-ciri orang muda itu kepada program yang bersifat positif maka mereka akan tertarik kepada program yang negatif dan seterusnya terjebak di dalam gejala sosial.

Jadi bila kita buatkan satu program seperti ini ianya agak santai, agak relaks dan mereka datang bersama keluarga dengan majoritinya orang muda maka mereka mendapat pendidikan yang membangunkan mereka dan mereka faham apa ertinya sambutan tahun baru," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memang menjangkakan saingan daripada pihak lain yang turut menganjurkan program sambutan tahun baru dan pihaknya berbesar hati dengan sambutan hebat diterima terhadap majlis itu dan ianya terbukti berjaya.

"Saya rasa ini di antara tanda positif sokongan kepada Kerajaan Selangor, keyakinan kepada program yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor yang dilihat bersifat pembangunan, membangunkan manusia," katanya lagi. -tvsnews

















Part Zizan tiru gaya Ustaz Azhar Idrus
lagi video...







Berapa meter kereta ustaz?







Kredit: Sebahagian video-video diatas kompilasi Oh!Cerita.com

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah kesedaran & mahu mencari kebenaran kian terserlah di bumi Malaysia !

    BalasPadam
  2. Aku berani kerat jari video ini tak akan disiarkan di mana-mana stesen tv yang dikuasai oleh BN.

    BalasPadam
  3. Diharapkan mereka2 ni serious utk kembali pada Islam .. Teringat Amy masa dgn TGNA, last2 masih lagi bergaya kat konsert kanibel rok, gamit anak2 muda terkinja2 ..

    Islam bukan main2.. aku tengok Mat saleh roker yg dah masuk Islam, terus berdakwah dgn cara yg ok.

    Mungkin saranan aku ni akan dikatakan sempit, keras, menyusahkan, 'ape pun tak boleh', dll... tapi kalau kita faham betul2, Islam tu mudah, bukan jumud. Nak berhibur, nak berjenaka, malah beribadat --> berSEDERHANA lah. Mudah2an dalam pengacaraan / lawak sikit2 artis ni ada diselitkan dakwah dari hati yang benar2 ikhlas kerana Allah.

    Kesian Ustaz Azhar , TGNA yg melayanmu, kerana mu artis yg ramai peminat, yang diharapkan dapat tarik ramai kembali kpd Islam.

    Kalau ceramah kat surau, anak2 muda takut datang kot, sedangkan bukannya depa makan orang, untung lagi sbb dapat solat berjemaah..

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah rakan2 muda kita membuktikan mereka juga ingin dekat dengan agama. mula dari awal hingga akhir program rata2nya tidak berganjak. ini menunjukkan belia kita bukanlah menuju ke arah kemaksiatan sgt memandangkan pada masa sama kerajaan BN turut menganjurkan countdown di I CITY, tapi cubalah lihat perbezaan hadirinnya. sekiranya kerajaan BN sedar dimana kesilapannya, pasti negara kita akan terpelihara dari kancah kemaksiatan... bersiaplah BN bahawa petanda kejatuhan mu makin hampir menjelang PRU ke-13 nanti, takbirrrr.....3x

    Askar Hijau

    BalasPadam
  5. Semuga mereka istiqamah .. tapi mungkin susah selagi tv2 di kontrol mereka2 yg tak faham & degil, sedangkan mereka cari makan melalui tv (tu kata setengah2 mereka le..) .

    Ok le juga, polis tak ganggu pulak . Selalunya ada sekatan dll seumpamanya.

    (Aku tertengok kat tv bos RHB Bank menyanyi Koch koch hei) diiringi penari2 ade sorang tu pakai sendat btol. Penuntun melimpah ruah .

    Semuga mereka mendapat hidayah .

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, kerajaan negeri telah memberi menunjukkan kepimpinan terbaik dr segi kesungguhan, pengurusan kewangan dan pelaksanaan program..teruskan

    BalasPadam
  7. Ustad yang diperlukan oleh golongan belia pada masa kini.Penyampaian mudah difahami dan santai. Perlu banyak lagi program sebegini diadakan. Tahniah Ustad Azhar Idrus....

    BalasPadam
  8. Anak muda skarang dahagakan ilmu agama. peranan kerjaan nk bg ilmu agama atau hiburan k-pop kpd rakyat

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.