10 Jan 2012

Keputusan Pecat Hassan Ali Adalah Sebulat Suara

PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

“Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.

“Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri telah dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ekoran pemecatan itu Hasan berkata keputusan itu berpunca daripada Anwar.

Beliau menjelaskan segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS.

“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata Hasan.

Tuan Ibrahim menambah sekiranya Hasan tidak berpuas hati dengan keputusan itu beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari.

“Keputusan ini sebulat suara... tiada pandangan berbeza.

“Kalau tidak berpuas hati beliau perlu hantar rayuan kepada Majlis Syura Ulama,” katanya. -TMI

Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS

Walaupun Datuk Dr Hasan Ali mempunyai peluang merayu terhadap pemecatannya kelmarin, peluang bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu kembali ke pangkuan parti Islam itu dilihat amat tipis.

Ini kerana, keputusan memecatnya serta merta sebagai anggota parti didakwa didorong oleh pemimpin tertinggi parti Islam itu, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tetapi, presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Hasan dipecat," dakwa penulis blog yang rapat dengan PAS Abu Bakar Rashid.

Menulis dalam blognya, Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai "Penarik Beca" mendedahkan, majoriti anggota jawatankuasa pusat PAS hanya mahu Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan sahaja.

Sejak tiga tahun lalu, Abu Bakar antara penulis blog bahagian hadapan yang rancak mengkritik dan mendedahkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno yang dikaitkan dengan Dr Hasan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, sumber mengesahkan spekulasi Abu Bakar dengan menambah bahawa Nik Aziz yang juga mursyidul am antara yang mengutarakan cadangan pemecatan itu ekoran kenyataannya yang didakwa sering mencemuh garis parti.

Mat Sabu: Majlis Syura seperti mahkamah

Anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagaimapun berpendapat, Dr Hasan masih mempunyai sekiranya memutuskan merayu kepada Majlis Syura – badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar.

Peluang itu, tambah anggota parlimen Kuala Langat itu, ekoran kepetahan ahli motivas itu berhujah.

Katanya, anggota Majlis Syura – yang turut disertai pemimpin kanan pusat – yang terlibat menentukan nasib Dr Hasan sebelum ini akan mengundur diri sekiranya kes itu dibincang.

Bagaimanapun, menurut Dr Dzulkefly tiada tanda-tanda menunjukkan Dr Hasan mahu terus bersama PAS.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, keputusan “mengambil tindakan” terhadap Dr Hasan dibuat secara sebulat suara setelah mempertimbangkan pelbagai cadangan meliputi pemecatan, penggantungan dan menghadapkannya ke jawatankuasa disiplin.

Selepas membahaskannya, jawatankuasa bersetuju memecatnya, tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Ditanya tenang peluang Dr Hasan dalam Majlis Syura, Mohamad hanya menjawab “Wallahua'lam” (hanya Allah yang Maha Tahu) dan menegaskan kuasa majlis itu yang seperti mahkamah yang bebas. -mk


13 ulasan:

  1. Lihat saja anak Ali ni, sindrom penafian sebiji macam puak UMNO. Dia kena pecat, DSAI juga yang disalahkannya.
    Eloklah Anak Ali dipecat. Bila AKU dengar berita NTV7, maka makin AKU yakin memang patut anak ALi ni dipecat. Adakah orang PAS seperti bersekongkol dengan anak Katak? Sepatutnya seorang lagi harus dikenakan tindakan iaitu NASHA. Dia juga bersama-sama dengan anak katak pada malam tu.
    Nasihat untuk anak ALI, kalau daha rasa diri hebat, buatlah parti sendiri dan bertandinglah. siapa pun tak marah. AKU setuju dengan Tok Guru Nik Aziz. Tak ada apa-apa yang nak dihairankan bila anak ALi dipecat terutama ..... aku lupa istilahnya.
    Teruskan berjuang di atas landasan yang dikehendaki Allh swt semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dari puak munafikun.

    BalasPadam
  2. Dia berak atas kepala...
    1. TGNA
    2. TGHA

    Terkini
    3.DSAI

    Pada anak Ali nih... 3 org besar diatas kecil sekecil habuk jer

    Kalo xder yang besar lagi kaya dibelakang, beranikah dia...

    BalasPadam
  3. lepas nih tiap2 hari kita tgk abg hassan kita bersembur-sembur air liur mengutuk pas kat TV3 n rtm... nampak sangat ler keikhlasannya tahap dewata raya hahahahahaha

    BalasPadam
  4. Diharap Tan Sri Khalid nyahkan mangkuk ni sesegera mungkin dari memegang jawatan dalam negeri Selangor. Jangan lambat macam pas buat keputusan. Jangan harap dia akan letak jawatan sendiri sebab berdasarkan pengalaman mangkuk ni muka tak tau malu serupa brahim ali jugak.

    Mangkuk 2 ekor ni rasa dia 2 orang saja Islam dan melayu. Orang lain tak Islam. Orang lain tak melayu

    BalasPadam
  5. PAS pusat tak perlu bagitau ni keputusan bersama atau tidak. Habaq kat dia ini keputusan PAS pusat, cukup.

    Tak layak dia dan sapa pun nak tau ini keputusan sorang atau bersama. Ini keputusan majlis..titik.

    Tak perlu layan sangat.

    Kalau dia ikhlas nak perjuang Islam, cari wadah lain dan yang penting jangan langgar orang.

    BalasPadam
  6. Ngabihkan boreh org mcm ni, tak usah rayu-rayulah, pecat terus dan titik.

    Nasa pun 2 x 5 gak nampaknya, bukan main lg skrg sejak terlucut jawatan tak mcm pemimpin otai abg mat, kalah ke menang ke still cool dan terus istiqamah dgn perjuangan.

    BalasPadam
  7. Nampaknya UMNO pun tak teringin mamat ni joint. Kesiannya dia.

    BalasPadam
  8. Cakap tak serupa bikin.......ptuih !

    BalasPadam
  9. Hassan Ali buat salah sendiri. Mengaku sajalah kerana orang ramai bukannya tak tahu membuat penilaian berdasarkan percakapan dan tindak tanduknya sejak kebelakangan ini. Sikap ego terserlah.

    BalasPadam
  10. ali masam muka....oOOOi!
    ape da jadi ni???????
    ali katak sudah kongsi seluar dalam busuk dia sama u kot?????

    BalasPadam
  11. makin dia banyak cakao makin ku b enci

    BalasPadam
  12. buat anon January 10, 2012 7:24 PM,
    TGNA kata 'org tak senonoh' hehehe...

    kalau TGNA pun kata gitu, menunjukkan memang dia habis2an tak senonohnya... patutlah kita ahli/penyokong pas biasa geram sgt2 kat dia ni. kalau nak kira, kita lebih seniour drp dia tapi taklah celupar macam dia, jahil dlm adab berjemaah.

    hasan ali tak baca internet ka, tak tau perkembangan semasa??, kalau dia masuk blog2 yg kutuk dia, pasti dia terduduk. somebody tolong lah tunjuk sat kat hasan ali betapa dia dipertikai oleh ahli2 biasa pas, pemimpin pas, penyokong pas, even non-muslim drp PR pun kutuk (tapi memang dia nak bermusuh pun dgn non-muslim), pendek kata ramaiiiii org tak sokong tindakan dia.

    habis nak pertikai apa lagi, cuma kita sbg org beriman, tentulah kita sedia bermaaf2an, tidak berdendam dan meletakkan kepentingan Islam di atas sekali, kalau dia ikhlas, buang ego, buang sombong, merendah diri dan buat rayuan dan jgn ulangi kesilapan. tapi kalau tak ikhlas, terimalah nasib seadanya.

    BalasPadam
  13. Mamat ni konon nak perjuangkan Melayu, institusi raja-raja dan Islam tapi berbohong mengatakan Dr Haron Din, YB Taib Azamudin dan Ismail Kamus juga ada mendengar ucapannya lepas dipecat oleh PAS. Tapi ternyata itu adalah satu pembohongan. Ingat berbohong adalah salah satu sifat orang munafik.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.